10 September 2008 | 0 comments

Pertama Ramadan

Labels:
Assalamualaikum semua pengunjung blog ini.

Jika anda terlepas episod "Pertama Ramadan" yang ditayangkan pada setiap hari Rabu & Khamis, oleh TV3, anda masih berpeluang untuk menikmatinya disini.

Dan buat sesiapa yang tidak pernah menontonnya, saksikan bagaimana keperitan seorang bapa yang terpaksa menjaga kedua-dua anaknya tanpa insan bernama seorang isteri.

Pertama Ramadan
Episod 1
Part 1



Part 2








Part 3








Part 4





Enjoy!



08 September 2008 | 0 comments

Cara Mudah Untuk Buat Cover E-Book

Labels:

Assalamualaikum semua~! 

Hari ni, aku ada dapat satu barang yang memang menarik, dengan barang ni, korang boleh buat cover untuk e-book korang dengan mudah! 

Korang hanya kena ada Photoshop saja, lepas tu, korang download photoshop action (aku tak hilangkan link asal sebagai tanda hormat) ni.

Okay, memula korang bukak photoshop korang, lepas tu,

1. Korang load action tu, lepas tu, korang click kat Create Template, lepas tu korang tekan je button Play (macam dalam gambar kat bawah) kat situ.


2. Korang akan dapat gambar macam ni, lepas tu, korang design la korang punya cover ebook, macam yang aku buat ni. (Aku buat simple hanya sekadar nak kasi contoh). Okay, lepas dah siap men'design', korang just tekan kat Convert to Ebook lepas tu macam biasa, tekan Play. Dia akan automatic mengonvert (haha) korang punya design ke ebook.


3. Watchaaaaa, dah siappp~! Hehe, amacam? Senang, Mudah, dan Ringkas kan..? Apa lagi..? Kasi pecahhh Laaa..


07 September 2008 | 2 comments

Semalam dan Lirik (Semua Tentang Kita - Peterpan)

Artis: Peterpan
Lagu: Semua Tentang Kita










Salam semua =D

Hari ni, aku gi jumpa junior aku time dekat IKM Besut dulu.. tetiba, lagu "Semua Tentang Kita" dari Peterpan berputar-putar dalam kepala hotak aku ni..dan terus aku teringat kat semua memember aku time dekat IKM dulu, dLahar Clan..hehe

Ni la picture collection time aku kat sana. Enjoy =D






Made with Slideshow Embed Tool

Waktu terasa, semakin berlalu,

tinggalkan cerita tentang kita

Akan tiada, lagi kini tawamu,

‘tuk hapuskan semua, sepi dihati

[Reff]


Ada cerita tentang aku dan dia,


dan kita bersama, saat dulu kala


Ada cerita tentang masa yang indah,


saat kita berduka, saat kita tertawa


[Interlude]


Teringat disaat, kita tertawa bersama


Ceritakan, semua tentang kita


[Reff]




p/s: Bila lagi nak buat gathering woii!!


04 September 2008 | 0 comments

Semalam dan Lirik (Kaer - Izinkanku Pergi)

Artis: Kaer
Lagu: Izinkan Ku Pergi









Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung..

Okay~! Lirik yang mengaitkan hari semalam dan juga memori waktu lampau..

Lagu untuk entry ini, Kaer - Izinkanku Pergi.. bukan apa, disebabkan aku tak boleh tidoq kerna penyakitku datang menyerangku atas sebab kekurangan nikotin dan tar didalam paru-paru (memang camni, aku pun tak tau apa kaitan, tapi bila kurang smoking ja, memang sistem pernafasan aku akan down), aku saja ushar2 blog lama aku kat friendster

Tetiba aku bley terbaca satu entry yang membuat hati terusik, tapi sikit ja..hehe, layann..~


Sinaran mata 

Cerita segalanya 

Duka lara terpendam 

Memori semalam 

Tinggal segala cinta 

Tiada kembalinya 

Abadi kasih kita 

Kau bawa bersama 

Mimpi indah mekar 

Saat cinta bersemi 

Sedetik asmara syurga 

Selamanya 

 

Pergilah rinduku 

Hilangkan dirimu 

Tak sanggup menanggung 

Derita di kalbuku 

Pergilah sayangku 

Bangunlah semula 

Semangat cintaku 

Membara kerana dia 

Tiada niatku 

 

