Showing posts with label MCS College. Show all posts
Showing posts with label MCS College. Show all posts
31 December 2009 | 8 comments

Selamat Tahun Baru 2010 | Selamat Tinggal 2009



Tiap-tiap tahun kita mesti buat azam baru, tetapi adakah azam tahun lepas sudah tercapai? Ataupun hanya sekadar angan-angan kosong. Aku sendiri hanya mampu mencapai beberapa azam, walaupun tidak sepenuhnya, sekurang-kurangnya ada juga sedikit impianku tercapai - "It's better than nothing".

Kepada yang mencari artikel-artikel untuk muhasabah diri, disini bukan tempatnya kerana aku sendiri bukannya seorang pakar motivasi, aku bukan insan sempurna yang sentiasa mencari kesalahan orang lain - seperti blogger-blogger yang menulis artikel, "10 Sebab Aku Tak Suka Korang".



20 December 2009 | 5 comments

Salam Berhijrah buat Bekas Pelajar Kolej MCS (Group 5 & 6)

Entri khas bersempena Maal Hijrah ini, aku ingin mengucapkan selamat berhijrah kepada teman-teman se-kolej aku (budak-budak group 5 & 6) yang telah tamat pengajiannya (marilah bersama kami di Facebook). Selamat berhijrah sahabat, memori-memori bersama kalian tetap bersemadi. Dah banyak pengalaman kita kongsi bersama,

main reramai.
 
lepak Sungai Gabai.

 
lepak kat Bagan Lalang 











gi tengok Firework Competition kat Putrajaya.





melawat umah miss jem (akak sayang Mail).

dan bersepah-sepah lagi entri dalam blog yang tak indah ni. Semoga penghijrahan ini memberikan sejuta pengalaman dan tabahlah menghadapi ranjau-ranjau kehidupan dan untuk mengetahuan kalian, aku juga akan berhijrah, tidak lagi berada di Banting. Selamat tinggal Banting, terima kasih atas beribu kenangan. Walaupun sedikit perubahan kita lakukan hari ini, ia akan menentukan masa depan kita.

p/s: maaf kepada semua penjerit-penjerit, tak berkesempatan untuk menyinggah, maaf tau! Terlalu sibuk! Terlalu! Maaf sekali lagi.

p/s: Semua gambar-gambar dari handphone. Harap Maklum. Saya-bukan-photog.



09 October 2009 | 5 comments

Seminar Kerjaya MARA 2009 - Kolej Poly-Tech MARA, Bangi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Buat pengetahuan kalian, kelmarin (Khamis, Oktober 08, 2009) beberapa pelajar Kolej MCS terpilih untuk mengikuti program anjuran MARA (Majlis Amanah Rakyat) di Kolej Poly-Tech MARA, Bangi dan aku salah seorang daripada yang terpilih. Hehe. Before that, Cik Jannah asked me to recover her Canon EOS 1000D memory card. So, I'm lucky! Dapatlah merasa dan tembak-menembak semasa program itu. Tapi, semua gambar yang ditembak bukanlah aksi penceramah, tapi aksi budak-budak MCS. Hahaha, jakun la katakan dapat pegang dslr.

Apa yang aku dapat? Cara buat CV terbaik, apa yang perlu buat bila pointer rendah, beberapa statistik mengenai pekerjaan, apa yang patut dan tak patut buat dan lain-lain. Itu antara isi seminar dan untuk menembak, indoor setting, aku tinggikan ISO (1600), 1/50 (taktau apa), f5.6 (tak tau jugak) dan untuk outdoor (cahaya agak terik), ISO (200-400), 1/125, f8-f16. Taram sudah! Hahaha.

Ini antara hasil-hasil tembakan.













dan lagi banyak di laman facebookku, Seminar Kerjaya. Sekian.


