Showing posts with label Boria. Show all posts
Showing posts with label Boria. Show all posts
17 August 2009 | 7 comments

Selamat Datang Ke Pulau Pinang


Pak Man Telo - Ke Pulau Pinang


Salam semua! Sebenarnya, aku memang dah lama cari lagu ni, tapi tak tau tajuk dia apa. Saja try tanya mamu, kot-kot dia tau. Langsung dia bagi link untuk layan! Hahahaha, terima kasih mamu OMARA!



Pasal permulaan tu, biarkan mamu. Hehe, dapat la juga sedikit info pasal boria :D



Sila datang ke Pulau Pinang
Naik feri ayaqnya tenang
Jambatannya indah terbentang
Menyambut tamu yang datang
Kami mengucapkan semua
Selamatlah datang

Pulau Pinang diberi nama
Rakyatnya berbilang bangsa
Jangan pikir lama-lama
Datang dengan keluarga

Pulau Mutiara dan Seberang Perai
Sungguh-lah indahnya berseri dan permai
Udaranya bersih hati terasa damai
Kepada pelancong, sila beramai-ramai

Pulau Pinang indah pandangan
Batu Feringgi pantai idaman
Bayu bertiup segar nyaman
Tentu rasa aman

Moga seronok disini
Terima kasih berkunjung lagi
Kami semua tetap menanti
Salam hormat dari kami

Pulau Mutiara dan Seberang Perai
Sungguh-lah indahnya berseri dan permai
Udaranya bersih hati terasa damai
Kepada pelancong, sila beramai-ramai

Sila datang ke Pulau Pinang
Naik feri ayaqnya tenang
Jambatannya indah terbentang
Menyambut tamu yang datang
Kami mengucapkan semua
Selamatlah datang
Ke Pulau Pinang (2x)


notakaki: Aku pernah buat entri pasal mamu ni, korang boleh selak-selak kat sini. Mamu, kot-kot ada lagu lama-lama bubuh la lagi yaa. Menggamit Memori~ Walaupun masa tu dok sekolah rendah lagi, tapi sempat la merasa kehangatan boria!



01 March 2009 | 13 comments

Boria Budayasari

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.

Bersempena dengan special entry yang aku buat untuk mamu OMARA, aku terjumpa video dalam blognya.

Budayasari, nama diberi
Sentiasa bersemadi, didalam hati
Kepada warga Boria Budayasari
Teruskan perjuangan, Untuklah kami..

Walaupun kita sudah terdedah dengan hiburan-hiburan terkini, tapi janganlah kita melupakan budaya kita. Seni kita, tanpa seni, kosonglah minda.

p/s: mamu, kalau silap karang, mintak maap noo, saya bukannya pandai karang-karang ni..ekeke

Info dari Mamu OMARA

"untuk pengetahuan, tukang karang yang menyanyi di depan dalam boria diatas ialah Lan dari LNJ Raja Lawak 3. Persembahan ini sempena Festival Filem di Pulau Pinang dahulu."


28 February 2009 | 23 comments

Aku Bangga Jadi Anak Pulau Pinang


Assalamualaikum semua!

Bersama kita lagi dalam special entry. Just nak cerita sikit, tadi time tengah belek satu-satu kat bloggerspenang, aku ada jumpa satu blog, mamutanjung! aku ingatkan dia baya-baya aku, takpun dalam 30-an la.. tapi rupa-rupanya orang lamaa.

Bukak ja dah nampak cover "hijau kuning", wahh, lama gila tak dengaq koleksi-koleksi macam tu, tringat time aku sekolah rendah dulu, dalam 90-an la.. lagu-lagu macam tu memang popular habis! Bapak aku selalu gak bawak aku pi tengok boria, dekat Mutiara FM (Pulau Tikuih (Tikus)), Penang.

Memang teringat la mamu, rupa-rupanya ada lagi pihak yang menjaga tradisi kita. Memang sebak ja terasa mamu, teringat time kecik-kecik. Walaupun saya lahir pada 86', tapi time tu aura boria masih kuat kan mamu?

Teruskan usaha mamu, untuk menjaga tradisi kita. Kami orang-orang muda sentiasa bersama mamu. Sapa yang nak kenal mamu, 


Saya Omar M. Hashim atau lebih dikenali dengan panggilan Omara. Penggiat Kesenian, Kebudayaan, Warisan dan Sastera. Aktif dalam penulisan terutama menulis rangkap karangan boria. Pelakon sketsa boria dan drama radio. Penulis skrip teater, drama radio dan tv. Pengadil boria, nyanyian dan puisi. Penerbit buku, majalah dan album rakaman. Menulis dan menyusun blog Warisan Boria. Menguruskan persembahan boria, ghazal parti, kesenian, kebudayaan dan persembahan artis.




Saya memang tertarik dengan blog mamu, tengok saja koleksi gambar-gambar lama, gambar dekat atas Jambatan, memang teringat ja. Apa-apa pun, SAYA BANGGA JADI ANAK PULAU PINANG!

Buat warga pulau pinang, sila-lah singgah di Komuniti Bloggers Penang ya..mungkin anda jugak akan dapat sesuatu yang bermanafaat seperti saya.