Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts
18 August 2011 | 0 comments

#10 Pudarkan Hitam Agar Putih Berkilat


aku cuba membuatkan hidup ini semaken hari semaken putih, pudarkan yang hitam tetapi tidak melenyapkan kerna hitam itu adalah garam dalam kehidupan. - sangtenuk

Salam.

Kita takkan dapat lari dari kesilapan dalam kehidupan samada kecil ataupun besar.



20 September 2009 | 15 comments

Salam Aidilfitri & Misi Perjalanan Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pertama sekali, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung, pelawat, penyinggah, menyesat, pelompat dan kepada sesiapa yang mengikut samada secara terus ataupun tidak.

Misi "Perjalanan Ramadan" aku telah tamat. Apakah misi? Buat pengetahuan kalian, untuk Ramadan kali ini, misi aku ialah untuk mengeratkan tali silaturrahim antara sahabat-sahabat dengan berbuka puasa dengan mereka.

Misi "Perjalanan Ramadan"

Alhamdulillah, telah sempurna misi itu walaupun tidak bersama dengan kesemua, tapi sekurang-kurangnya aku cuba untuk ada ditempat kejadian. Maafkan aku sekiranya kita tak berpeluang untuk bersama, sekiranya ada umur yang panjang, kita cuba untuk bersama pada Ramadhan yang akan datang.

Akhir kata, terima kasih kepada semua sahabat! Sahabat blogger, sahabat laman sosial (facebook, myspace, friendster), sahabat YM, sahabat dari Nuffnang Innit, sahabat dari seberang, sahabat lama, sahabat portal dan segala sahabat yang ada. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih.

Sekian, Wassalam.
Muhamad Hadi Ahmad / myfr3ak / tEnUk / Hadi


16 September 2009 | 12 comments

Majlis Berbuka Puasa Komuniti Bloggers Penang

sambungan daripada entri terdahulu,


Bangkok Station, 6.45 Petang

"Itu Mama dengan Baba kot weh", kataku kepada Luth, JulietAnna dan Panglima Hitam yang menaiki kereta Persona milik abang Luth.

 Aku terlihat Ustaz Baba dan Mama pun memandang kami, dan menyedekahkan senyuman. Aku terus keluar dari mobil dan terus bersalaman dengan Ustaz Baba. Ustaz Baba dan Mama Moden datang bersama-sama anak mereka yang comel, Adnin Firdaus dan Nurul Adilah Farihah. Anak-anak mereka yang lain tidak dapat datang kerana menghadiri Program 3R (Remaja Rai Ramadhan) di Taman Pekaka, Sungai Dua. Lalu Enchek Luth mengajak kami duduk dimeja yang telah kami tempah.




Hadapan UITM Seberang Prai, 6.20 Petang
"Assalamualaikum, mama minta maaf kerana mama mungkin lambat sedikit. Ada kemalangan berlaku didepan mata, mama nak ke Hospital Seberang Jaya nak hantar mangsa" - nama "Blogger / Mama Moden" terpapar di Sony Ericsson Cybershot k800 milik Luth. Sebelum itu, Mamu Omara ada menelefon aku menyatakan bahawa sahabatnya, Arzaman akan hadir bersamanya. "Kami memang tempah lebih Mamu, takpa aih", balasku.


Bangkok Station, 6.55 Petang
Abang Fazrulls pun tiba dan aku tercari-cari dimana Mamu Omara, katanya dah sampai. Puas aku dan Luth meninjau, dan akhirnya Mamu Omara melangkah keluar dari keretanya dengan baju biru berkotak-kotak. Setelah bersalaman, beliau menyatakan bahawa sahabatnya tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu. "Takpalah, bukan rezeki nak jumpa hari ini", cetus hatiku.


Kami meluangkan masa untuk berbual bersama, mula mengenali antara satu sama yang lain. Baby Wify dan kakaknya pun tiba dan terus hangat berbual. Sebenarnya, aku bukanlah orang yang agak peramah, agak sukar untuk aku berbual sebegitu rupa. Tapi, mereka begitu mesra sekali. Walaupun hanya baru beberapa minit bertentangan mata, walaupun bukanlah terlalu rapat didalam alam blog, tetapi memang terasa seperti sudah lama mengenal mereka. "Syukur pada-Mu Ya Allah kerana menemukan aku dengan insan-insan ini", hatiku berbicara lagi.