17 June 2009 | 6 comments

Aku Capek

Penat! Serius penat. Macam-macam dipikirnya, sampai tak tahu nak sebut macam mana. Lepas satu, satu pula yang datang. Itu yang serabut gila. Lepas tekanan pointer jatuh, ada budak lelaki hostel bawa masuk perempuan dalam hostel dorang.

KES 1

Kejadian ini minggu lepas, sebenarnya kami boleh dikatakan 'pengawas' hostel la. Diberikan tanggungjawab untuk menjaga hostel-hostel yang bermasalah (err..kami pun bermasalah kot..tapi taklah kacau orang, hehe). Sebenarnya kami serbu hostel itu, untuk selesaikan kes lain, budak-budak kedah (ada la empat, lima orang) dok buli budak cina (tiga orang) dalam hostel tu. Inilah puak-puak yang tak reti nak hormat orang. Tak kira la dia tu cina ke, india ke, asli ke, sabah ke, hormat je dia sebagai manusia. Ini ko nak tunjuk diri ko tu hebat. Payah betul orang yang baru nak 'naik' ni. Dari kes buli, tup..tup..terungkai lagi satu episod, bawa perempuan masuk. Mula-mula budak tu taknak mengaku, tapi selamat la budak cina ni memang sempoi! Dia tangkap gambar si lahabau budak tu tengah tidur dengan awek dia. Terus kantoi!

Tapi tak sempat nak buat apa, terus 'abang-abang' turun (budak-budak tu jugak helo). Haihh, ko yang buat hal, ko nak panggil backup. Kami datang niat nak tanya, bukannya nak pukul ko pun, kami bukannya gangster macam ko. Rileks la brother. Selamat la ada budak-budak ni yang kenal, settle terus. Kami tinggalkan budak-budak tu dengan amaran, janji tak buat lagi.

KES 2

Dah selesai kes minggu lepas, tetiba keluar pula cerita baru. Budak yang helo (aku gelarkan dia 'otai' kat sini) itu pula buat hal! Dia gi beromen buat maksiat dengan awek dia, snap a few 'fighting' picture with his girl. Lepas tu, pow awek dia handphone, awek dia takmau bagi, dia pow RM250 kalau tidak dia sebarkan gambar-gambar tu. Haihhh, apa la punya perangai. Awek dia buat laporan kepada seorang pegawai dan pegawai tu ajak kami 'singgah' dihostel tu.

Kami pun pi rumah dia, pi clear barang-barang (cari gambo panas tu). Aku? Aku ditugaskan untuk "merogol" pc-pc yang ada dalam hostel tu. Mula-mula 1 PC, selesai! Lepas tu, untuk PC yang kedua, owner dia dah selitkan gambar-gambar (katanya gambar dengan awek, tak kisah la) dan kata kat aku yang bukak di My Document saja. Aku buat saja kerja aku, search "*.jpg" kat My Document + include hidden file. Lepas membelek gambar-gambar yang ada, tetiba budak tu melantun.

Weh, camne gambar-gambar ni boleh keluar, ko kate ko nk check My Document saje.


aku jawab jela



Btul la kan, ko tak caye ko tengok sini, aku search semua gambar yang ada dalam My Document, aku langsung tak sentuh folder-folder lain.



dan mungkin dia terlalu bijak bistari, dia masih nak berdebat dengan aku. Takpalah, aku teruskan scroll lagi gambar-gambar tu, dan dia dengan rilek terus tutup monitor. Aku memang dah diam sebabkan tangan aku terus mengigil, si 'baran' nak mengamuk. Aku ambil jalan paling mudah, terus keluar dari rumah dan cucuh rokok (rasanya ada la 3-4 batang), dan barula tenang sikit.

Sementara aku sedang menenangkan diri ini, dorang masih berbincang dengan budak-budak rumah tu. Tiba-tiba ada yang mengaku menyimpan gambar tu, "Alhamdulillah!", senang tugas kami. Langsung periksa telefon bimbit budak tu, dan buktinya sudah ada. Selepas disoal siasat, dia simpan gambar itu pun disebabkan dendam kesumat sebab 'otai' tu sering membulinya. Takpa, kami tak buat apa-apa, hanya berdialog dan minta budak itu berjanji takkan kacau awek (bekas) nya lagi.

