Showing posts with label Photography. Show all posts
Showing posts with label Photography. Show all posts
25 March 2012 | 1 comments

(Cybernetics Convocation) Sayuti Zainudin

Salam.





24 March 2012 | 5 comments

(GAMBAR) Hidayah Hazhan

Salam.

Hari tu teman dah post gambar Tyra Hazhan, seorang gadis cilik dan ini adalah kembar-nya yang lebih dewasa, Nur Hidayah Hazhan / Hidayah Hazhan.

Talent: Hidayah Hazhan.
Make-up: Hashimah Husain.
Photograph by: sangtenuk / myfr3ak.




19 March 2012 | 0 comments

Seribu Kata: Akar.

Salam.

"Satu gambar boleh menceritakan seribu cerita"

Ini antara kata-kata yang selalu aku teringat. Aku bukanlah photographer yang hebat pun untuk menangkap gambar perkahwinan, dan aku bukannya hebat untuk menangkap gambar permandangan yang memerlukan segala filter, framing dan lain-lain kerana aku lebih minat kepada jalanan dan gambar pegun (still image).

Akar yang mencengkam bumi

Ia cuma gambar akar, selalunya aku akan terus masukkan segala cetusan kata-kata yang terlintas dalam minda akan tetapi kali ini aku biarkan mereka yang menilainya.

Junaidah Kassim kata hati : hidup ini ibarat akar yg berbelit, kdg2 suka kdgkala duka... disebalik serat2 halus yg ada diakar, perlukan juga satu akar tunjang yg kuat utk menahan segala dugaan....:)

Don Duodenum ibarat tangan yang terbelenggu dengan masalah yang mengakar cengkam....

Roslan Molur biar ikatan persahabatan tu akrab macam akar tu...

Fir Fidot satu ikatan yang kukuh... walaupun byk terima tomahan still bersama... ibarat air dicincang takkn putus... kecuali bil air yg xbyr.. mmg kena potong la derr... ~ walaupun apa ujian mndatang harap sahabat hadapi dengan tenang~

Wirajiwa Faintallah madu tiga itu bahagia...

Megat AlFana hati nyata - pokok dan tumbuhan-tumbuhan yang tumbuh mekar tatkala cukup sifat untuk ia berdiri yakni ada air, udara, angin dan tanah.

hati batin - sifat yang nyata hanyalah ilusi. sebenar-benarnya ia datang dari SATU. pandang banyak pada SATU, pandang SATU pada yang banyak. SATU itu adalah ESA yakni ALLAH.


Miklo Velkaroka em...biar sampai mana pon terbelit...suatu hari nanti akan terungkai jua....hanya masa yg menentukan segalanya......

Mohd Ismail Badri Kesulitan melingkari dan menjalar dlm memastikan kehidupan ini terus menerus membesar.. :)

Adilah Anuar akar yg berselirat sama seperti kehidupan yg penuh dgn liku2 .. pelbagai dugaan, pelbagai rintangan, pelbagai cabaran memdatang.. ianya terletak diatas diri sendiri untuk mengharunginya sendiri atau bersama org lain :) setiap masalah yang datang menyapa.. selesaikan dengan mnggunakan akal yg diberi.. bukan mengikut hati.. setiap manusia mempunyai kekurangan masing2.. :)

Itu tafsiran menurut kata hati mereka, bagaimana pula dengan kalian?


27 January 2012 | 7 comments

(Gambar) Tyra Hazhan

Salam.

Sudah lama benar hamba tidak coretkan nukilan di sini. Ampun dan maaf hamba pohon untuk sekalian manusia yang masih lagi sering melawat ke sini sambil menghulurkan sepuluh jari.

Setelah sekian lama menyepi, hamba hadiahkan beberapa keping gambar untuk kalian.

Talent: Tyra Hazhan
Make-Up: Hashimah Husain
Photographer: sangtenuk a.k.a myfr3ak.





28 August 2011 | 1 comments

#14 Leraikan Percikkan Dendam

 
Semoga segala percikkan dendam, nokhtah hitam, benci dan amarah, lenyap sewaktu syawal menyinar. - sangtenuk.

Salam.

Ramadhan bakal kita tinggalkan dengan episod suka, duka, sedih, pedih, bahagia, gembira, tawa, dan dengan pelbagai memori.



27 August 2011 | 1 comments

#13 Rempuh Halangan

Labels: , ,

Aku akan tetap merempuh biar terhalang. - sangtenuk.

Salam.

Dugaan akan tetap datang dari setiap penjuru.
Takkan pernah hidup tanpa dugaan.


26 August 2011 | 1 comments

#12 Cabangan

Labels: , ,

Cabangan kita berbeda, tapi kita berasal dari tempat yang sama. - sangtenuk.

Salam.

Ya, takkan pernah sama kita punya cara.
Ya, takkan pernah sehaluan pembawakan kita.
Ya, takkan pernah seiring alunan melodi kau dan aku.
Ya, takkan pernah serasi jiwa kita.


25 August 2011 | 2 comments

#11 Tanpa

Labels: , ,

Tak mungkin bisa kita hidup tanpa mereka. Tak mungkin bisa kita berjaya tanpa mereka. Yakni orang yang sentiasa di sekeliling kita. - sangtenuk.

Salam.

Hidup terlalu singkat untuk menjadi bongkak.
Hidup terlalu singkat untuk lupa daratan.
Hidup terlalu singkat untuk terus buang segalanya.


