Showing posts with label Chocolate. Show all posts
Showing posts with label Chocolate. Show all posts
02 February 2010 | 17 comments

Hello Cameron Highland!


Lama benar aku tak pergi melawat Malaysia. Nak berblogging pun sibuk, tambahkan lagi nak Cuti-Cuti Malaysia! Hahaha.

Semuanya bermula dari hari sabtu hari tu, aku memang plan nak lepak dengan gadis tapi tak tau kat mana. Suddenly both of my sis said they wanna go ~shopping at The Mines. Si gadis pun tetiba kata memang nak ajak lepak The Mines. Memandangkan dorang tak pernah lagi berjumpa (tini dah, ecah belum, anis laaagi belum), aku ajak la lepak sekali. Hahaha, selambe gi dating bawak kakak tu! Hahaha. Kira okay la tu dari si gadis, ajak aku dating dengan Anuar Family hari tu!

Aktiviti untuk hari sabtu?



19 August 2009 | 2 comments

Youtube - Potong Saga, Chocolate | 15Malaysia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Aku saja-saja lepak kat Nuffnang innit tadi, tetiba ada entri "Potong Saga". Lawak gila! Hahahaa, nah! Korang layan pulak!



Orang tipu dia, semua cakap suruh potong *sensor* tapi dengan penuh rileks, awek kaunter tu kata "Awak potong rambut sudah la..". Hahahahaha, ada lagi satu, hasil karya dari Allahyarham Yasmin Ahmad, Chocolate. Ada gadis aku! Sharifah Amani!



Semua ini adalah projek 15Malaysia, sedikit info mengenai 15Malaysia

15Malaysia adalah satu projek filem pendek. Ia terdiri daripada 15 filem pendek dihasilkan oleh 15 pembikin filem Malaysia. Filem-filem ini bukan sahaja memaparkan isu-isu sosio-politik di Malaysia, malah turut menampilkan nama-nama terkemuka di Malaysia termasuklah pelakon, ahli muzik dan ahli politik yang dikenali ramai. Anda boleh anggapkan filem-filem ini sebagai filem ringkas funky yang dihasilkan oleh 15 suara hati rakyat Malaysia untuk orang Malaysia.

Sila masuk dan buat macam rumah sendiri.

Tontonilah filem-filem kami. Lihatlah gambar-gambar kami. Tinggalkan komen-komen anda. Paparkan filem-filem anda sendiri. Dapatkanlah cenderamata yang unik. Sertailah pertandingan kami. Bersahabatlah dengan kami. Sebarkanlah berita ini. Muat turunlah apa-apa yang anda mahu…

Kami tidak akan caj satu sen pun.

Layannn dan jangan lupa lepak 15Malaysia - http://www.15malaysia.com/