Masing-masing panas bukan apa, 'otai' tu ada hantar mesej kat awek dia,



"aku still respect brother-brother tu..tapi dorang takkan kekal"



Memang la, semua orang akan mati. Ngok! Nasib badan, tapi nak buat macam mana, dah tanggungjawab. Saya hanya jalankan tugas sebaik mungkin, kita nak cegah kemungkaran sahaja. Bukannya nak bergaduh pun.

Dan ada lagi satu yang memeritkan otak ini, aku ditugaskan untuk jadi "Project Manager" untuk kerja kursus matapelajaran "Public Relation". Adoiyai, aku bukannya seorang insan yang reti kawal/mengarah orang. Tak caya cuba tanya sepang, dia kenal aku macam mana. Kalau jadi orang nombor 2, Ok la. Haihh-lah nasib. Aku kena uruskan "Karnival IKS (Industri kecil dan sederhana) Kolej MCS", nak buat depan The Store Banting (ye kot..) dan budget oleh student (sponsor taktau laa..ada sapa-sapa yang nak sponsor ka?). Penat memikir. Aku capek deh, capek.



"Ya Allah Ya Tuhan ku, sesungguhnya aku hanya insan kerdil dibumi ciptaan-Mu. Insan yang serba kekurangan dalam segalanya. Permudahkanlah segala urusanku Ya Allah Yang Maha Agung. Berilahku kekuatan agar dapatku menyempurnakan segala urusanku. Hanya pada-Mu aku sujud Ya Allah."



Click to continue


09 June 2009 | 0 comments

Pointer Jatuh Pulak!

Peh, bersawang lagi blog ni! Hahaha, mintak maap la semua noo..bukan apa, otak agak stress memikirkan result! Untuk semester yang baru lepas, pointer agak jatuh disebabkan beberapa subjek yang agak kurang paham. Dari 3 lebih CGPA, terus jatuh ke 2.87. Apalah! Tapi, sebenarnya aku agak bersyukur jugak! Kenapa? Kalau korang nak tahu, ada satu subjek yang aku memang kabur habis masa jawab! (siap simpan duit untuk re-sit kertas tu! Hahaha). Terima kasih la kepada Miss Marliana (ye miss, saye tahu miss tolong saye, terima kasih miss!) untuk subjeknya.

Aku juga ada terpikir untuk menukar layout blog aku ni. Sebab? Tak berapa seronok la memandang posting yang ini. Dah tukar saiz untuk video tu pun, masih lagi tak berubah. Bila guna Google Chrome ok saja tapi bila pakai Mozilla Firefox, terkeluar sudah video tu. Mula la tekanan! Haihh, belum sempat pun nak baiki template Wiking yang aku pakai untuk KBP untuk disebarkan, dah sampai masalah baru. Rilek dulu la, kasi otak tenang dulu. Hehe, Okay! Sampai disini saja untuk entri kali ini sebab jam pun dah menunjukkan pukul 7.59 pagi, waktu untuk siap-siap! Wassalam!



15 May 2009 | 5 comments

Tutuplah Buku Itu Untuk Sementara Waktu

Akhirnya, kertas terakhir ujian akhir untuk semester empat (4) telah pun tamat. Kini otak mf dapat rehat secukupnya, memang terasa aman untuk beberapa waktu. Dapat tutup buku kolej (macam-lah selalu buka buku! Haha) hingga awal bulan Jun. mf cuti semester selama 2 minggu dan akan bertolak ke Sitiawan, Perak esok (Jumaat) petang. Penang? Mungkin ya dan mungkin tidak, semua bergantung kepada takdir.



