Showing posts with label Seram. Show all posts
Showing posts with label Seram. Show all posts
23 October 2009 | 8 comments

Paranormal Activity - Video & Download

Korang dah tengok "Paranormal Activity"? Seram gila!





Masa mula-mula, takdak apa sangat, kena main-main ja, cakar-cakar dinding, orang berbisik, main-main pintu tapi makin lama makin dasyat. Naik seram pulak aku! Gadis tu boleh pulak berdiri 2-3 jam pagi-pagi buta, lepas tu lepak tepi kolam sorang-sorang dengan muka sememeh. Lepas tu ada pulak part gadis tu kena tarik kaki, mcb! Seram aku! Hahahaha, biasa la, saya adalah manusia yang berimaginasi tinggi.

Nak download? Cuba ke sini.



10 June 2009 | 14 comments

Selangkah Ke Alam Misteri

Labels: , ,
Salam! myfr3ak (mf) ada satu benda nak tanya kat korang, apa perasaan kalau korang boleh dibukakan deria penglihatan yang dapat melihat benda-benda ghaib? mf? Kadang-kadang teringin juga nak tengok dengan mata kepala sendiri. Kalau korang nak tahu, dekat bukit lama nak pergi ke Balik Pulau, memang agak bersepah dengan minatang-minatang 'benda' tu. Tapi Bukit Teluk Bahang lagi gerun la, dengan kapchai kuningnya (mf pernah kena ikut, tapi memang tak pandang langsung, perasan dari helmet member mf la, nampak lampu malap sedangkan kat kawasan Bukit Teluk Bahang, lepas Titi Kerawang mana ada lampu jalan!).
mf nak kongsi satu blog, yang mana memang pemilik blog tersebut dianugerahkan oleh-Nya 'penglihatan'.

Setelah kejadian yang menimpa aku dalam tahun 1999, kalian semua boleh baca entri aku dalam tahun 2008. Entah kenapa kadang-kala aku dapat terus melihat apa yang orang lain tak nampak. kali pertama aku melihatnya terasa menggigil satu badan. Kini amat kerap aku melihat benda-benda pelik sedangkan aku tidak mempunyai ilmu yang tinggi. Aku tidak belajar dimana-mana. Ia sendiri terjadi selepas kejadian pada tahun 1999. Arwah isteriku menghembus sendiri ayat yang aku berikan kepadanya ketika dalam separuh sedar. Kedua-dua anakku telah tahu apa yang terjadi kepadaku. Bila kami melalui perkuburan anakku akan menjeling kearahku. " Macam mana ayah nampak ka ". Aku hanya menganggukkan kepala. Akhirnya mereka sendiri tidak bertanya lagi.




Mula-mula mf agak seronok membaca kisah-kisah zaman remaja abang ariff budiman ni. Tapi, bila terbaca entri awal januari, beliau mula bercerita tentang arwah isterinya (Al-Fatihah). Saat-saat arwah kena buatan orang, detik-detik mereka menentang, bait-bait ayat yang diluahkan, memang sebak. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman & beramal soleh.

Jom kita tengok beberapa adegan yang agak gerun diblog abang ariff budiman

Aku mula terasa kepelikan dan mula tersedar kemungkinan ada benda lain yang mengganggu didalam tubuh isteriku. Aku membaca Al Mathurat didepan isteriku. Tiba-tiba ayatnya hilang didepan mata. Setelah beristighfar beberapa kali barulah penglihatan kembali pulih. Aku menyuruh anakku membaca surah Yasin. Tiba-tiba dibalingnya kelambu membuatkan wajah anakku pucat. Isteriku hanya tersenyum melihatnya. Aku dah syak. - akhirnya terbongkar jua


Pagi itu nampak isteriku ceria. Boleh berjalan dan bergurau. Bila hampir waktu zohor dia dah mula rasa sesuatu. Katanya kepala dan tengkoknya amat berat. Aku dapat merasakan bahawa benda itu telah kembali masuk kedalam tubuhnya. Aku membaca ayat 9 dari surah yasin lalu kuhembus ketengkoknya. Jatuh terkulai isteriku tidak bermaya. Sah makhluk itu telah kembali masuk kedalam badan. Sewaktu solat zohor aku menyuruh anak perempuanku get ready sebab selesai saja salam terakhir dia akan jatuh terkulai. - Dia Masuk Kembali



Bukanlah niat untuk mengungkit malah memburukkan keadaan, tapi untuk berkongsi benda yang mf rasa boleh dijadikan pengajaran. Kepada abang ariff, semoga abang berbahgia dengan kekasih baru ;)

"Selangkah Ke Alam Misteri" Original Photo - Here (by thivierr) and here (by spankmeeehard)

Click to continue



17 September 2008 | 0 comments

Terlepas Kekasihku Seru..?

Kekasihku Seru Episod 8


Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

Ini barang bukan ana yang punya, ini barang, TV3 juga yang punya..Harap Maklum