Tersemat jiwa 

Setia bersamanya 

Cinta murni berdua 

Beribu tahunnya 

Mimpi indah mekar 

Saat cinta bersemi 

Sedetik asmara syurga 

Selamanya 


 
Oooohhh… Pergilah sayangku 

Bermula semula 

Semangat cintaku 

Membara kerana dia 

Tiada niatku 


 
Maafkan daku 

Duhai kasih 

Izinkan ku pergi


Memang sadis apabila teringat waktu lampaukan? Tapi, biarlah simpang tu lepas, jalan kebahagiaan masih terbentang dihadapan, buat apa masuk ke simpang yang sudah pasti penuh dengan onak dan duri sedangkan jalan yang lurus telah tersedia indah =D




03 September 2008 | 0 comments

"Bagaikan Puteri","Cinta Sang Ratu" dan "Hijab Sang Pencinta"

Salam Sejahtera Kalian,

Hehe, cam pelik je title tu yekk..
Actually, tu novel-novel yang aku dah khatam a few times and sebelum ni, aku takde la minat sangat novel, but thanks to my little teapot because give me "Bagaikan Puteri" time kitaorg punya friendship day on 1 Aug. Karya Ramli Awang Murshid, aku tak tau bila novel ni release, tapi, bila baca punya baca. perghh, sedap gilew..

Episod 1 - Bagaikan Puteri

Buku ni menceritakan tentang 
Laksamana Sunan (dapat nama dari Tanah Rencong - nama Indonesia pada abad ke-15.) atau Saifuddin Bin Jalis
- Perjalanan dan pengembaraan seorang lelaki yang difitnah oleh kekasihnya sendiri, Melor ke tanah Aceh. Menjadi anak angkat wali Sufi dan segala ilmu digunakan dengan betul berlandaskan ajaran islam.

Haryani - gadis Malaysia yang cun (rasanya la..hehe), eksiden di zaman ni, terus koma. Apabila dia tersedar, dia baru ja diselamatkan oleh Saifuddin time dia terapung-apung kat Selat Melaka. Dia pi kat zaman Hang Tuah ma~!!
note: nak tau lebih lanjut..? Pepandai la korang tanya pakcik Google ek.. hehe

Episod 2 - Cinta Sang Ratu


Hat ni plak, menceritakan tentang anak angkat Maharani Pulau Utara - Ratna yang ingin memperluaskan tanah jajahan Maharani yang penuh dengan kegelapan, yang dihasut oleh makhluk yang bernama Taghut!
Dia nak kongker Aceh, tapi, Laksamana Sunan dapat detect dorang nak sampai, Laksamana Sunan lepak tepi laut, tetiba nampak nenek, tapi Sunan tau yang tu jelmaan maharani, fight punya fight, lagi sikit ja Ratna nak kena tikam, "Sebagai manusia, aku sayang padamu" - kalimat yang mencairkan hati Sang Ratu, terus dia patah balik nk pi ngadap Maharani, time tu la dia start jatuh cinta - "Cinta" - menda yang paling dilarang oleh mak angkat dia, Maharani Pulau Utara.

note: episode 2 ni, feeling gak..jiwang la sikit..

Hijab Sang Pencinta


Actually, novel ni baru ja release. Si mael ni tau pun lepas lecturer kitaorg gtau yang Ramlee Awang Murshid (RAM) dah release sambungan novel ni 31 Aug. Laju je si mael ni angkat, 

Yang ni, tentang Sunan balik ke Kampung Punggor, then, asal usul Manggala (Manusia Serigala), mak dia dengan Melor kena rasuk. Then, yang paling best, dia plak jelajah ke zaman kita. 


"Ashabul Kahfi" - ni yang menjadi teras dalam novel ni..

