Showing posts with label Komuniti Bloggers Penang. Show all posts
Showing posts with label Komuniti Bloggers Penang. Show all posts
20 September 2009 | 15 comments

Salam Aidilfitri & Misi Perjalanan Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pertama sekali, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung, pelawat, penyinggah, menyesat, pelompat dan kepada sesiapa yang mengikut samada secara terus ataupun tidak.

Misi "Perjalanan Ramadan" aku telah tamat. Apakah misi? Buat pengetahuan kalian, untuk Ramadan kali ini, misi aku ialah untuk mengeratkan tali silaturrahim antara sahabat-sahabat dengan berbuka puasa dengan mereka.

Misi "Perjalanan Ramadan"

Alhamdulillah, telah sempurna misi itu walaupun tidak bersama dengan kesemua, tapi sekurang-kurangnya aku cuba untuk ada ditempat kejadian. Maafkan aku sekiranya kita tak berpeluang untuk bersama, sekiranya ada umur yang panjang, kita cuba untuk bersama pada Ramadhan yang akan datang.

Akhir kata, terima kasih kepada semua sahabat! Sahabat blogger, sahabat laman sosial (facebook, myspace, friendster), sahabat YM, sahabat dari Nuffnang Innit, sahabat dari seberang, sahabat lama, sahabat portal dan segala sahabat yang ada. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih.

Sekian, Wassalam.
Muhamad Hadi Ahmad / myfr3ak / tEnUk / Hadi



16 September 2009 | 12 comments

Majlis Berbuka Puasa Komuniti Bloggers Penang

sambungan daripada entri terdahulu,


Bangkok Station, 6.45 Petang

"Itu Mama dengan Baba kot weh", kataku kepada Luth, JulietAnna dan Panglima Hitam yang menaiki kereta Persona milik abang Luth.

 Aku terlihat Ustaz Baba dan Mama pun memandang kami, dan menyedekahkan senyuman. Aku terus keluar dari mobil dan terus bersalaman dengan Ustaz Baba. Ustaz Baba dan Mama Moden datang bersama-sama anak mereka yang comel, Adnin Firdaus dan Nurul Adilah Farihah. Anak-anak mereka yang lain tidak dapat datang kerana menghadiri Program 3R (Remaja Rai Ramadhan) di Taman Pekaka, Sungai Dua. Lalu Enchek Luth mengajak kami duduk dimeja yang telah kami tempah.




Hadapan UITM Seberang Prai, 6.20 Petang
"Assalamualaikum, mama minta maaf kerana mama mungkin lambat sedikit. Ada kemalangan berlaku didepan mata, mama nak ke Hospital Seberang Jaya nak hantar mangsa" - nama "Blogger / Mama Moden" terpapar di Sony Ericsson Cybershot k800 milik Luth. Sebelum itu, Mamu Omara ada menelefon aku menyatakan bahawa sahabatnya, Arzaman akan hadir bersamanya. "Kami memang tempah lebih Mamu, takpa aih", balasku.


Bangkok Station, 6.55 Petang
Abang Fazrulls pun tiba dan aku tercari-cari dimana Mamu Omara, katanya dah sampai. Puas aku dan Luth meninjau, dan akhirnya Mamu Omara melangkah keluar dari keretanya dengan baju biru berkotak-kotak. Setelah bersalaman, beliau menyatakan bahawa sahabatnya tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu. "Takpalah, bukan rezeki nak jumpa hari ini", cetus hatiku.


Kami meluangkan masa untuk berbual bersama, mula mengenali antara satu sama yang lain. Baby Wify dan kakaknya pun tiba dan terus hangat berbual. Sebenarnya, aku bukanlah orang yang agak peramah, agak sukar untuk aku berbual sebegitu rupa. Tapi, mereka begitu mesra sekali. Walaupun hanya baru beberapa minit bertentangan mata, walaupun bukanlah terlalu rapat didalam alam blog, tetapi memang terasa seperti sudah lama mengenal mereka. "Syukur pada-Mu Ya Allah kerana menemukan aku dengan insan-insan ini", hatiku berbicara lagi.


Kami menikmati makanan yang memang menyelerakan setelah habis bacaan doa oleh Ustaz Baba. Sungguh tak disangka, makanan yang tiba tidak muat meja. Aku dan luth menyangka makanan yang kami pesan itu tidak mencukupi, akan tetapi berlebihan pula. Tidak mengapa, sekurang-kurangnya ada pengalaman selepas ini untuk menguruskan majlis-majlis seperti ini lagi. Enchek Helmi masih dengan kameranya, menangkap segala pengerakan kami.


