Showing posts with label Merdeka. Show all posts
Showing posts with label Merdeka. Show all posts
20 October 2011 | 1 comments

Selamat Hari Hartal 2011!

Assalamualaikum.
Pada hari ini, 64 tahun dahulu, rakyat negara ini telah bersatu merentas kaum, agama, kelas, kepercayaan, fahaman & ideologi untuk satu matlamat - menjalankan Hartal seluruh Malaya sebagai tanda protes terhadap Perlembagaan Federation 1946 ciptaan penjajah kolonial British yang tidak demokratik, dan bagi menyatakan sokongan terhadap Perlembagaan Rakyat 1947 ke arah kemerdekaan tanahair. Dari Alor Setar ke Johor Bharu, dari Ipoh ke Kuantan, jalan2 lapang, kedai2 ditutup, kilang2 tergendala, kota2 dan pekan2 seluruh tanahair telah terhenti. Tetapi sehingga hari ini sejarah Hartal masih tidak diketahui oleh majoriti rakyat Malaysia. Tonton filem 10 Tahun Sebelum Merdeka untuk mengetahui sejarah Hari Hartal, hari perjuangan demokrasi rakyat - Frinjan




Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka from fahmi reza on Vimeo.






nota 1: lawati http://www.facebook.com/sepuluhtahun untuk maklumat lanjut.

nota 2: selamat hari lahir kepada para pesambut hari lahir 20 oktober (Huda Kura), tak lupa juga, 18 oktober (Natrah) dan 17 (Sepang).



30 August 2009 | 7 comments

Oh Merdeka

Labels:
Oh Merdeka

"MERDEKA","MERDEKA","MERDEKA"

Itu yang diluah,
Itu yang dilempar,
Itu yang dibangga,
Itu yang dikata,

Tapi,

Merdekakah Aku,
Merdekakah Engkau,
Jangan Jadi Kutu,
Jangan Jadi Langau,
Biar Jadi Besi,
Jangan Macam Maggi

MERDEKAKAH KITA?

Katanya dah Merdeka, Tapi Jiwa Masih Dijajah,
Katanya dah Merdeka, Tapi Jiwa Terlalu Murah,
Apa erti kata kiranya badan tanpa nyawa?
Apa gunanya merdeka kiranya otak masih dibelenggu

MERDEKAKAH KITA?

Merdekakan Diri Kau Dari Dibelenggu Penjajah,
Bukan Penjajah Yang Memerintah Negara,
Tapi Penjajah yang Menjajah Kotak Permikiran

MERDEKAKAH KITA?

Bebaskan Diri Kau Dari Penjajah Yang Menjajah
Mata Hati Kau,
Mata Hati Aku,
Mata Hati Dia,
Mata Hati Mereka,
Mata Hati Kita Semua

Mata Hati Yang Menyebabkan Minda Dikotakkan,
Mata Hati Yang Tak Reti Menilai Baik & Buruk,
Mata Hati Yang Penuh Dengan Kehitaman,
Mata Hati Yang Terlalu Pentingkan Perkauman.

Bebaskanlah Jiwa Kamu-Kamu Sekalian
Kerna Kita Saling Memerlukan

Letakkan bendera politikmu dibawah,
Letakkan warna kulitmu dibawah,
Letakkan wang ringgitmu dibawah,
Letakkan kunci kenderaanmu dibawah,
Letakkan kemejamu dibawah,
Letakkan jam rolexmu dibawah,
Letakkan darjat kemuliaanmu dibawah.

Genggam Erat Tangan Insan disebelah,
Laungkan Dengan Bangga Yang Kita MERDEKA.

Salam Kemerdekaan Yang Ke-52


Muhamad Hadi Ahmad

notakaki: Bebaskan kotak pemikiran dari dimanipulasi pihak lain. Kita begitu mudah terpedaya dengan berita-berita yang dibawa oleh pihak tertentu. Turunlah ke Padang, Pijaklah dibumi yang nyata. Jangan menjajah bangsa lain dibumi Malaysia kerna mereka juga insan seperti kita, yang mahu jiwa merdeka. Kita bukan bangsa penjajah, kita bangsa Malaysia. Undur setapak ke belakang, lihatlah realiti. Jangan biarkan hati dan jiwa kita dijajah. Jangan. Jangan..