Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts
07 April 2009 | 14 comments

Dua Bukit You, Satu Batang I

Assalamualaikum!

Tahniah buat penyokong Pakatan Rakyat dah menang 2 Bukit Gantang dan Bukit Selambau, tidak lupa juga tahniah buat penyokong barisan yang menang sebatang! Hehe, semoga mereka menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dan dengan penuh dedikasi!

Nampaknya pendekatan oleh Pakatan Rakyat lagi memberansangkan dari Barisan Nasional (BN). Tapi yang menariknya, aku ada tengok TV1 tadi. Dorang dok borak pasal politik kat Bukit Gantang.

"Pakatan meletakkan calon terbaik mereka, Dato' Nizar manakala Barisan meletakkan calon yang orang tak berapa kenal"

Aik, sebelum ni Belit-in dengan Berita Hairan dok kata, 
"Ismail anak jati Bukit Gantang la, memang orang kenal la"
 Ni apa kes pulak? Hahahaha, sendiri mau pikir!

Dan mungkin juga disebabkan sesetengah pihak tak puas hati dengan keputusan PAU - Perhimpunan Agung UMNO hari tu. Biarkan si luncai dengan labu-labunya dan sesungguhnya.

Apa-apa pun, semoga mereka BUAT KERJA! Tak kira la mana-mana pun, kita kan rakyat Malaysia!



06 April 2009 | 6 comments

Oh Politik di Malaysia

Labels: , , , , ,
Assalamualaikum!

Buat pengetahuan korang, aku memang melanggani rss Perisik-Rakyat untuk baca news-news yang diupdate terus dari sana! Reporter tanpa gaji (tabik bro!) - kalau ada pun wang sumbangan orang! 

Ada satu gambar yang menarik minat aku dalam entry ni



Bila la kita dapat capai peringkat ni? Tapi alangkah baik lagi semua parti dibawah satu bumbung, bukannya saling tikam menikam, bom-bom, fitnah sana, janji kosong, kasi peluru, maki hamun tak tentu hala. 

Tak salah kita berbeza pendapat, tapi buat kerja capai la satu matlamat. Cuba imbas kembali bila peristiwa tsunami / tanah runtuh jadi, ada tak kita tanya dulu,
"Ko bulan ke dacing? Kalau ko dacing, aku tanak tolong ko"

"Ehh, mana boleh, ko memang setia dengan bulan kan? Ko mintak orang sana tu tolong" 
bila bala dari Allah S.W.T turun ke muka bumi Malaysia tercinta ni, baru la masing-masing sedar bahawa kita saling memerlukan, ada pro dan ada kontra. Jangan la sampai nak bermusuh pula hanya disebabkan ideologi berbeza. 

Satu saja aku nak cakap dan korang hayati sendiri, 
Takkan kita nak sedar yang kita semua sama bila bala menimpa kita? 
Korang pun dah reti pikir sendirikan? Oleh hal yang sedemikian, berfikirlah seperti manusia matang, usahkan berfikir seperti musang yang berbulu ayam.


29 March 2009 | 11 comments

Youtube - KJ Rasuah?

Labels: , , ,
Assalamualaikum semua!

Rasanya, dah lama tak ber'blogging pasal bab-bab politikkan? Bukan apa, dah sakit hati tengok Malaysia kita yang tercinta ini memang dah berpecah-belah. Hidup berpuak-puak. Memang tak salah berlainan pendapat, tapi jangan la sampai tak bertegur apatah lagi bergaduh.

Aku sokong mana? Aku memang akan menyokong pihak yang benar, tak kira la dia dari parti mana. Tengok posting aku pasal Hajah dengan pengkid tu, aku sokong kalau orang UMNO buat kebajikan macam ni, tapi bila bab-bab main duit ni, Haihh-lah badan, Haihh-lah nyawa (tak mampu untuk bermadah). Korang pun mesti bersependapat dengan aku kan?

Macam-macam dah isu timbul sejak nak Pilihan Raya Kecil (PRK) ni, dengan kes buat fylers memburukkan PR la, dengan kes haramkan Harakah dengan Suara KeADILan la, dengan kes conteng dinding masjid la, macam-macam lagi-lah! Sapa betul dan sapa salah? Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

Selingan dari Perhimpunan Agung UMNO, ada jugak kes. Tapi, memang tak masuk TV punya! Sebab apa? Sapa yang nak burukkan diri sendiri, betul tak? Kalau bab PR, memang ulang banyak-banyak kali, macam tajuk lagu tu "8 Hari Seminggu". Tapi, biarlah, bukan ada kena mengena dengan aku! Kat TV cuma bagitau saja, "Ada kekecohan berlaku".


video ini adalah dirakam semasa perhimpunan agung UMNO 2009,
penyokong anti KJ melaungkan "KJ Rasuah".