Jam ditelefon telah menunjukkan jam 8, kami rasakan waktunya telah tiba. Setiap pertemuan ada perpisahan. Kami menyudahkan perpisahan kami dengan sesi bergambar bersama ahli-ahli Komuniti Bloggers Penang (KBP). Perasaanku bercampur-baur. Antara gembira, puas, sedih, letih. Tetapi yang paling utama, aku benar-benar puas dengan semua ini. Tidaklah sia-sia perjalananku. Aku harapkan tali silaturrahim ini sentiasa kukuh, sampai bila-bila.

Jika aku tiada lagi, izinkan diriku tercalit dihatimu walaupun sedikit wahai sahabat (aku tujukan untuk semua insan yang "mengenali" diri ini).


Hentian Puduraya, 4.00 Pagi
"Lebatnya hujan, macam mana nak soq (bersahur) ni?". Ketibaan aku disambut oleh hujan yang amat lebat. Aku bertolak dari Terminal Sementara Pulau Pinang sekitar jam 11.30. Sekali lagi aku berterima kasih kepada Enchek Luth kerana dalam keadaannya mengantuk, dia masih temani aku. Terima kasih sahabat. Aku berjaya menjejakkan kaki dikedai di hadapan Hentian Puduraya setelah melalui parkir ditingkat atas Hentian Puduraya. Setelah selesai bersahur, ada peristiwa kelabu (masih belum hitam..haha) melanda aku yang akan aku ceritakan kemudian. STAR LRT mula beroperasi jam 6.10 pagi, aku naik menghala ke Sentul Timur. Ya, aku menuju ke tempat penginapan sahabat karibku, Muhammad Izham Khawari yang kami gelarkan, "Sepang". Aku hanya merehatkan diri disana untuk menghilangkan letih yang teramat. Aku bertolak ke Stesen Klang berdekatan Central Market itu sambil ditemani Sepang setelah selesai berbuka puasa dengannya. Terima kasih sahabat, kau memang banyak membantu aku. Terlalu banyak.

Aku memanjatkan kesyukuran kepada Yang Esa kerana memberi aku peluang untuk bersama dengan mereka, kerana selepas ini mungkin agak susah nak bersua kerana masing-masing akan sibuk dengan hal masing-masing. Aku masih mempunyai 2 misi untuk Ramadhan ini yang belum selesai.




Sekian,
Muhamad Hadi Ahmad


Cerita  Mereka!

notakaki: terima kasih semua terutama luth dan Enchek Helmi untuk gambar


15 September 2009 | 8 comments

Youtube: Perjalanan Ke Pulau Pinang 11/9

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ya, seperti yang korang tahu, aku buat trip ke Penang (sehelai sepinggang) untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Komuniti Bloggers Penang anjuran Enchek Luth. Ini adalah kali pertama Komuniti Bloggers Penang (KBP) membuat aktiviti ini dan aku rasa ia berjaya secara keseluruhannya. Aku memang amat puas hati, walaupun hanya kurang 15 orang yang hadir, tapi kami dah macam satu keluarga. Kami ada Mamu (panggilan untuk pakcik) Omara, abang Fazrulls, Ustaz Baba, Mama Moden, Panglima Hitam @ Enchek Helmi, Baby Wify bersama kakak yang comel (tapi agak pendiam juga la), JulietAnna, ada anak-anak Ustaz Baba dengan Mama Moden yang comel (adilah), dan tidak lupa kepada Enchek Luth.

Walaupun ini merupakan pertama kali kami bersua muka, tapi, memang terus mesra. Mula-mula agak segan la sikit dengan Ustaz Baba dengan Mama Moden, biasa la, saya ini budak jahat (wahaha). Tapi Alhamdulillah, masing-masing memang mesra. Mamu lagi la, datang-datang terus "Oh, ini la hadi. Dalam gambar muka nampak lain, botak", aku terus ketawa. "Itu gambar lama mamu, dah ada rambut dah la ni".