Genting | April 30, 2009 | Bersama si Gadis | C905Phy + Photoshoped




Sila klik pada gambar untuk lihat kesan sentuhan Photoshop (hasil untuk hari terakhir di semester yang terakhir)


12 May 2009 | 4 comments

Jungle Tracking Desa Pahlawan Bahagian 2

Salam! Ini merupakan sambungan dari episod Jungle Tracking di Desa Pahlawan, Batang Kali (mf taktau nama tempat yang lebih spesifik).

Setelah sampai ditempat kejadian, mf memang tak boleh nak menidurkan diri! Dengan berpeluhnya, hati panas lagi, baju dah macam-macam punya bau, perut lapar lagi. Si mael, ayob dengan sapa lagi ntah masih diluar, tengah berborak.

Dalam pukul 3 lebih, mf bangun dan makan nasik sikit. Tiba-tiba dorang ajak mf gi terjun sungai! Hahaha, memang kerja gila mandi sungai pagi-pagi buta. Sejuk gedii!



Penerangan Video
00:00
Dah sampai ke Check Point yang pertama - masih steady

00:49
Dah sampai ke Check Point yang kedua (jambatan kayu)! - masih steady jugak

00:31
Dah sampai kat tempat perkhemahan.


Hehe, buat pengetahuan korang semua, lepas saja check point yang kedua, mulanya mendaki bukit. Tepinya curam! Boleh pulak si Dato' Hamzah tu passing canvas untuk khemah tu kat aku. Seyes, time ni memang kaki aku dah agak kegoyangan. Nafas masih okay (buat pengetahuan semua, aku merupakan pengidap asthma yang kronik - Haha, tapi disebabkan ada "ubat" yang sentiasa diambil, aku berjaya mengawal penyakit diraja tu - dah lama tak kena). Kakinye memang dah tak boleh nak kawal mungkin disebabkan perjalanan 4.1km dari pekan Rasa ke Batang Kali. Al-maklumlah, aku bukannya orang yang aktif, tak macam gadis aku, hyper-active!.

Lepas check point yang ke berapa tah, sang mael offerkan diri untuk angkat canvas tu dan Dato' Hamzah kasi air POWER! Haha, tongkat ali-lah! Apa lagi.! Perjalanan semakin lancar kembali akan tetapi agak mencabar jugak la, sebab terpaksa peluk bukit disebabkan jalan kecik dan tepinya curam.

Rasanya dalam 2 Jam lebih perjalanan menuju ke kawasan perkhemahan tu. Alhamdulillah, aku dapat berjaya sampai juga. Pasang khemah, aku dengan ayob melepak kat dapur (kira dapur la jugakkan? Hehe). Datuk Hamzah, Uncle Zul, Pakcik Khalid, Otai, dan ada la beberapa orang pergi memburu, dan kami ditugaskan untuk masak nasik + lauk + cari kayu api.

Dipendekkan cerita, lepas saja makan malam, Uncle Zul buat sesi motivasi sikit. Sembang-sembang isu berbangkit, Dato' Hamzah yang dengan "Remaja Kita Sekarang Remaja Yang Jahanam", "Remaja Burger" dan memang aku bersetuju dengan pendapat beliau. Remaja yang tiada arah tuju. Masa ni jugaklah si mael bersuara untuk buat sesi pengenalan. Haha, Kalau tidak, memang asyik "Hoi2", "Wei2", "Abang2" saja.

Lepas tu, sesi masak maggi ramai-ramai, disebabkan masing-masing agak kelaparan. Dalam pukul 11 lebih, yang lain dah menidurkan diri. Aku, Capik dengan si Bulat, melepak atas batu + depan ada anggun api + depan ada hutan + kiri kanan air sungai + atas bulan tengah mengambang. Time ni, melayan jiwang la sat. Hahaha, shuu.. Ada gak perasan 'menda' tu, biasa la, dalam hutankan, tapi buat tak tau saja.

