Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts
07 April 2009 | 14 comments

Dua Bukit You, Satu Batang I

Assalamualaikum!

Tahniah buat penyokong Pakatan Rakyat dah menang 2 Bukit Gantang dan Bukit Selambau, tidak lupa juga tahniah buat penyokong barisan yang menang sebatang! Hehe, semoga mereka menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dan dengan penuh dedikasi!

Nampaknya pendekatan oleh Pakatan Rakyat lagi memberansangkan dari Barisan Nasional (BN). Tapi yang menariknya, aku ada tengok TV1 tadi. Dorang dok borak pasal politik kat Bukit Gantang.

"Pakatan meletakkan calon terbaik mereka, Dato' Nizar manakala Barisan meletakkan calon yang orang tak berapa kenal"

Aik, sebelum ni Belit-in dengan Berita Hairan dok kata, 
"Ismail anak jati Bukit Gantang la, memang orang kenal la"
 Ni apa kes pulak? Hahahaha, sendiri mau pikir!

Dan mungkin juga disebabkan sesetengah pihak tak puas hati dengan keputusan PAU - Perhimpunan Agung UMNO hari tu. Biarkan si luncai dengan labu-labunya dan sesungguhnya.

Apa-apa pun, semoga mereka BUAT KERJA! Tak kira la mana-mana pun, kita kan rakyat Malaysia!



06 April 2009 | 6 comments

Oh Politik di Malaysia

Labels: , , , , ,
Assalamualaikum!

Buat pengetahuan korang, aku memang melanggani rss Perisik-Rakyat untuk baca news-news yang diupdate terus dari sana! Reporter tanpa gaji (tabik bro!) - kalau ada pun wang sumbangan orang! 

Ada satu gambar yang menarik minat aku dalam entry ni



Bila la kita dapat capai peringkat ni? Tapi alangkah baik lagi semua parti dibawah satu bumbung, bukannya saling tikam menikam, bom-bom, fitnah sana, janji kosong, kasi peluru, maki hamun tak tentu hala. 

Tak salah kita berbeza pendapat, tapi buat kerja capai la satu matlamat. Cuba imbas kembali bila peristiwa tsunami / tanah runtuh jadi, ada tak kita tanya dulu,
"Ko bulan ke dacing? Kalau ko dacing, aku tanak tolong ko"

"Ehh, mana boleh, ko memang setia dengan bulan kan? Ko mintak orang sana tu tolong" 
bila bala dari Allah S.W.T turun ke muka bumi Malaysia tercinta ni, baru la masing-masing sedar bahawa kita saling memerlukan, ada pro dan ada kontra. Jangan la sampai nak bermusuh pula hanya disebabkan ideologi berbeza. 

Satu saja aku nak cakap dan korang hayati sendiri, 
Takkan kita nak sedar yang kita semua sama bila bala menimpa kita? 
Korang pun dah reti pikir sendirikan? Oleh hal yang sedemikian, berfikirlah seperti manusia matang, usahkan berfikir seperti musang yang berbulu ayam.