02 April 2010 | 8 comments

(UTUSAN) Din Beramboi Meninggal Dunia!


Telatah dia, gelak tawa dia, aksi-aksi terlampau dia semasa Raja Lawak, hiburan pagi di Era.FM slot Aznil dan Din Beramboi, Spontan dan macam-macam lagi sumbangan yang telah beliau korbankan untuk menghiburkan seluruh warga Malaysia telah tersimpan dalam memori. Menurut utusan, Din beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.30 malam Jumaat (2 April 2010).

KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam ini.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - sumber
KEMASKINI - sumber

Din Beramboi selamat dikebumikan, lebih 500 hadir

KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak dan penyampai radio terkenal, Din Beramboi, atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, yang meninggal dunia awal pagi ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong dekat sini pada pukul 11 pagi ini.
Lebih 500 hadir bagi memberi penghormatan terakhir mereka, termasuk ahli keluarga, rakan-rakan dan para peminat.


Ini adalah berita-berita mengenai Din Beramboi daripada laman GUA.


TERKINI (dikemaskini pada 31 Mac, jam 11:13 pagi)

Ini maklumat terkini yang telah di 'post'-kan di Facebook Aznil & Din Beramboi kira-kira setengah jam lalu.

"Din Beramboi menunjukkan tanda-tanda positif dan semakin stabil. Teruskan memberikan kata-kata semangat kepada beliau. Terima kasih kpd anda yang menderma darah. Anda tidak perlu menderma kepada Din lagi kerana bekalan darah utk beliau masih cukup. TETAPI anda masih boleh menderma darah di bank darah berhampiran anda. Kami pohon anda panjangkan doa agar Din Beramboi cepat sembuh seperti sediakala."

Keadaan Din Beramboi Diketahui Dalam 24 - 48 jam

TERKINI (dikemaskini pada 30 Mac, jam 7 malam)
GUA sempat berbual dengan Afdlin Shauki sebentar tadi dan Afdlin mengesahkan Din Beramboi dalam keadaan kritikal. Menurutnya, doktor sedang cuba menstabilkan keadaan Din. Keputusannya akan diketahui dalam masa diantara 24 hingga 48 jam.

Kongsi Afdlin, dia sempat menjenguk Din yang dalam koma. "Kita berdoa untuk yang terbaik," katanya.

Tentang berita yang Din terkena jangkitan kuman daripada kencing tikus, Afdlin memberitahu itulah yang diceritakan isteri Din yang telah dimaklumkan oleh doktor.

(dikemaskini jam 9 malam)
Seperti yang diumumkan di Buletin Utama TV3 tadi, Din Beramboi yang kini berada di ICU Hospital Selayang memerlukan darah jenis 0 dalam masa 24 jam.

Din dilaporkan terkena jangkitan kuman daripada kencing tikus ketika menjalani penggambaran. Ekoran daripada itu, organ dalamannya dikatakan tidak berfungsi dan dia juga mengalami pendarahan dalaman.

TERDAHULU
Punca Sakit Din Beramboi Tidak Diketahui
Bila dihubungi AMP Radio Networks, jurucakap mereka memberitahu Din Beramboi telah dimasukkan ke hospital sejak semalam. Namun tidak diketahui punca penyakit DJ Era itu. Yang dapat dikongsi, "he is just really sick".

- sumber GUA.com.my

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Salam takziah untuk keluarga Allahyarham. Al Fatihah.

Nota: Tergamam tengok status kat Twitter beliau, http://twitter.com/TheRealBeramboi,

Tanda2 ajal mula2 bahgian kaki berasa kebas2 kemudian bransur2 ke bhgian atas hingga ke nafas dan kluar selamanya.. Aku insaf!

Antara koleksi-koleksi jenaka beliau,



















































Untuk video yang berkaitan dengan abang Din Beramboi lagi, sila-silalah ke sini untuk tatapan memori kita semua.