Pagi tu, aku bangun agak lambat sebab memang sejuk! Mandi pagi? Hehehe. Lepas saja makan, kemas barang-barang, bakar apa-apa yang patut (kebersihan haruslah dijaga!), dan terus berjalan pulang. Masa balik kami ikut jalan lain, Dato' nak tunjuk jalan lain pulak.

Terima Kasih Dato' Hamzah kerana sudi membenarkan kami menumpang dan merasai tempat dato'



Sampai kat Desa Pahlawan, masing-masing turun mandi buat kali terakhir. Lepas tu, makan sikit dan terus bergerak pulang. Terima kasih buat sis Miera (cun! Hehe, tapi umur dah 27) dan si zakwan sebab sudi hantar kami kat stesen KTM Sungai Buloh. Sampai banting dalam pukul 12 lebih kot dan memang aku tak sempat nak mentelaah subjek Business Calculation! Badan memang letih!

Pagi isnin tu, jawab kertas Business Calculation, tertinggal 1 soalan (dah hilang 20 markah..Maafkan saya Miss Nurul Izzah, memang saya tidak ada idea langsung!). Tamatlah sudah kisah Jungle Tracking! Hahhaha, si Dato' ajak lagi kami mendaki bukit minggu depan, 22hb ni agaknya, tapi mungkin mf tak dapat nak ikut sebab nak balik Perak.

Sekian coretan untuk kali ini, wassalam.

p/s: Koleksi gambar telah hilang dari mf punya c905, mf cut folder dalam memory card lepas tu paste dalam folder laptop ni. Tah tiba-tiba proses tu berhenti dan kesemua gambar telah hilang. mf jugak agak sedih, tapi apa boleh buat. Hee


Click Read More to continue reading


06 May 2009 | 2 comments

Record Management [Settle]

Labels:
  • Indexing Rules
  • Type of Cabinet
  • Periodic Record @ Perpetual Record
  • Record Management System
  • ...



Itu adalah beberapa minatang topic yang masuk kertas akhir untuk subject "Record Management". Hahaha, untuk paper ni, 70% kot.. Mane idaknye, bangun lambat, tak sempat nak kasi warm-up sebelum masuk dewan. Kesian si gadis, kejutkan orang yang "tidur dengan aman". Hehe.

Seterusnya, "Office Administration 2" hari khamis ni. Semoga dapat buat dengan penuh sempoi! Hehe, masa untuk tidur. Dah nak dekat pukul 3. Wassalam


24 April 2009 | 12 comments

Edisi Khas: Mohd Ismail Badri

Labels: ,
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Entry ini ditujukan khas buat Mohd Ismail Badri, budak Pahang yang sedang menuntut di M-C-S (my college ****) College.
 

Budak ni memang satu kepala jugak la dengan aku, geng-geng mbsc. Actually, tak plan pun tapi ayob dok ajak hentam dia, si arshad pun ada rumah (mamat dibawak kereta pulak!), terus ramai-ramai sumbat dalam kereta dia! Hahaha, ahli-ahli yang terlibat:
  • Bojan
  • Ayob
  • Shafiq
  • Jai
  • Arshad
  • Apis (gemok)
  • Apek
  • Wan
Kami pun taktau dia kat mana mula-mula, saja pi ronda-ronda kat hostel awek dia, boleh pulak nampak dia. Masing-masing turun kereta (6 orang sekali gus! Dah macam nak riot dah! Bonzer club kat situ pun dah bangun pandang-pandang). Si bohjan mulakan peperangan, terus masing-masing hentak dia! Hahahaha, mendapat kauu Mohd Ismail!! Hahaha, ko ingat ko otai!! Amek kau!