Di dalam Al-Quran ada mengisahkan perihal dan kisah mengenai Ashabul Kahfi yang mana kesannya masa terdapat di sebuah tempat yang bernama Sahab di Amman. Allah Subhanallah Taala menyebut akan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18). Mereka ditidurkan selama 309 tahun selepas pemuda pemuda yang digelar Sahabat Gua itu lari daripada Maharaja Rome yang zalim dan menyombongkan diri. Pada ketika itu kerajaan Rome membina Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Daqyanus atau Decius memerintah pada ketika itu.
Daqyanus mengganut agama berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi Isa). Di dalam Surah Al-Kahf menceritakan 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah dan seekor anjingnya lari ke sebuah gua untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dan diseksa oleh Daqyanus. Antara kesan yang masih boleh dilihat ialah sebuah Masjid dan mihrab di atas gua Kahfi, tengkorak anjing dan tulang di dalam gua. Dalam pada itu, disebelah tepi terdapat lubang terus ke atas yang mana cahaya matahari dapat menembusinya. Perihal mengenai cahaya matahari yang menembusi ada diceritakan pada ayat ke-17 Surah Al-Kahf. Gua ini juga dikenali sebagai Kahf Ar-Raqim. Istilah  Al-Raqim disebut  di dalam Al-Quran pada ayat  ke-9 Surah Al-Kahf dan ahli tafsir menyatakan bahawa Al-Raqim ialah nama anjing pemuda pemuda tersebut dan ada sebahagian yang lain mentafsirkan sebagai batu bersurat.  
kira, berlompat zaman la..lebih kurang camtu la..hehe, try la korang layan, bila dah masuk kat "alam sunan", abis naik semangat!! Hehe, ok2, tu je aku nak share dengan korang.. nenanti plak aku sambung (kot2 nak tambah isi kandungan dia ka..)



30 August 2008 | 6 comments

August 29, 2008. Our Bad Day =(

Labels:
Artist : Daniel Powter
Song : Bad Day









Salam,
Hi korang~ camne life? Aku harap korang punye life always in good.
Untuk pengetahuan korang, aku umumkan 29hb August 2008, merupakan hari terburuk aku.
Cam mimpi ngeri jugak ar! Nak tau?

#1 Pagi
Hp member aku, Capik, Nokia 3200 hilang! Aku budget bebudak hostel ni jugak ar, sebab duit aku pun hilang gak, RM10, dalam wallet aku ade Sekeping Duit Merah (RM10) ngan duit biru 6-7 helai (RM1), yang hilang RM10, duit seringgit haram dia tak sentuh, suci jugak la pencurik ni, sebab dia pun tau aku tengah takde sen. Tapi laptop 3 bijik haram tak sentuh, klu budak luar, memang da ghaib dah aku rasa..

Time ni jugak hp member aku lagi sorang, Shahrir rosak, xbleh nk on!

#2 Tengahari
Motor "Abe", roomate + classmate aku bocor time balik semayang jumaat, dia menolak la sampai ke rumah.. perghh~ takpa la, Dia menguji.

#3 Petang
Kami jadi "Conan"! Penyiasat la konon, haramm, suspek berjaya meloloskan diri, dia dah blah dari hostel since afternoon, time kitaorg dok pikir2 "Sapa la yang merembat barang memember ni"..Tapi, tak tau la, just suspek..

#4 Malam
Kitaorg plan nk gi tengok firework kat Putrajaya, team Aus tu! Aku dengan Shahrir gi gerak KL dalam pukul 8, Shahrir gi tukar HP yg rosak dengan HP adik dea kat SOGO, then, otw nak ke putrajaya, HP yg dak ni tukar tu, bley plak keypad dea rosak, lepak dulu kat shell Seri Kembangan..dah ngamok da sikit..dekat pkul 9 lebih baru kitaorg gerak balik.

Si Capik, Abe, Jai dengan Awal gerak ke Putrajaya naik moto, dorang dari banting, tak ikut kitaorg, aku budget dorang sampai dah. Tapi, time ni, dorang tengah tunggu member kitaorg yg naik kereta, gi amek chick kat Bukit Tinggi kat Klang nuh, then, patah balik masuk ke Dengkil, perghh, memang la budak2 ni tekanan gile.. (aku tau lepas kejadian kat bawah)

#5 Kat Putrajaya
Aku dengan shahrir baru ja sampai kat Putrajaya, tetiba firework dah naik, perghh! Port dah la jauh, nak snap gambar menda.. Snap 6-7 gambar, tak clear, trus tak jadi, aku record ja..layan firework tu sampai abis (slamat lawaa, steady la team aus!), trus gerak balik..Tapi, sampai ja Dengkil, tayar bley bocor plakk, masuk skrew 2 inci dowhh~!! Dugaan~! Hati memang panas gile, tapi control lagi ar.. roger budak2 ni, kitaorg lepak dekat Shell Dengkil tu dekat sejam setengah jugak ar, memula gi carik pomen.. memang ar tak jumpa, dah pkul 11..then, gi umah member dak ni, member dia pun keja, pergh.. then, si awal dengan jai gi rembat mane tah tiub, trus dorang ni romen2 dengan tayar tu (aku memang tak reti~ romen2 depan PC reti la sikit2..), dah settle semua tu dalam pkul 12 lebih gak ar..