Aku memang banyak terhutang budi kepada Enchek Luth, walaupun beliau ada ujian pada pagi Sabtu itu, dia sanggup tak tidur untuk menjemputku di Terminal Bas Sementara Pulau Pinang. Aku juga bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Dia telah mengejutkan aku setelah bas yang aku naik berhenti diterminal itu. Aku buka mata, aku nampak lampu signboard Terminal, langsung kalut untuk turun. Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana menggerakkan aku.



catatan penulis
Banting, Jumaat jam 5.30 Petang
Aku melangkah menuju ke Terminal Bas Banting, sangkaanku, aku berjaya dapatkan bas terus ke Klang Sentral, akan tetapi sangkaanku benar-benar meleset. Bas yang ada semuanya menuju ke Klang. Aku terus menaiki Bas Cityliner yang berwarna merah itu, kemudiam disusuli oleh pelajar-pelajar yang outing untuk membeli juadah. Sesak, memang sesak.


Klang, 7.30 Petang
Setibanya aku ke Bandar Diraja Klang, aku terus menuju ke 7 Eleven untuk membeli juadah berbuka puasa. Ya, untuk hari itu aku memang tidak sempat untuk membeli juadah berbuka. Snickers, Twister Apple dan Dunhill 14 menjadi temanku berbuka. Itu rezekiku pada hari tu. Lepas menikmati minuman, aku terus mencari bas ke Klang Sentral, ini merupakan kali pertama aku naik dari Klang Sentral. Beberapa orang ditanya, ada yang kata tunggu dibawah jambatan, ada yang kata tunggu didepan Masjid, ada yang kata tunggu di bank. Setengah jam aku terkapai-kapai mencari tempat untuk aku menaiki bas ke sana. Akhirnya aku jumpa, sekali lagi Allah mempermudahkan perjalananku.



Klang Sentral, Sekitar 8.45 Malam
Aku terpaksa berjalan kaki lebih kurang 500 meter untuk sampai ke Terminal bas kerana ada budak didalam bas mengatakan aku boleh turun disitu. Oleh kerana fikiranku aku agak kurang stabil (mungkin kerana perutku masih kosong) aku turuti sahaja kata-kata budak itu. Tak mengapalah, dugaan kecil. Sesudah sampai di Terminal, aku terus naik ke ruang penjualan tiket dibahagian atas. Aku terus disapa oleh "lalat-lalat" tiket. Aku tak suka bila orang menyapa aku sebegitu rupa, sungguh tertekan apabila dipaksa-paksa turutkan kata-kata mereka. Selamatlah aku ternampak signboard "Jumiati Enterprise", syarikat bas yang aku telah membuat tempahan 2 hari sebelum aku datang.

"Enchek ada booking? Apa nama Enchek?", tanya seorang wakil dari syarikat itu.
"Adi, saya booking tiket jam 11", aku menjawab.
"Oh, yang kosong satu tujuh, empat tiga dua enam .... ini nombor enchek kan?"
"Ya, sayalah tu."



Not lima puluh ringgit diberikan kepada auntie yang menjaga kaunter itu, dan bakinya dipulangkan kepadaku. Lelaki berketurunan India yang merupakan agen syarikat berkenaan mengatakan padaku yang tiket itu bernilai RM34, tapi kerana tidak ada wang tukar, RM32 sahajalah tiketnya itu. Terima kasih Allah. Rezekiku.



Aku menunggu bas sambil bertemankan novel karya Ramli Awang Murshid, "Ranggau", yang dipinjamkan oleh Ismail Badri, sahabatku yang telah pulang ke Pahang pada minggu lepas. Helaian demi helaian ditatap, satu ayat telah menarik perhatianku.

Aku lebih gemar tinggal dihotel. Aku tidak suka menyusahkan tuan rumah.

Ya, aku juga bersifat seperti itu. Tidak, aku tak sombong, aku bukannya memilih. Ini aku, aku lebih rela tidur berbantalkan beg dan jaket aku dari menyusahkan orang lain. Kerana itu jugalah aku menolak ajakan Enchek Luth untuk bermalam dirumahnya.



Pulau Pinang, 4 Pagi
"Dimana aku?", aku bermonolog sambil memerhati sekeliling. Bas yang ku naiki telah berenti ditepi jalan, dalam renungan jauhku, ku terpandang signboard "Terminal Sementara Pulau Pinang". Laju saja aku turun. Alhamdulillah, aku bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana menggerakkan hatiku lalu menyedarkan aku dari tidurku. "Bersahur dulu, atau tunggu Luth?", dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk menunggu sahabatku Luth sebagai menghormatinya.

