Showing posts with label Perempuan. Show all posts
Showing posts with label Perempuan. Show all posts
15 April 2010 | 1 comments

(Youtube) Setiap Kejayaan Lelaki, Ada Perempuan Belakangnya

Sungguh sibuk ber'dating' dengan laptop untuk menyiapkan report Internship, tak sempat nak taip apa-apa tentang peribadi (perlu ka?).

Lupakan bab aku, video ni aku rasa memang agak menarik! Khas buat para lelaki, kerana di setiap kejayaan seorang lelaki, ada seorang perempuan dibelakangnya. Juga di sebalik kejatuhan seorang lelaki, seorang perempuan ada dibelakangnya.

"The Girl Effect" - satu video yang tidak ada gambar, ataupun klip-klip gadis melayu yang seksi ataupun panas, tetapi hanyalah gumpalan perkataan yang penuh dengan maksud yang mendalam. Layan.





12 February 2010 | 6 comments

Spesis Wanita Yang Digeruni Pasangannya

Labels: , ,

Dilema seorang lelaki yang mempunyai pasangan dan belum berkahwin? Ini diantara dilema-dilema yang pernah aku alami sewaktu dulu (artikel ini disalin dan rasa macam ada kena mengena saja, hahaha). Sekarang? Suka hati aku nak buat apa, dan suka hati dia nak buat apa! Selagi tidak terikat, aku tidak mahu mengawal setiap gerak-geri dia tapi bila dah terikat,
"Duduklah kamu didalam sangkar ini! Hahaha!"
 Okeh, sambung artikel yang disalin ini!



Dia Tahu Semuanya


Ada perkara-perkara yang kita sembunyikan dari si dia, tentang hal-hal peribadi, keadaan sekeliling kita - disebabkan bukannya 24 berkepit (kalau dah kahwin itu lainlah). Akan tetapi dia tahu serba-serbi tentang kita! Pelikkan?


19 September 2008 | 2 comments

Kaulah Yang Bernama Wanita

Artist: InTeam
Song: Impian Kasih








Assalamualaikum, entry ni saja aku copy dari site mana tah, aku pun lupa (sorry pengarang asal), aku curik pun sebab meaning dia tu, perghh.. Korang (kaum hawa) kaji diri, tanya hati, adakah aku insan yang mengejar dunia sahaja, atau insan yang mengejar akhirat sahaja, ataupun insan yang mengejar kedua-duanya.

Jangan suka mendedah tubuh

 
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus. 
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu. 

Setia terhadap pasangan 

Jadilah seperti pohon pisang. 
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya. 

Kecantikan dalaman

 
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong. 
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis. 
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri. 

Jaga kesucian dalam bergaul

 
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi ubinya tetap putih bersih. 

Selalu bertindak adil 

Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan. 
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar. 

Semakin tua semakin bijaksana 

Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas. 

Jangan bermuka-muka 

Jadilah seperti buah manggis. 
Buah manggis bioleh diketahui ulas isinya dari bahagian tampuknya.


p/s: Renung-renungkanlah insan yang bernama wanita =D