#6 Lepak Makan Jab
Sampai je banting, kitaorg gi lepak kedai NAFIH, kedai tu je 24 jam kat sini, gi order, dengan penat2, badan letih2, tangan pun berminyak lagi, bley plak mapley tu salah antar order..
nak kata banggang, marah plak dia, dah tau kami reramai, apa la salah bawak pen dengan kertas, takkan la tak mampu beli.. maybe dia ingat Otak dia tu POWER gila kot..roti aku dia lupa plak, kira dekat 4-5 kali gak la dia ulang-alik table kitaorg, dok salah ja..

#7 OTW Balik Hostel
Kitaorg memang dari dulu lagi dok pakai shortcut tu, tu ONE WAY, sejak dari dulu lagi, memang dok pakai jalan tu sebab bukan ada orang nak lalu pun time pepagi buta ni, alah, lorong tepi kedai ja, tapi, dah dugaan, bley plak 2 orang POLIS lalu kot situ, "Hoii, jangan pi mana~!"..Sudahh..

Polis: Korang tak tau ke ni ONE WAY?
Polis: Bawak datang IC dengan Lesen kamu! Awak sekali (ditujukan kat aku)

Kami: Tau, tapi kitaorg nak cepat ni, sakit perut (ayat cover line).

Polis: Abis tu yang belakang tu follow.

Kami: Mana kitaorg nak tau En. Dorang yg ikut.

Polis: Tu la, awak la penentu utk dorang ikut jalan yang lurus atau jalan yang lencong.
(time ni aku dah agak, polis ni takat nak gempar ja, sebab dok melawak ja..)

Polis: Saya terpaksa la saman kamu..
Polis: Kamu ada duit ke nak bayar ni..? Ayah kamu kerja apa?

Shahrir: Buruh biasa ja (cehh~)
Aku: Pegawai biasa kat IKM Lumut..

Dia ushar IC aku, alamat Sitiawan, trus dia tanya "Korang keje ke belajar kat sini?"

Kami: Kitaorg student lagi En, tu, kat college tu..

Polis: Hmm, ok la, kali ni saya lepaskan kamu, kamu patah balik, ikut jalan besar nuh..

Kami: Baik la En. Terima Kasih En.


Pergh, selamat tak dapat surat cinta tadi.. hMm, memang dugaan abis la~ tapi, nak buat camna kan? Hidup memang penuh dengan dugaan, sebagai umat Islam pun, wajib percaya Qada & Qadar kan..? Terima dengan hati yang terbuka, Dia duga sebab Dia sayang..

Aku pasrah atas segalanya..
Tapi, aku akan ingat menda ni, sebab dari pagi lagi, sampai tengah malam..
Ok la, waktu untuk berpisah untuk kali ini, esok nak balik Perak. Nak kena settle kan menda sikit.. 

Wassalam..
Muhamad Hadi Ahmad


21 August 2008 | 0 comments

Malaysia International Firework 2008, Putrajaya

Labels: ,
Salam, Hi all, I just back from Putrajaya, Malaysia to watch Malaysia International Firework 2008. I missed a few of the event because last week, I still on my vacation mode (hehe). 

I wanna share you something (even the picture not too clear, because I snap it using w810i, my friend HP). This is the firework from Canada candidate. Enjoy~!


         

Click the picture to see better size. Thank you.


20 August 2008 | 0 comments

New Semester!

Labels:

Salam, Hi all :D




Just wanna inform to you that i just start my 3rd semester, for this semester, I'll learn Organizational Behavior, Business Communication, Internet and E-Business, Computer Principle and Office Administration 1. Phew, all the subject are theory subject. Actually, i'm not really good to remember things, even a small things, fyi, I just remember a few of my friend phone number :D




I like to subject that my brain can start working, not remembering but what else that I can do? Just try to achieve the best result, and I will try my best (even I'm not interested with this course). What ever happen, life must go on right..?




Okay, that's all for now, I wanna take some rest. Every time I sit in front of my laptop, I just keep googling "PSD to XHTML", "Wordpress Theme Tutorial", "Blogger Template Tutorial". Haha, Okay all, have a nice day buddy.



