Showing posts with label Alaf 21. Show all posts
Showing posts with label Alaf 21. Show all posts
01 May 2010 | 22 comments

Aku dan Novel - Cinta Sufi - Ramlee Awang Murshid


Akhirnya, penantian daku selama sebulan berbaloi! Novel Cinta Sufi karya Ramlee Awang Murshid yang terbaek! Ini adalah sambungan dari Trilogi Bagaikan Puteri.

Watak Utama: Laksamana Sunan (Saifuddin), Catalina, Puteri Kober Gandring, Pangeran Garitno (Taghut,Raja Roman).
Watak Pembantu: Bangsa Polip (Tariq, Luna dll), Panglima Awang Bagan, Hang Tuah, Renata, Aloinso, Leandro, Hang Lekiu
Watak Sampingan: Puteri Gunung Ledang, Makhluk Bayang, Bunian, Alfonso


Sinopsis


Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’.

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna… bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.

CINTA SUFI
Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.

Oh, sekali lagi abang Ramlee berjaya menerbangkan aku ke alam Kesultanan Melayu Melaka, ketika Melaka diserang oleh Portugis. Catalina, mendapat mimpi yang menyuruhnya pergi ke Hulu Melaka dan mencari lelaki bertanduk dua.

Bangsa polip yang tercatat didalam Cinta Sufi, berkemungkinan wujud hasil kajian penulis mesir, iaitu Muhammad Isa Dawud:-



18 April 2010 | 2 comments

(Novel) Saat Kau Kata Cinta - Anis Ayuni



Untuk penggemar novel, nama Anis Ayuni mesti tidak asing kepada anda. "Saat Kau Kata Cinta" - karya terbaru oleh beliau, dimana terletak ditangga yang ke-tiga carta MPHOnline selepas Layang-layang bertali kaca (Norhayati Berahim) dan 9 Nyawa (Ramlee Awang Murshid).

Sinopsis


MELIHAT gambar-gambar Nuril bersama Hijaz sewaktu percutian mereka di Paris membuatkan hati Darwina tersentak. Namun dia tiada kekuatan untuk menceritakan kepada Nuril hal yang sebenar.

Bimbang Nuril akan mengambil tindakan di luar jangkaan. Lalu, ‘direlakan’ episod cinta anak-anak sekolah antara dia dengan Hijaz berakhir dengan kehancuran.


Takdir menemukan Darwina dengan Azril. Lelaki itulah sandarannya untuk membina bahagia. Sedang hatinya diulit cinta, dia bertemu dengan Syafi sewaktu kunjungannya ke United Kingdom. Pertemuan yang tidak meninggalkan tanda di dalam hati kerana di tanah air sudah ada yang merindu.

Tanpa diduga, sekali lagi dia diuji. Bahagia yang diharap, derita yang tiba. Emosi Darwina menjadi seperti roller coaster apabila Azril rupa-rupanya berdusta dalam bercinta.

Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang membuatkan hati Darwina kacau. Lelaki itu tidak per nah jemu merayu jiwanya. Benarkah hadirnya Syafi sebagai penyelamat rumah tangga Hijaz dan Nuril?

Bagi pandangan aku, jalan ceritanya agak mudah untuk ditangkap tetapi yang menariknya, bila aku baca novel ni, rasa macam tengok drama kat tv pun ada. Hehe, mungkin disebabkan tidak serasi sangat dengan kisah cinta kot tapi tak kisahlah, janji aku baca :P

Watak Utama: Darwina
Watak Sokongan: Nuril (teman se-PLKN), Hijaz (cinta zaman sekolah), Azril (Lelaki Australia), Bapak Dia, Makcik Dia, dan hero dalam cerita ini, Syafi (bujang terlajak)
Watak Tambahan: Kelly (awek lama syafi), Umie (mak tiri Darwina), Anak makcik dia.
Tempat Kejadian: Negeri Sembilan, United Kingdom (teringat si arieza - gadis UK yang rajen buat contest)
Karya: Anis Ayuni
Keluaran: Alaf 21
Pemberi Pinjam: Sang Gadis! Haha

Hahaha, aku tak berapa nak ingat sangat. Biasalah, aku baca 'berepisod' sebab konflik yang agak kurang. Kalau konflik kuat, mesti laju aje sebab nak tahu apa yang akan jadi seterusnya.