Kami menikmati makanan yang memang menyelerakan setelah habis bacaan doa oleh Ustaz Baba. Sungguh tak disangka, makanan yang tiba tidak muat meja. Aku dan luth menyangka makanan yang kami pesan itu tidak mencukupi, akan tetapi berlebihan pula. Tidak mengapa, sekurang-kurangnya ada pengalaman selepas ini untuk menguruskan majlis-majlis seperti ini lagi. Enchek Helmi masih dengan kameranya, menangkap segala pengerakan kami.


Jam ditelefon telah menunjukkan jam 8, kami rasakan waktunya telah tiba. Setiap pertemuan ada perpisahan. Kami menyudahkan perpisahan kami dengan sesi bergambar bersama ahli-ahli Komuniti Bloggers Penang (KBP). Perasaanku bercampur-baur. Antara gembira, puas, sedih, letih. Tetapi yang paling utama, aku benar-benar puas dengan semua ini. Tidaklah sia-sia perjalananku. Aku harapkan tali silaturrahim ini sentiasa kukuh, sampai bila-bila.

Jika aku tiada lagi, izinkan diriku tercalit dihatimu walaupun sedikit wahai sahabat (aku tujukan untuk semua insan yang "mengenali" diri ini).


Hentian Puduraya, 4.00 Pagi
"Lebatnya hujan, macam mana nak soq (bersahur) ni?". Ketibaan aku disambut oleh hujan yang amat lebat. Aku bertolak dari Terminal Sementara Pulau Pinang sekitar jam 11.30. Sekali lagi aku berterima kasih kepada Enchek Luth kerana dalam keadaannya mengantuk, dia masih temani aku. Terima kasih sahabat. Aku berjaya menjejakkan kaki dikedai di hadapan Hentian Puduraya setelah melalui parkir ditingkat atas Hentian Puduraya. Setelah selesai bersahur, ada peristiwa kelabu (masih belum hitam..haha) melanda aku yang akan aku ceritakan kemudian. STAR LRT mula beroperasi jam 6.10 pagi, aku naik menghala ke Sentul Timur. Ya, aku menuju ke tempat penginapan sahabat karibku, Muhammad Izham Khawari yang kami gelarkan, "Sepang". Aku hanya merehatkan diri disana untuk menghilangkan letih yang teramat. Aku bertolak ke Stesen Klang berdekatan Central Market itu sambil ditemani Sepang setelah selesai berbuka puasa dengannya. Terima kasih sahabat, kau memang banyak membantu aku. Terlalu banyak.

Aku memanjatkan kesyukuran kepada Yang Esa kerana memberi aku peluang untuk bersama dengan mereka, kerana selepas ini mungkin agak susah nak bersua kerana masing-masing akan sibuk dengan hal masing-masing. Aku masih mempunyai 2 misi untuk Ramadhan ini yang belum selesai.




Sekian,
Muhamad Hadi Ahmad


Cerita  Mereka!

notakaki: terima kasih semua terutama luth dan Enchek Helmi untuk gambar


26 August 2009 | 8 comments

Preview Island Red Cafe, Butterworth

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Selamat berpuasa!

Sebenarnya, masa kami dalam perjalanan ke Gurney untuk berbuka puasa kat Island Red Cafe (IRC) tu, si aju ada call abang Muhammad, dorang dok sembang apa tah.. *tup*tup* aju ajak pi IRC Jalan Raja Uda, Butterworth. Dia kata abang Mohamad buat presentation IRC, dah mai satu kereta, layankan saja.




Nak pi sana pun dah sesat, bila dah banyak sangat pemandu arah. Wakakaka, aku mintak maaf la, memang aku bab seberang ni "kosong" habis. Kami ke sana naik feri! Syok2x!