.MuhamadHadi.


19 August 2008 | 2 comments

Kes Jurufoto & Puteri di Permatang Pauh

Labels:
sumber:
Malaysiakini.com
Harakahdaily.net



Assalamualaikum,


16hb lalu kita telah menyaksikan satu pernamaan calon yang terbesar diantara Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang mewakili Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan Datuk Arif Shah Omar Shah dari Barisan Nasional (BN).

MalaysiaKini telah melaporkan bahawa Jurufoto dipukul dan Puteri UMNO diraba, kes Jurufoto,

Menurut laporan Bernama, jurugambar NSTP itu dikenali sebagai Mohd Sairen Mohd Nafis, 26, dan manakala jurugambar agensi asing itu dikenali sebagai Halim Berbar.

Mohd Sairen memberitahu pemberita bahawa kejadian itu berlaku pada jam 1.30 tengah hari tadi, ketika beliau sedang merakamkan gambar petugas BN dalam kenderaan pacuan empat roda.

Tiba-tiba, katanya, dia diserang oleh 30 orang yang memakai baju-T parti PKR.

"Mereka menarik saya sehingga terjatuh dari pacuan empat roda," katanya sambil menambah dia ketika itu, sedang berdiri di atas kenderaan tersebut untuk mengambil gambar.

"Mereka kemudiannya mengheret saya kira-kira 15 meter sebelum tumbuk,terajang dan sepak di bahagian kepala, kaki, tangan dan badan saya," katanya.

dan ini pula kes Puteri UMNO,

Sementara itu, Bernama juga melaporkan bahawa ada penyokong parti politik yang didakwa mengambil kesempatan meraba sekumpulan ahli Puteri Umno dan tidak cukup dengan itu, meludah mereka.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu, hampir mencetuskan pergaduhan di antara penyokong kedua-dua parti tetapi keadaan tegang itu dapat dikawal oleh pasukan polis yang bertugas.

Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad mendakwa, sekumpulan lelaki yang memakai baju-T PKR serta membawa bendera parti itu telah meraba punggung beberapa ahli Puteri Umno semasa melalui belakang mereka.

Tapi, sebelum korang buat apa-apa spekulasi yang korang diracuni oleh stesen TV dan akhbar-akhbar yang Pro-Kerajaan, tengok gambar ni dulu,




Gambar ini menunjukkan seorang lelaki memegang
punggungnya dan beberapa ahli Puteri UMNO sedang
bersorak, yang tersenyum, dan cheerful :D



Nak kene gtau jugak ke apa aksi yang sedang mereka lakukan..? Anda boleh menilai sendirikan..?




Dan ini pula kenyataan dari Harakahdaily



Tindakan anggota Puteri Umno membuat laporan polis kononnya ada orang merabanya dianggap sengaja dilakukan bagi menutup perlakuan lucah mereka.

Semasa perarakan calon semalam ada di antara mereka yang menunjukkan perlakuan lucah dengan menunggeng punggung dan bermacam-macam lagi.

Gelagat dan tingkah laku anggota puteri dan pemuda Umno dirakam jurugambar media biar pun perkara itu cuba disembunyikan media elektronik.

Mengulas perkara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, anak-anak muda dalam Umno cuba mempersendakan Dato' Seri Anwar Ibrahim, biar pun dakwaan kes itu masih dibicarakan di mahkamah.

"Anak-anak muda dalam Umno telah dipengaruhi pimpinan mereka seolah-olah mahu menghukumkan Anwar. Mereka sengaja berniat jahat kerana di Malaysia seseorang itu tidak boleh dianggap bersalah sebelum mahkamah memutuskannya.


Ingatlah, pandulah dari beberapa sumber yang mempunyai asas. Janganlah biar otak diracuni oleh media-media yang tidak seimbang, "Zaman dah Berubah, Dunia dah Maju", sampai bila pemikiran kita nak diracun oleh anasir-anasir ini, renung-renungkanlah.



Wassalam.


Muhamad Hadi Ahmad



17 August 2008 | 2 comments

The Rainbow after The Rain

Labels:
Artis: Nash

Lagu: Pada Syurga Diwajahmu








Salam,
hi all :D amacam rini..? ada baikk ka..? Harap-harap semua ok la.. hehe



Hari ni, aku just nak cerita sikit, yang ada kena mengena dengan post aku sebelum ni.



