Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts
24 March 2012 | 5 comments

(GAMBAR) Hidayah Hazhan

Salam.

Hari tu teman dah post gambar Tyra Hazhan, seorang gadis cilik dan ini adalah kembar-nya yang lebih dewasa, Nur Hidayah Hazhan / Hidayah Hazhan.

Talent: Hidayah Hazhan.
Make-up: Hashimah Husain.
Photograph by: sangtenuk / myfr3ak.





20 January 2010 | 3 comments

Seni Khat dan Ambigram - Awangpurba



Aku sendiri bukanlah pencinta seni khat dan aku memang tak tahu apa tu ambigram tetapi selepas melihat hasil-hasil awangpurba, hati mula terdetik dengan keunikkan hasil khat dan ambigram olehnya.

Ini diantara hasil-hasil karya beliau.



Aku sendiri tak kenal beliau secara peribadi ataupun bersembang dengannya / komen karyanya, akan tetapi serius aku teruja benar dengan segala karya-karyanya. Memang agak unik! Semoga ada rezeki aku bila tiba 'peristiwa itu' untuk aku mengupah beliau membuat khat untuk kad jemputanku nanti. Hee.


15 January 2010 | 14 comments

Khas Untuk Bumiputera a.k.a Melayu! - Fynn Jamal

[PESANAN: Ini bukan saya yang cakap, tapi ini Fynn Jamal yang cakap! Tapi demi tuhan, ini juga menjadi asas hidup aku! Bukan niat mencilok, hanya digunakan sebagai kata-kata hikmat kerana penulisan aku agar berterabur. Terima kasih. ]

[MAKLUMAN: Kepada sesiapa yang masih tidak faham penulisan Fynn, gaya penulisannya berbaur kritikan, hayati sebelum menuduh aku asabiyah]

[Link Asal]

ada banyak cara untuk masuk syurga dua tiga menjak ini.

1) bunuh.
korbankan seluruh ahli keluarga terutama yang nampak dalam agamanya.
penggal kepalanya dan tanamkan jauh dari tubuh dicerai darinya.

2) bom.
binakan dinamit yang mampu meletupkan keluasan 200 meter persegi.
cari kawasan yang sesak dengan manusia2 yang sibuk dengan duniawi.

3) bakar.
pergi pada bangunan2 suci mereka yang lain dari fahaman kita semua.
mulakan chaos yang dipuncakan dari arson, kerana amarah adalah api marak menyala.

kita semua akan masuk syurga!!!!


14 February 2009 | 4 comments

Happy Valentine Day!


Salam semua! Keh, keh..ingat tak soalan aku didalam entry "Aku dan Valentine"? Kalau anda semua perasaan, soalan tersebut adalah berbunyi,

Ada apa dengan Valentine!

..betulkan? Dan untuk jawapannya,
Selangor (Laporan Rasmi dari semua kawasan operasi) - Alhamdulillah, sebanyak 65 pasangan melibatkan seramai 130 remaja telah dibawa ke sessi kaunseling & taubat di Shah Alam & Ampang oleh sukarelawan "Ops Valentine 09" yang diadakan malam tadi dengan kekuatan anggota seramai 222 orang melibatkan 11 lokasi di Selangor & Kuala Lumpur.

Setinggi tahniah & syabas kepada semua pihak yang terlibat & menyokong secara moral - PERKID
sumber Perisik-Rakyat

Betul tak apa yang aku karang dalam entry tersebut? Itu yang DAPAT, belum kira yang lari lagi, yang sudah "berperang", dan lain-lain. Itu baru 11 lokasi di Selangor & Kuala Lumpur, belum dorang buat besar-besaran lagi dikawasan Kota Metropolitan Kuala Lumpur . Itu baru di kawasan Selangor & Kuala Lumpur, belum campur negeri-negeri lain (Pulau Pinang, Johor dan lain-lain).

Dimana lagi wira-wira MELAYU yang membela "MELAYU" ditanah tercinta ini? Takkan bising bila bab politik sahaja? Renung-renungkan-lah.

Penakrifan undang-undang

Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai [11]:

  1. Seorang yang beragama Islam
  2. Bertutur bahasa Melayu
  3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
  4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.

Info: Wikipedia