Dah sampai tu, kami lepak minum sat dan terus masuk ke bilik seminar. Pengenalan pasal IRC suma bagai, ntah, aku pun blur. Tapi ia cabaran buat Enchek Mohamad tu, sebab majoriti yang hadir masa preview tu merupakan orang-orang yang kurang upaya, pekak dan bisu. Selamat dibantu oleh akak sorang tu.

Memang aku, panji dengan piduih agak bertuah la, dapat 2 biji hamper dengan baucer makan, hee. Langsung singgah minum kat Gurney balik lepas habis preview tu. Yela, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, ye tak?




Memang kekenyangan, seronok gila, sebab buat pengetahuan korang, kami memang dah jarang lepak sekali ramai-ramai. Flat Hijau pun dah sunyi sekarang ni, harapkan beberapa orang saja. Yela, ada yang kat Putrajaya, Seri Kembangan, aku kat Banting, yang pindah lepas kami takdak, yang tak masuk singgah flat bila "port" untuk lepak tak dibuka. Takpa, ada rezeki, kita jumpalah!

Minta maafla semua warga Penang yang aku tak roger tu, serius, memang aku takdak kredit, tanya gadis aku! Ada tak aku msg-msg dia..balik pun nak cepat saja, kelas habis pukul 5, balik hostel terus packing barang, dan terus ke stesen bas Banting. Naik bas ke Putrajaya, sebab dah janji dengan aju dengan panji jumpa kat sana.


25 August 2009 | 9 comments

Berbuka Puasa Di Island Red Cafe, Gurney Hotel

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua!


Hari keduaku di Penang, si aju dengan panji ajak berbuka puasa di Island Red Cafe (IRC) Gurney. Si aju rembat wira maklang dia, masing-masing serbu, panji, piduih, wan noli, aan, dengan aku terus ke Gurney Drive.

Aku pun ikutkan saja, main hantam saja, orang nak open, aku bab makan ni kira laju ja, betui dak panji? Wahahhaa, bunyi *ting* je, aku, panji dengan wan pandang dekat kaunter tu. Hehehe. Layannn..tapi 1 saja yang fail, mula-mula, aju dengan panji ingatkan ada buffet ramadhan, tapi bukan rezeki kami, kat Gurney Hotel tak dijalankan lagi. Layankan saja dalam menu tu.






Itu antara makanan-makanan yang dipesan! Air jangan dicakap la, bermacam spesis! Hehe, yang angel, yang flame, yang float, yang lemon, yang blended, macam-macam! Hehe, lepas makan, makan lagi..dekat 2 jam kat IRC tu. Borak-borak, kacau-kacau yuna piduih (dia kata gadis supervisor tu macam yuna - aku layankan aje..hehe), kacau-kacau baby dengan panji (panji start! aku layan ja..hehe).

Dari kiri: Aju, Panji, aku, Wan Norli, Piduih




03 June 2009 | 14 comments

Holiday in Penang + KBP Mini Gath

Setelah seminggu di Sitiawan, mf balik Pulau Mutiara! Yeah! Hehe, rindu gila kampung halaman! Tapi kali ini lagi menarik! Percutian 4 hari 3 malam, menetap didalam gua (rumah mf kat Flat Hijau, Genting, Balik Pulau - tak kira siang atau malam, sentiasa gelap + sejuk! Tak percaya cuba tanya Encik Sepang) bersama sahabat karib, Enchek Sepang! Haha.


mf menjejakkan kaki petang rabu (27 May) dan terus melepak dirumah kakak mf, cik Siti Nor Aishah kat kawasan situ juga (area Sungai Nibong) kerana menunggu enchek Sepang yang naik bas pukul 8 dari Kuala Lumpur. Dia sampai dalam pukul 12 lebih, dan terus menuju ke Khalel di Persiaran Gurney untuk menyaksikan perlawanan Manchester United dan Barcelona. Memang syiok! Dua-dua pasukan pilihan, dari sokong ManUtd, lepas saja tengok ManUtd punya peminat ramai, terus berpaling ke Barca.

Sampai ke rumah kakak mf dalam pukul 5 lebih, melayan internet sampai ke pagi dan dalam pukul 9 lebih, terus ke Balik Pulau yang terindah. Dipendekkan cerita, hari khamis memang kami tak mulakan lagi XPDC kami lagi kerana faktor kewangan (hahaha!) yang agak kurang.