Apa perasaan korang (bayangkan ko kat tempat aku) bila ada gadis send message camni,



Nanti if kita dah terikat, and samada awak terpaksa, inginkan, lagi sorang, sy pasrah, bukan tak sayang, tapi, kalau dilarang, buat jugak dan lagi tekanan kalau sy tahu. Tu pun kalau awak sanggup menduakan sy, dan awk adil.. tu je sy mntk..



Memang la lmbat lagi agaknya nk ikat, tapi, tah la..bila dia kata camtu, aku terasa gadis ni dah lain macam :D aku memang da lain macam sejak dari knal dia since last year, time aku start keje kat opis dlu..



Actually, dea Junior aku (lain course) time dekat IKM dulu, tapi memang aku tak penah pun nampak dia @ merasai kewujudan dia (sebab time tu memang aku takde rapat dengan gals, n ade sebab tertentu..). Aku start kenal dea dari friendster, then, ke ym, after that ke phone. Sebelum ni, dea penah gtaw kat aku yg dea da ade balak, so, ade la perbatasan. Aku rapat dengan dia lepas PRU (sebab sebelum tu dea agak busy mengikut Puteri), tarikh? 25 March, aku sje la luahkan kesedihan, and tetiba laen macam je, tanya punya tanya, dia da clash. Terus terpaku aku sendiri, sejak aku kenal dia, aku je yg bertepuk dan tak mengharap pun dia balas tepukkanku itu, akan tetapi, Tuan Punya Dunia menentukan segalanya :D



Aku pun taktaw knape aku bley rase laen macam kat dea, sedangkan,

  • Lepas je hati remuk, terus aku jarang sekali contact dengan gals, nak gayut dengan aku ni, susah sikit la.. banyak diam dari bercakap..tapi jenis dea, mmg talk active glew..eheh
  • Kami jarang lepak sesama
  • Dia slalu hang out dengan other guys (dia gtaw aku, n aku paham dea jenis open minded + friendly but ade batas + hati dia kat aku, hehe)
  • Aku ni bukan la fanatik PKR , cuma penyokong, tapi, family background dia, memang UMNO habis, naik lawak aku dengar bila nenek dia marah uncle dea sebab uncle dea nk lompat party.. (camna la nasib aku nanti..nk kena gi jumpa parent dea ni before alongnye kawen)
  • Dia jenis havoc abis, tak caya pi tanya memember dia..aku plak jenis slow-mo
dan banyak lagi menda yang bercanggah, tapi tah la..pelikkan? Hanya Dia yang tahu segalanya, kita merancang tapi Dia-lah penentu segalanya.



Kami tak penah declare paper pun, xcouple but memang masyukk je, hehe. Just "Kalau ade jodoh, we'll together, but if not, you a part of the sweet memory". Tapi, Alhamdulillah, Dia memang Adil, Dia Maha Mendengar. Setiap bisikan didengari, dan sedikit demi sedikit Dia bagi, even tak semua tapi aku bersyukur sangat-sangat.



Hidup tak lagi sepi macam dulu,
Hidup tak krosot (serabut) lagi macam dulu,



Macam iklan Berita Harian (walaupun aku BH sebab news yang tak seimbang, utk news, aku lagi suka baca MalaysiaKini), "Zaman dah berubah, Dunia Dah Maju". Even ada lagi otak yang tak berkembang sebab diracuni, tapi, aku dah berubah, anjakan paradigma (btul ka ayat? Hehe) dalam hidup aku.



Tu ja yang aku nak share buat masa sekarang, kalau ada lagi (memang banyak pun, hehe) aku sambung karang..



Thanks cause reading this article. Chow~



Semalam dan Lirik (Kris - Tiara)

Artis: Kris
Lagu: Tiara











Tiara... menggamit kenangan zaman persekolahan
(Ya, sejak dibangku sekolah..)