Dengan jalan cerita yang lancar, ada tak orang TV nak adaptasikan novel ini ke drama TV? Kisah cinta antara 3 benua! Asia, Australia dan Eropah.

Nota I: Sudilah singgah dilaman blog beliau, Suara Hati Anis Ayuni.

Nota II: Cik Arieza ada buat Contest Hangit - Tee, Keychain dan macam-macam dari LONDON! LONDON TU! Hahaha! Free promotion takde gift ke?

Nota III: Toyota VIOS SPORTY memang menarik! Sapa nak hadiahkan kat aku!

Nota Sedih:




Aku masih lagi menunggu Cinta Sufi - Ramlee Awang Murshid yang aku order online kat KelabRAM pada bulan lepas. Aku masih menanti, tapi janganlah sampai aku dah balik banting baru nak sampai.


02 October 2009 | 7 comments

Aku Dan Novel - Ranggau - Ramlee Awang Murshid


Sinopsis
Satu pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama. Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat.

Komen
Ya, aku bukanlah peminat setia Ramlee Awang Murshid (RAM) yang ikut semua gerak gerinya, aku hanya insan yang suka pada gaya penceritaannya. Pada permulaan novel Ranggau ini, RAM ada menyelitkan ayat-ayat Al-Quran, segala firman dan hadis dan sememangnya tidak lari dengan jalan ceritanya yang mengisahkan kejadian pada tahun 70-an sewaktu beliau masih kecil dan ada penduduk kampungnya mati yang dikatakan disebabkan Ranggau. Bagi mereka, Ranggau ini macam semangat jahat juga la. Kisah cinta? Sedikit, terlalu sedikit. Memang kita tahu (orang yang pernah baca hasil RAM) yang karya RAM isu percintaan seumpama selingan sahaja. Kebun bunga dan tugu berbentuk piramid dibina untuk membuktikan cinta Dr Zahid,teman lelaki Ursula kepada si gadis korprat ni akan tetapi ada benda lain disebalik kebun dan tugu itu.

Kita singgah sebentar di blog ordy, rumusan beliau mengenai "Ranggau".

Pada awal cerita, diceritakan kehidupan dan keluarga Rusdi sejak kecil. Rusdi kehilangan adik perempuan kerana mati lemas di sungai semasa kecil lagi. Banyak juga peristiwa aneh dan ilmu hitam yg diceritakan oleh penulis. Watak Ayah Rusdi juga diceritakan berhadapan dengan ilmu hitam. Ketika membaca novel ini, baru saya faham bahawa Ranggau adalah perantaran yg dihantar untuk menyakiti seseorang dengan menggunakan ilmu hitam. Ranggau adalah istilah bahasa Sabah. Penulis juga banyak menyelit bahasa asing seperti Sabah dan bahasa Brunei dalam dialog watak2 novel tersebut.

Cerita Ranggau dikatergori cerita pembunuhan seram kerana ia berkisarkan pembunuhan bersiri gadis2 yg berlaku di Sabah. Mayat2 yg dijumpai didapati kehilangan mata dan buah pinggan. Pada mulanya saya beranggapan ia adalah perbuatan pemujaan. Rusdi terlibat dalam penyiasatan pembunuhan kejam itu apabila seorg gadis kaya, Ursula telah memintanya mencari adik perempuannya, Janet yg hilang. Ayah Ursula, Tuan Gimbang seorg tokoh perniagaan terkenal tidak mahu melaporkan pada pihak polis. Ursula mengupah Rusdi untuk menyiasat apabila tertarik membaca novel penyiasatan Rusdi dan menyangka Rusdi mempunyai kebolehan menyiasat.

Banyak halangan yg berlaku semasa penyiasatan. Rusdi dipukul oleh Kim dan diselamatkan oleh Farhana. Inspektor Solehin kawan baik Rusdi yg ditugaskan penyiasat kes tersebut juga dibunuh kejam. Doktor Zahid yg mencemburui Rusdi kerana sentiasa bersama Ursula.

Pada pertengahan novel ini agak suspen. Saya menyangka Kim bekerjasama dengan Tuan Gimbang untuk membunuh gadis2 muda untuk mendapatkan mata dan buah pinggang dan menjual ke pasaran gelap akan tetapi...

Beli la kalau nak tau! Baru aku tahu novel ini dah lama keluar.