Malas la mau cakap lebih-lebih, bagi aku,

Yang baik kita amek, yang buruk, buang jauh-jauh! Tak kira la mana parti pun!

dan lagi satu

Biar berselisih pendapat, Jangan sesekali kita saling menikam.

Info sikit!
  • Parent aku? Mereka memang dengan dacing dari dulu.
  • Gadis aku? Ahli Puteri! (kira match la tu, rumah nanti 2 kaler, pink dengan biru laut! mantop!)
  • Parent dia? Orang kuat dacing! (camna ni? hehe)
  • Member aku? Ramai jugak yang dacing. (along, emy, duan, atan -cousin-, dan bersepah-sepah lagi la)
tapi, memang aku takdak masalah pun dengan dorang. Kalau dengan parent aku, saling berdebat la. Hahaha, tapi orang kata, dengan fakta la. Siap suruh dia bukak Perisik-Rakyat lagi! Jangan dok sibuk melayan Belit-in Utama tu!


30 September 2008 | 1 comments

Selamat Datang Ke myfr3ak[dot]Blogspot

Salam Perkenalan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua yang singgah kat blog aku.

Sebelum apa-apa, aku nak mengucapkan terima kasih kerna sudi singgah walaupun sempat tengok banner / baca sikit2 pun jadi la (lagi bagus klu comment, dari tak knal, kita bley kenal kan..?). Untuk sesapa nak exchange link, memang aku ok je..cakap je, ok..?

Apa Yang Ada Dalam Blog Aku?
Okay, buat sesapa yang no malas nk cari, meh aku guide korang..

- Event & Pusing-Pusing

- Politik

- Life

- Share


14 September 2008 | 0 comments

Nujum Pak Belalang Kembali!

Artist: Indie Gitarist - Youtube
Song: Nujum Pak Belalang









Nujum Pak Belalang Kembali...!!!! Wahahaha


Soalan 1

Tukang Soal :

 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih, 
bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'

Ahli Nujum Negara : 

'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air,
 yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PKR..'

Tukang Soal : 

'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 

'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO 
hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya...'



Soalan 2

Tukang Soal :

'Dua ekor anak itik yang baru menetas, 
yang manakah UMNO dan yang manakah PKR..??'


Ahli Nujum Negara : 

'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, 
yang mengejar itulah PKR dan yang lari sampai terberak itulah UMNO..'

Tukang Soal : 

'Sebabnya...!!??'


Ahli Nujum Negara :

'Sebab di dalam negara kita,
musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. 
Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!'



Soalan 3


Tukang Soal :

 ' Ada sebuah masalah,

Satu... baaaanyak-banyak!!... 
Dua... sedikit-sediiiiikit....!!!
Tiga... jarang-jarang!!!... 
Empat... kad-dang, kad-dang,

Apa itu..???'


Ahli Nujum Negara :

 'UMNO!!!'


Tukang Soal : 

'Buktikan..!!'


Ahli Nujum Negara : 

'Satu... Baaanyak-banyak...
Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini...

Dua... Sedikit-sediiikit... 
Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu...

Tiga... Jarang-jarang...
 Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan...

Empat... Kad-dang, kad-dang...
Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan 
lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'



Soalan 4


Tukang Soal :

 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..??
 Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'


Ahli Nujum Negara : 

'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada
kerisnya ataupun pada jenteranya...'


Tukang Soal :

 'Dimana terletak kekuatannya..???'


Ahli Nujum Negara : 

'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'


Tukang Soal :

 'Buktikan!!'


Ahli Nujum Negara :

 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Polis serta toyol
dari Badan kehakiman.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO
nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'

'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila
kalah dalam apa-apa pertandingan.. Tapi bak kata Dato' Seri Anwar Ibrahim,

Jangan takut.. LAWAN... KITA LAWAN...!!!'


Soalan Extra


Tukang Soal : 

'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang ada di genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara : 

'........... DUIT !!!..'
'Kerana duitlah yang telah MENJAHANAMKAN UMNO...'


Sekian... Semoga Terhibur... Wassalam...