Aktiviti Hari Jumaat?
  1. Pusing-pusing Queensbay.
  2. Beli tiket balik ke KL di Sungai Nibong.
  3. Menuju ke Bandar George (Georgetown) untuk melihat perkembangan Petak Masa Pulau Pinang (Penang Times Square) - tak siap sepenuhnya lagi - dekat saja dengan KOMTAR.
  4. Sepang suruh mf cari ATM CIMB, mf mana nak tau! Terus mf bawa sepang pergi ke CIMB besar di Gurney tu! Hahaha (mf ingat CIMB sebab ada 'gadis' pernah kerja di CIMB tu - bukan gadisku).
  5. Terus menuju ke Batu Feringgi (Si Sepang teruja tengok Ultraman dikawasan Tanjung Tokong! Hahaha, nanti kita pi bergambar dengan abang Ultraman itu ya enchek Sepang)



  6. mf bawa Sepang dating tepi laut! Port pelancong! Hahaha, si sepang lagi sekali teruja nak naik paraglider (mf taktau nama dia) tapi bukan rezeki dia
  7. balik ke Balik Pulau ikut Bukit Teluk Bahang! (sambil ambil bau durian - untuk makluman semua, sekarang ini memang musim durian disana!)


Sabtu? mf dengan Enchek Sepang melepak dengan Enchek Luth, Enchek Khairil dan Cik Munirah di Queensbay (kira mini gathering untuk Komuniti Bloggers Penang juga-lah!) dan melepak depan laptop lepas tu. Pada hari Ahad, mf dengan sepang balik semula ke tempat pertapaan masing-masing. Walaupun sekejab di Penang, sekurang-kurangnya dapat juga tunjukkan tempat-tempat menarik (ntah si Sepang ingat ke tak, tak tahulah saya! Hahaha).

Itu sahaja yang berlaku sepanjang cuti semester (hanya 2 minggu..iskk) dan sekarang sudah mula semester yang ke-lima (semester pendek, 7 minggu). Harap-harap dapatlah buat yang terbaik untuk semester ini.

Sekian


07 April 2009 | 22 comments

Port Makan - Laksa Janggus, Balik Pulau, Penang!

Assalamualaikum!

Olaa, untuk entry ni, kita sembang pasal LAKSA JANGGUS, BALIK PULAU!


Buat pengetahuan korang, laksa janggus merupakan tarikan utama bila menyebut bab "port" laksa paling mantop kat Penang! Nama dia diambil sempena pokok janggus yang besar kat tepi kedainya yang agak kecik tu.

Hehe, nak pi memang jauh sebab korang kena lalu bukit (sama ada Bukit Relau, bukit dari Ayer Itam, bukit Teluk Bahang takpun dari bukit Teluk Kumbar - sebab tu la nama tempat aku, Balik Pulau yang membawa maksud "disebalik pulau" - rasanya la, hehe). Try tengok gambar kat bawah ni, ada "Plat Jalan-Jalan Cari Makan" tau! Hehe.


Kalau dari Jambatan Pulau Pinang, ia akan mengambil masa lebih kurang setengah jam lebih, agak-agak dalam 30km jugak la dari Jambatan Pulau Pinang.


Bab harga? Jangan risau! Memang murah! Biasa la, dalam kampung saja kedainya, mangkuk besar baru RM2. Lepas korang bedal kat Laksa Janggus tu, korang boleh terus ke Pasir Panjang, tengok keindahan alam ke, mandi laut ke, buat istana pasir ke, lari-lari dipersisiran pantai ke, tangkap gambo ke, ikut suke hati korang la! Hehe

Macam mana nak pi? Korang boleh klik kat sini (powered by Google Maps).


p/s: Laksa yang kat atas ni memang agak kosong sebab aku memang order takde sayur! Hahaha, bukan apa, nanti cepat sangat proses penghadaman! Tak sampai 8 minit, mesti memulas punya! Pernah sekali aku dengan bojan makan bihun sup dekat area Kampung Baru, KL, memang mantop! Aku tibai sampai licin, air pun tak sempat nak habis, tetiba dah kena 'attack'. Tu yang aku kurang sikit makan sayur ni. Hehe, kalau kat rumah takpa la, jamban dekat! Hahaha