Tiara... ku mimpi kita bersanding atas kayangan
(Ya, memang selalu)




Seakan bisa kusentuh peristiwa semalam
(Ya, sering aku tersentuh apabila terkenang peristiwa yang pernah berlaku)





Di malam pesta engkau bisikkan
(Ya, bisikan yang tak pernah aku lupa)




Kata azimat di telinga
("I Love You" - masih terniang-niang)





Kita... terpaksa berpisah untuk mencari arah
(Ya, kau dengan hidup kau, aku dengan hidupku)




Kita... dipukul ombak hidup alam yang nyata
(Ya, memang banyak dugaan diantara kita)




Engkau jauh meniti puncak menara gading
(Ya, kau dipuncak)




Yang menjanjikan hidup sempurna
(InsyaAllah)




Tapi aku hanya tunduk ke bumi
(Aku masih disini)




Hidup tertekan
(Apabila peristiwa semalam mengusik jiwa)






1




Jika kau bertemu aku begini

Berlumpur tubuh dan keringat membasah bumi

Di penjara terkurung terhukum

Hanya bertemankan sepi

Bisakah kau menghargai

Cintaku yang suci ini...




Oh! Tiara... pedihnya
Dapatkah kau merasakan...




( ulang 1 )





Bisakah, masih bisakah

Engkau hargai cintaku lagi

Oh! Tiara pedihnya dapatkah kau merasakan

Oh! Tiara pedihnya dapatkah kau merasakannya...




TIARA... Oh.!




p/s: Actually, aku dah simpan lama dalam draft aku, dari hujung bulan Mac lagi. Belek punya belek, edit sket, aku post ja..tapi, biarlah apa yang berlalu sebagai satu kenangan :D "Zaman Dah Berubah, Dunia Dah Maju"



14 August 2008 | 0 comments

It's about Woman

Labels:
Salam, hi all :D
Actually, i wanna share you a lil' bit about woman.

Woman-
Can you imagine how hard to be girl/woman? Even I'm not a woman, but, after reading 1 post from http://www.extrablack.co.nr/. Read this!

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata.

..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah….



Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas… leceh pulak nanti.. dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink.. rendam lepas makan tadi.. basuh jap… susun pinggan kat rak, lap dapur.. terpercik kena sambal masa masak tadi… check air panas dalam flusk.. takut habis pulak nanti malam anak nak susu… memang dah kering pun flusk ni, jerang la air… sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong.. salin la gula… check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok.. nasib baik ade lagi… ishh… ni lauk bila ni, semalam… dah beku dah… basuh lakejap… pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh… penat dah ni, besok je la basuh… sidai kain lap je lah…



tik… bunyi air dah masak… salin air dalam flusk… ok settle… baru teringat tak semayang lagi… on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi… nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska… check… baju 2 pasang, towel… towel kecik utk selsama… calamine lotion untuk sapu ruam… pampers 4 keping…. alamak.. telupa pulak masukkan botol… basuh botol jap… ok settle… ternampak pulak beg g keje… emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je… salin jap barang2 g beg coklat… cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2.. leceh pulak.. selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti… hishhh sempit la beg ni… hangin je… nak kena beli ni beg baru… rasenya 25 hb ni Sogo sale nih… mana flyers tadi ek… ha ni die.. ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa.. ok settle…



Tetiba dengar suara papa… u buat apa lagi tu.. tadi kata naktido… yelah nak tido la ni.. nak smayang jap.. masuk toilet.. buat apa2 yang patut… cuci muka dulu.. 2 jenis lak tu… adoi.. gosok gigi… smayang… pakai toner… pakai treatment cream… nak lawa and maintain punya pasal lah ni… nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak… huhuhuhu…



bukak almari… emmm… pakai baju hijau ni lah besok… gosok kejap.. check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni… kat bilik belakang… la, napa komputer ni tak tutup ni.. gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah.. ishhh… g dapur, basuh, sambung gosok baju… gantung elok2… kemaskan baju gantung2… masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor… ok settle..



dgr suara papa lagi… i dah ngantuk ni… dalam pada nak masuk kebilik… owh… pokok aku dah nak mati ni ha.. lupa dah 3 hari tak siram… ok, siram jap… check jap pintu ni… sah tak kunci lagi… grill pun tak tutup.. ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku… bukak lampu luar.. ni mainan ni sepah2… masukkan la dalam bakul mainan budak ni… banyaknya… sampai bawah meja makan pun ade… adoi…. ok dah …



ok dah boleh baring… adoi sakitnya pinggang… cium si comel ni kejap… selimutkan die… la.. napa basah ni… emm, tukar la pempers ni… tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la… nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali… ok sayang tido k… kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh.. tido sampai pagi k… gud nite.. sweet dreams…