Ini antara hasil karya RAM

Ya, aku memang suka membacakan? Hehehe, novel yang pernah aku baca?


12 December 2008 | 3 comments

Aku dan Novel - Ungu Karmila

Karya: Ramlee Awang Murshid (RAM) | Keluaran: Alaf 21

ungu-karmila

Ungu dan Biru - menjadi lambang cinta seorang insan yang bernama Arif dan Karmila, abang arif, Arafat telah menjadi pengeluar modal untuk membina teratak indah dikawasan pedalaman Cameron Highland, berhampiran dengan kawasan penempatan orang asli.

Ungu - Warna yang disukai oleh Karmila..
Karmila - Nama wanita yang bertahta dihati Arif dan juga merupakan bekas kekasih Arafat.

Villa yang dibangunkan itu dinamakan Villa Sunyi, setelah beberapa insiden pembunuhan berlaku di villa tersebut, Arafat mengupah beberapa orang, Bado, Winda, Rosli, Kamarul dan Dino untuk menyelesaikan kes pembunuhan adiknya.

"Ia makan untuk hidup, akan tetapi ia tidak pernah minum"

Ungkapan yang didengari oleh Dino didalam permainan tidurnya, telah merungkai semua persoalan yang telah lama terkubur.

Dengan kehadiran Dr. Ismadi, akhirnya satu keputusan dapat dicapai, maka terungkailah kisah misteri si Villa Sunyi.

 

Aku kata:

Ini dia cerita seram Melayu! Sekali lagi, tahniah untuk bro RAM! Dia kata, cerita ni anti-klimaks. Ya, aku setuju. Jalan cerita baru nak naik, dah kena cantas. Semua yang diagak, semuanya salah. "Ungu Karmila" - aku sangkakan tu nama villa, tapi.. Masyukk~  wahaha

Rating: **** 4/5



11 December 2008 | 6 comments

Aku dan Novel - Hatiku di Harajuku

Karya: Ramlee Awang Murshid (RAM) | Keluaran: Alaf 21

 

hatiku-di-harajukuKisah YAKUZA

MELAYU?

Kisah seorang yakuza di Jepun yang berasal dari Malaysia, Ryu-Watanabe, nama Risham ketika menjadi yakuza dan menguasai kenjutsu, berlatih menjadi seorang samurai.

Beliau tertarik dengan hidupan seorang yakuza setelah bersua muka dengan Noriko, anakanda kepada Ketua Kumpulan Yakuza Amikie. Oyabun (Mahaguru) Nagamaru dan disebalik bebalannya berhadapan dengan sekumpulan Amikie yang mengugut untuk membunuhnya, dia menyatakan bahawa Noriko merupakan gadis yang cantik. Cinta mula berputik, menguasai keperibadian seorang samurai dengan datuk Noriko, Yamasaki. Mereka telah dianugerahkan pedang yang bergelar Tou Aii iaitu Pedang Cinta.

"Tou o hanashite moraimas" - Biarkan Pedang Berbicara (kot..hehe)

Mereka terpisah apabila Ayahanda Noriko menyatukan Noriko dengan orang lain dengan ikatan perkahwinan kerana perhubungan Noriko dengan lelaki bukan kelahiran Jepun itu tidak disenangi oleh beliau.

Dia pulang ke Malaysia, berpura-pura menjadi seorang yang SENGAL, LURUS BENDUL, LEMBIK dan sering menjadi bahan bulian Iskandar, orang kepercayaan Sabrina, majikan mereka di sebuah restoran Makanan Jepun, di Plaza Lowyat.

Dalam diam, Sabrina menyimpan perasaan terhadap Risham, manakala si Iskandar meminati Sabrina. Risham? Masih berlakon sebagai seorang yang dunggu.

Setelah mendengar berita tentang Yakuza Amikie yang pernah dianggotainya dulu telah hancur ditentang Yakuza Jiro, dan juga mendengar bahawa bekas kekasihnya itu masih hidup, Noriko, dia terus menjejakkan kaki ke bumi Edo itu lagi.

nak tahu selanjutnya? Angkat la satu.. hehe

 

Aku kata:

Sedap! Macam makan roti jala dengan kuah pekat tu.. Perghh! Mula-mula aku pun blur ja sebab bro RAM pakai bahasa jepun (tau la dia penah dok sana =p..hehe, slamat ada Malay translation), nama jepun pun bersepah, memang blur! Tapi, dah dekat suku buku aku hayati, terus aku "masuk" dalam cerita tu, macam "Bagaikan Puteri", "Hijab Sang Pencinta" & "Cinta Sang Ratu". Serius, aku macam jadi camera-man dalam novel ni. Semangat samurai mula masuk ke dalam rongga-ronggaku, dadaku terus panas membara, memahat kaki ke bumi sambil memegang Tou Aii - Cewahhh! Hahaha. Tapi betul la, semua sangkaan aku dia tepis,

"Kematian anggota Yakuza Jiro, terus dikaitkan dengan kebangkitan Ryu-Watanabe." - aku ingatkan memang dia, tapi, tak sangka pulak si Noriko punya gheja!

"YAKUZA DI MALAYSIA" - ingatkan kerja si Risham, sebab dia ada penyakit berjalan time tido, tapi, rupa-rupanya..hehe, baca la sendiri..

banyak lagi la..terus buat aku membaca walaupun esoknya paper Office Administration 1 (OA), memang aku xbaca langsung, dalam masa setengah hari, aku berjaya menghabiskan novel ni, baru aku belek2 buku OA tu, selak2, tenung2..katup n tidow, sebab dah pkul 4 lebih, paper aku 9.30 pagi! Okay2, nak try layan "Ungu Karmila" pulak..

Haa, lagi satu, memang promote abis RTM, KLfm! Hahaha, mentang2 bro RAM orang kuat sana.. hehe, takpa, janji layannn..

Eh,eh, ada lagi satu, kan best kalau novel ni difilemkan.. Serius sedap! Yela, Harry Potter dari novel, Ayat-ayat Cinta dari novel, banyak la dari novel.. Malaysia punya bila lagi mau bikin KILLER MOVIE? Yang aku tau, filem si Rashid Sidek dengan Wardina berlakon tu ja yang diadaptasi kot.. aku rasa, kalau diikutkan jalan cerita, memang sedap! Korang bayangkan, orang melayu dress-up yakuza, hidup kat jepun (cam dalam Tokyo Drift - ni pakai mat saleh). Kalau promotion betul-betul, confirm-lah! Bley kasi tayang kat worldwide (kalau ada yang mau sponsor la..).

Rating: *****  5/5
Genre: Aksi, Percintaan, Perkauman, Dendam, Insaf, Hormat, Prinsip




21 November 2008 | 1 comments

Aku Dan Novel - Ternyata Cinta

Ternyata Cinta

Karya Damya Hanna 
damya5_hanna@yahoo.comhttp://www.damya-hanna.blogspot.com

Menceritakan tentang seorang gadis yang bernama Qasdina yang mempunyai dua orang adik, Qiyanah dan Hafiz dan seorang ayah yang mempunyai masalah kewangan.

Ternyata CintaDia seorang lepasan Diploma dalam bidang Fesyen dan bekerja sebagai kerani biasa disebuah syarikat pengiklanan (aku lupa nama company dia..hehe) dan dinaikkan pangkat oleh empunya syarikat ke pembantu peribadi kepada anak angkat empunya syarikat.

Pada masa yang sama, dia telah berkenalan kepada Iqram, yang mempunyai keluarga berada, akan tetapi dia seorang lelaki yang agak keras kepala dan memberontak dengan sikap bapanya yang sentiasa menentukan masa depan anak-anak. Bukannya niat untuk menderhaka, akan tetapi dia bosan dengan desakan bapanya yang mahu dia meneruskan pembelajaran dalam bidang perniagaan, yang terlalu jauh dari impiannya iaitu memilih kepada bidang fotografi dan juga seni grafik.

Aku Kata :-

Jalan cerita agak menarik, tapi, disebabkan “gadis yang suka berangan” membuat aku sentiasa berasa bosan. Jalan cerita pun senang dibaca (senang nak agak),

“ayahnya berpesan kepada qisdina bahawa dia tidak akan balik untuk beberapa hari dan jika ada orang bertanya mengenai bapanya, katakan bapanya sedang bekerja diluar kawasan”

– nampak sangat sedang dikelilingi oleh hutang dan sedang diburu oleh along.

Aku lagi suka baca kalau jalan cerita seterusnya lain dari persepsi kita. Baru la nanti kuar ayat, “Laa, aku ingatkan pasal tu..rupanya macam ni..”. Anyway, nice story =D