Lepas menjamah nasi di Khalel, Bandar Sunway, Luth membawa aku ke rumah rakan se-politeknik-nya. Dan aku cuba untuk melelapkan diri, tapi tak terdaya. Novel diselak lagi sehingga jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Selepas itu, aku terus melabuhkan diri seketika untuk menunggu Luth yang pergi berjuang menjawab test.

"Huh, sudah petang!", aku bermonolog sendirian setelah dikejutkan oleh Luth. Terus siapkan diri, dan terus pergi ke Bangkok Station untuk menempah meja. Jam menunjukkan pukul 3.30 petang. "Awal lagi ni.. Carwash bukak tak?", luth bertanya. Aku hanya tersenyum dan menganguk. Selepas memandikan kereta Iswara kesayangannya, kami gerak ke Bangkok Station lagi.

Bersambung.. (tunggu Ilham..hehe) + dalam proses upload video. Hehe


09 September 2009 | 2 comments

Youtube - Lumpur | 15Malaysia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua!

Anda keturunan apa? India? Melayu? Cina? Iban? Melanau? Kadazan? Asli? Campur? Dan lain-lain? Ya, kita memang berbeza, berbeza segalanya, tapi satu yang kita berkongsi, "Tanah Air". Kita berkongsi "Tanah" dimana tempat kita menetap, tempat kita bermain, tempat kita terjatuh dan kita juga berkongsi "Air" dimana kita memerlukannya untuk hidup, minum, mandi.


Inilah "Lumpur" dari 15Malaysia (Projek P1) yang mana aku rasa agak menarik dan mendalam maksudnya. Sebelum ini aku ada post satu entri berkaitan dengan 15Malaysia juga, Potong Saga & Chocolate. Aku suka akan "Tanah Air" aku. Walaupun orang kita memang banyak meniru, tapi ia memang telah menjadi lumrah hidup masing-masing. Jika tidak ada basikal, takkan ada motosikal, jika tidak ada burung, takkan ada kapal terbang, jika tidak ada bulu burung, takkan ada sebarang pen. Sekian.

Oh, lupa, jika anda berada disekitar Pulau Pinang (yang takdak kena mengena pun boleh, kita nak rapatkan silaturrahim sahaja), Enchek Luth ada menganjurkan program berbuka puasa.

Serba sedikit tentang Majlis Berbuka Puasa Bloggers Penang 2009

Tarikh : 12 September 2009 (Sabtu)
Masa : 630 petang (berkumpul di kedai makan)
Tempat : Jalan Baru (Berdekatan Roundabout Bukit Tengah)
Bayaran : RM 15/seorang

Link Berkaitan: http://bloggerspenang.blogspot.com/2009/09/majlis-berbuka-puasa-bloggers-penang.html

Untuk maklumat lanjut, silalah ke sini. Sekian.


09 June 2009 | 0 comments

Pointer Jatuh Pulak!

Peh, bersawang lagi blog ni! Hahaha, mintak maap la semua noo..bukan apa, otak agak stress memikirkan result! Untuk semester yang baru lepas, pointer agak jatuh disebabkan beberapa subjek yang agak kurang paham. Dari 3 lebih CGPA, terus jatuh ke 2.87. Apalah! Tapi, sebenarnya aku agak bersyukur jugak! Kenapa? Kalau korang nak tahu, ada satu subjek yang aku memang kabur habis masa jawab! (siap simpan duit untuk re-sit kertas tu! Hahaha). Terima kasih la kepada Miss Marliana (ye miss, saye tahu miss tolong saye, terima kasih miss!) untuk subjeknya.

Aku juga ada terpikir untuk menukar layout blog aku ni. Sebab? Tak berapa seronok la memandang posting yang ini. Dah tukar saiz untuk video tu pun, masih lagi tak berubah. Bila guna Google Chrome ok saja tapi bila pakai Mozilla Firefox, terkeluar sudah video tu. Mula la tekanan! Haihh, belum sempat pun nak baiki template Wiking yang aku pakai untuk KBP untuk disebarkan, dah sampai masalah baru. Rilek dulu la, kasi otak tenang dulu. Hehe, Okay! Sampai disini saja untuk entri kali ini sebab jam pun dah menunjukkan pukul 7.59 pagi, waktu untuk siap-siap! Wassalam!