aaahh…sedapnya dapat baring…mana pulak lotion sapu kurus aku nih… ha, ni dia… sambil sapu lotion kurus, setkan alarm… setkan program kerja besok… pg kul 9.30 ade meeting.. ahh… boring… panas pulak lotion nih.. dah la… emm.. sedapnya lelapkan mata… Ya Allah… terima kasih untuk rezekiMU hari ini, mohon keberkatan dari mu tuhan… papa pun bangun tutup tv… i dah ngantuk sangat ni… nak tido lah… citer pun tak best malam ni, bola pun takde… selang seminit… dengar suara papa berkeruh… kesian papa… tunggu mama lama sangat



logic right? I don't know about it until i read it. It's really-really touching ='( but, thanks God cause give my beloved mum :D open minded, always supporting me (even she kinda hot blooded) hehe.. and, that's for mum, and special to wife, you must watch "Cerekarama - Aku Juga Wanita" (malaysia TV drama) and "Ayat-Ayat Cinta" (indonesian movie).


Aku Juga Wanita


the story is about husband and wife live happily, and have 1 kids. They live happily until the husband have to go to company event at somewhere else, and he meet his ex-girlfriend (indonesian gals, they was couple before but they break up just because the girl don't wanna follow this guy to Malaysia cause her dad sick at that moment) at that meeting. After a small chat, the love start again.



When his wife feel curious about her husband lately, she spying and asking her husband. One day, on their anniversary, this guy forgot about it, and asking for her permission to marry that indonesian girls. His wife really-really depressed at that moment, but she try to be strong.



She asking to her husband to bring that girl to their house, with reason, wanna keep in touch and know that girl but the truth is, she wanna that girl know that she love that guy so much. All of them doing all things together from breakfast, shopping and everything. After a few day, that indonesian girl realize that the woman really-really love this guy and she just leave the guys behind, go back to her hometown in Indonesia. She left the letter, that she realize that his wife really-really love him and said "I'm also a woman".



p/s: thanks Diela that asking me to download this video



here a few link that related to this drama


http://akmadinen.blogspot.com/2008/07/aku-juga-wanita.html


http://intanizani.blogspot.com/2008/07/aku-juga-wanita.html


http://cikgooden.blogspot.com/2008/07/aku-juga-wanita.html



[download] JWG Media Team (to download it, you must register using non-free email)



Ayat-Ayat Cinta


Ayat Ayat Cinta is a beautifully portrayed Islamic love story – a tale of a virtuous Muslim protagonist who overcomes all obstacles of life maintaining pure ideals.

Fahri bin Abdillah is a poor, intelligent student who wins a scholarship to complete his graduate degree at Egypt's esteemed Al Azhar University. Very disciplined and dedicated by nature, Fahri embraces his life in Cairo, completing his studies and translation of religious books with full enthusiasm, exactly according to pre-determined targets.

Only one goal is left unattempted: the pursuit of marriage.

For Fahri is innocent and pure, and doesn't believe in the concept of relationships prior to marriage. He is inarticulate and shy around women. All his life, only two women have been close to him – his mother and grandmother.

Life changes drastically in Egypt for he suddenly finds himself surrounded by four beautiful, distinctly different women.

Maria Girgis, a shy, open-minded Coptic-Christian neighbor who is attracted to the teachings of the Holy Al Quran, finds herself falling in love with Fahri (a fact she only reveals to her diary).

Nurul, a student at Al Azhar like Fahri, is the Muslim daughter of a renowned Indonesian cleric. Fahri feels unworthy of her and thus ignores his feelings for her, leaving her confused and guessing.

Noura, an abused Egyptian neighbor, develops strong romantic feelings for Fahri, who in turn simply sympathizes with her situation. His romantic rejection destroys her and eventually leads to a false accusation of rape.

Aisha, a German Turkish student in Cairo haunts Fahri with her beautiful eyes. Following an incident on the metro where Fahri defends her against narrow minded bigoted Muslims, both immediately develop feelings for each other.

As the story unravels, the protagonist makes the audience face the daunting decisions he himself faces, and forces us to marvel at his undying loyalty to the true ideals of Islam as he ultimately makes the choice of a lifetime.

[download] JWG Torrent (to download it, you must register using non-free email)



related link

Movie Trailer

Official Website

p/s: thanks Fariza cause review it in your blog

don't watch this movie with eyes only, see with your heart and you will know, what the meaning of this entry :D