18 August 2011 | 0 comments

#10 Pudarkan Hitam Agar Putih Berkilat


aku cuba membuatkan hidup ini semaken hari semaken putih, pudarkan yang hitam tetapi tidak melenyapkan kerna hitam itu adalah garam dalam kehidupan. - sangtenuk

Salam.

Kita takkan dapat lari dari kesilapan dalam kehidupan samada kecil ataupun besar.


17 August 2011 | 0 comments

#9 Dari Kaca Mata Mereka

Labels: , ,

Try to see yourself in their eyes - sangtenuk.

Salam.

Selalunya kita akan lakukan apa yang kita ingin lakukan, dan kadangkala perkara yang kita lakukan agak menjengkelkan.


16 August 2011 | 0 comments

#8 Sekarang Dan Esok

Labels: , ,

Hari ini akan terkubur, bangkitnya esok bersama sesuatu yang baru - sangtenuk.

Salam,

Manisnya kehidupan, gelapnya pemikiran, pahitnya memori, kelatnya perasaan, masinnya jiwa, dan macam-macam lagi perkara yang kita lalui hari ini.


15 August 2011 | 0 comments

#7 Fajar Menyinsing


Melihat fajar menyinsing sejak selepas subuh tadi begitu merehatkan minda dan menenangkan jiwa. Maha Suci Allah. Terpaku diri sambil menghayati keindahan ciptaan-Nya selagi roh masih melekat di badan. - sangtenuk
 
Salam, 

Lama benar aku tak hayati keindahan sinar suria selepas subuh. Maha Suci Allah.


#6 Jadikan Cermin Sebagai Sahabat Akrab

Labels: , ,

Take A Look In The Mirror Before You Do Something - sangtenuk.

Salam,

Memang mudah bila mengata tentang diri orang lain, tapi sebelum mengata mengenai diri orang lain, cermin perlu dijadikan sahabat paling akrab.


14 August 2011 | 0 comments

#5 Life Just Like Swinger

Labels: , ,

Life just like swinger, sometimes you're in front and sometimes you're behind. FACE IT! - sangtenuk.

Salam,

Buaian membawa kita ke depan dan ke belakang. Takkan pernah buaian itu terus ke hadapan.


13 August 2011 | 0 comments

#4 Gelap dan Terang

Labels: , ,

Ku simpan rapi semua yang gelap demi melihat yang terang - sangtenuk.

Salam,

Kehidupan kita memang berselang-seli, kadangkala kita di atas dan kadangkala kita di bawah.


11 August 2011 | 3 comments

#3 Kesilapan Dalam Kehidupan

Labels: , ,

Biar hidup pernah tersadung dari hidup sentiasa terlindung - sangtenuk.



#2 Bunga, Akar dan Bumi

Labels: , ,

Fri January 14, 2011, 10:31 pm: // Memanglah keindahan bunga pada kelopak, tapi itu semua hanyalah sementara. Aku lebih menyintai akar yang kuat mencengkam bumi. - sangtenuk

Salam. 

Status fb ni pun agak aku suka, karena ia berkaitan dengan perasaan / hati dan laen-laen.

Keindahan seseorang bukanlah dari segi paras rupa, tapi hati budi.

Biar muka macam bangsat, perangai suci, Alhamdulillah dari muka macam imam muda, tapi perangai macam kamjat.

Sekian.


#1 Pekakkan Telinga

Labels: , ,

Takkan pernah aku hirau tentang langau yang terbang,
takkan pernah aku hirau tentang busuknya longkang,

Diam adalah perkara yang terbaik. - sangtenuk.

Salam, memang agak lama aku tak update blog ni. Bukannya taraf sawang, dah berkulat dah pun.
Bukannya apa, agak semak otak dengan golongan stalker yang mengusutkan kepala otak aku. Rasanya agak susah dah aku nak share benda-benda yang berkaitan dengan perjalanan kehidupan, oleh itu, hidangan anda untuk blog kecil ni, mungkin benda-benda seperti ni ja. ;-) Enjoy.



14 December 2010 | 8 comments

Penang Floral Fest 2010


Sebenarnya aku sendiri tak planning nak singgah sana, tapi orang kata punya nak cari aktiviti dan ada makhluk inform yang ada Pesta Bunga kat Botanical Garden, singgah la kejab. Rasanya, untuk penggemar bunga, pokok-pokok hiasan, bonzai boleh la singgah sebab bersepah kedai bunga dibuka.

Ingatkan Pesta Bunga ni sama macam apa yang dorang buat dekat Putrajaya, Floria yang siap dengan deco-deco yang cambest (Logo 1 Malaysia, Tenuk, taman-taman indah dan lain-lain)! Tapi ramalanku hampa belaka, yang ada hanyalah kedai bunga, dan sedikit hiasan yang nampak macam tak berapa nak menjadi. Ini saja yang dapat dikongsi bersama. + Terserempak dengan Enchek Luthfi - pemilik Gedung Kain Luth a.k.a Luth Textile! Hehe.



16 July 2010 | 2 comments

Saat Arqam, Alya, Jabar dan Hani disatukan


Haha, ni bukan aksi-aksi threesome ataupun foursome. Sila buang isi-isi kuning dalam otak kamu. Ini hanya sedikit gambar perkahwinan adik dan abang, Mohd Arqam dan juga Abdul Jabar yang disatukan dengan pasangan masing-masing, Raja Aliya Khairunnisa dan Nurhani pada 27 Jun 2010 yang lalu di Pekan Salak, Sepang, Selangor.