Dekat setengah jam @ lebih, kami buli awek dia suruh wish! Hahaha


Selamat hari tua mail! Semoga panjang umur + dimurahkan rezeki + ingat mak bapak kat rumah + jaga awek ko elok2  + kita bukan sekadar kawan, kita bersahabat! Anyway, thanks a lot to aweknye, Nazirah (kot namanya..hehe) sebab sporting jugak! Chow~!

buat pengetahuan korang, aku memang dah lama tinggalkan alam teluran ni, tapi disebabkan budak ni agak 'bertuah', terpaksa la jadi budak-budak! Hahaha, lantak orang mo cakap pe, janji puas!

untuk video yang lain, korang sila tengok dipicasaku! [ klik sini ]


21 April 2009 | 12 comments

Exam Oh Exam

Assalamualaikum & salam sejahtera semua!



Buat pengetahuan korang, mf baru dapat jadual peperiksaan hari pagi tadi. Bermula pada Mei 5 hingga Mei 14 ini. Persediaan? Hahahaha, usah ditanya-lah (mf taktau apa! Haha).

Subjek untuk semester ini, 5 subjek:-

  • Record Management
  • Office Administration
  • Business Calculation
  • Interpersonal Communication
  • Project Management

Wish me luck! Heee + Good luck buat semua yang tengah exam sekarang ni!


19 January 2009 | 11 comments

Tak Puas Hati!

Salam semua, untuk pengetahuan semua, saya merupakan pengendali blog tidak rasmi kolej MCS - www.mcscollege.blogspot.com dan pihak atasan tidak puas hati dengan tindakan tersebut. So..? "We write what we feel"

Nanti la gua sambung, mau gi class.. chow~

#UPDATE#

Seperti yang dijanjikan, kita sambung sembang bab blog mcs ni.

Sebenarnya, saya bukanlah sekejam yang dorang fikirkan, saya hanya menulis apa yang terbuku dalam hati, sebab apabila saya menggunakan BPP dan lecturer sebagai medium perantaraan, tidak ada apa pun yang berlaku.

Tapi, setelah "meeting tergempar tadi", kami terpaksa akur dengan kehendak dorang. Mengugut dengan "copyright" dan menyatakan kami "memfitnah" dorang. Tu luahan, sebab tu saya ada mention kat sidebar blog tu:

{Infomation}
This is just by our own personal site, just move on if you dont like it =D Why? We're the student, we have right to speak out..if you feel the info in the article not right? Just drop by the comment, and we will take the action. Don't worry, WE WALK OUR TALK.
Kalau salah, tolong tegurkan. Niat kami bukan nak menentang atau membangkang, sekurang-kurangnya kami memperjuangkan hak sebagai seorang pelajar. Kami berjuang bukan untuk DUIT tapi kebajikan bersama.


But, everything is done! I'll closed that blog for some reason that will be secret between the blog writer & college management and if the blog up again, that not by me! Never blame me again about that trash (your word right?). I'm sorry if i do something wrong and the real man is the one who “Walk his Talk” - I will stop blogging for www.mcscollege.blogspot.com but will keep fight for the right. Thank You.

p/s: utk sesiapa yang berkaitan, sini adalah port utk gua lepaskan perasaan, so, xde kene mengena dengan port sana. Sekian.

Regards,
Muhamad Hadi Ahmad



17 November 2008 | 0 comments

MCS College | Kolej MCS?

Penah dengar ka tak pernah? Bukan.. Bukan.. Bukan MSC, MCS-lah..
MCS? Ape tu? Actually, aku pun sengal gak memula, tapi, meaning dia, "Morale, Competent, Success". Haa, hehe..
Aku blajaq kat sini la skang, kolej mcs, kat Banting, tepi The Store.
Aku saja ja nulis, sebab dah tak tau nak tulis apa, dah lama tak mengarang.. hehe
Kalau nak tau lagi, singgah la lepak MCS College Blog - " Student Voice".. - Blog ini sudah tidak aktif setelah mendapat bantahan dari Pihak Berwajib. Anda boleh pergi ke laman web rasmi kolej di www.mcs.edu.my