27 March 2009 | 9 comments

C905Phy - Pasir Panjang, Balik Pulau, Penang


Salam semua, 

Korang mesti ingat peristiwa tsunami yang pernah melanda Pulau Mutiara pada penghujung tahun 2004 kan? Salah satu tempat yang teruk kena gelombang tsunami ialah Pantai Pasir Panjang. Kalau korang nak tahu, sehari sebelum kejadian itu berlaku, aku dan beberapa sahabat yang lepak kat DiNet (cyber cafe) planning nak camping sana tapi tak jadi disebabkan ada orang camping dah kat situ, Sekolah Seri Balik Pulau punya program agaknya, aku pun tak berapa pasti. 

Aku masih teringat tawa kanak-kanak tengah mandi bersama keluarga masing-masing. Time tu jugak ada minatang putih, cam jelly gitu tersadar kat tepian pantai (mungkin petunjuk).  Kami jalan sampai hujung pantai, tengok port-port menarik kat situ. Setelah matahari terbenam, kami pun balik rumah. Keesokkan harinya, mak aku contact aku (depa ada kat sitiawan). 

"Adi, hang tak apa-apa ka?"
"Uih, elok ja. Awatnya?"
"Penang kena tsunami! Hang tak rasa apa-apa ka?"
"Biaq betui! Takdak apa-apa pun. Rilek ja ni" - aku masih blur sebab betul-betul baru bangun tidur dan buat pengetahuan korang, aku adalah spesis yang tidur dalam keadaan aman (tido mati)
"Hang tak percaya, satgi hang tengok berita"

Tup,tup..member aku mai rumah, then masing-masing dok bising pasai tsunami. Malam kejadian baru la aku tau Penang dah dilanda badai. Dah! Takat tu saja! Tak sanggup nak ungkit-ungkit, biarlah peristiwa itu menjadi sebahagian dalam buku memori.

Aku memang sukakan kedamaian, suka buang masa tengok ciptaan Ilahi. Aku boleh habiskan berjam-jam tengok pantai, baring tepi pantai, maybe sebab aku  ni sentimental kot! Hehe.

Selama percutiaan aku, aku lepak Pasir Panjang dua kali! Sekali terlepas sunset sebab makan laksa janggus! (kalaulah cepat 3 minit! Time naik bukit nak pi Pasir Panjang tu, dah nampak dah. sampai ja, dah habis..memang rugi!) and the second time, boy, awie, kerol, along, aan, mat adam, dengan aku pi mandi-manda kat sana. Sunset? Awan melindungi matahari la, so, takdak! Hehe, hanya beberapa gambar sahaja yang aku snap! Enjoy~






If you wanna see the others picture from my C905, feel free to visit C905phy - Mobile Photography. Thanks ;)


28 February 2009 | 4 comments

Komuniti Bloggers Penang Berubah Wajah

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Dalam entry ini, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Luth sebab bagi kepercayaan kepada aku (yang noob ini) untuk tukar layout Bloggers Penang.

Apa yang baru?


Bloglist yang berwajah baru, dengan ilmu yang tak seberapa ini. List akan jadi camnih dan ada logo bloggers penang (tak rasmi pun logo tu..ekeke, maap ya luth) dekat side bawah kanan.


Entry pulak diletakkan dibahagian sidebar, so, apa-apa entry yang baru, korang akan terus nampak.


Comment box yang dibikin kasi nampak cute sikit (hahaha).


dan juga tempat submit link yang memudahkan kedua-dua belah pihak, sebab sebelum ni, pakai shoutbox je, so, nak mencari tu agak lambat. Dengan adanya form ni, pihak admin akan dapat email notification dan akan terus update list.

Kepada bloggers-bloggers yang berasal daripada Pulau Mutiara ataupun sedang menetap disana / lepak / keja / study kat sana, anda dialu-alukan ke Komuniti Bloggers Penang. Anda boleh submit link blog anda disini dan sudilah memberikan komentar anda disini.

Sekian, terima kasih.