20 October 2011 | 1 comments

Selamat Hari Hartal 2011!

Assalamualaikum.
Pada hari ini, 64 tahun dahulu, rakyat negara ini telah bersatu merentas kaum, agama, kelas, kepercayaan, fahaman & ideologi untuk satu matlamat - menjalankan Hartal seluruh Malaya sebagai tanda protes terhadap Perlembagaan Federation 1946 ciptaan penjajah kolonial British yang tidak demokratik, dan bagi menyatakan sokongan terhadap Perlembagaan Rakyat 1947 ke arah kemerdekaan tanahair. Dari Alor Setar ke Johor Bharu, dari Ipoh ke Kuantan, jalan2 lapang, kedai2 ditutup, kilang2 tergendala, kota2 dan pekan2 seluruh tanahair telah terhenti. Tetapi sehingga hari ini sejarah Hartal masih tidak diketahui oleh majoriti rakyat Malaysia. Tonton filem 10 Tahun Sebelum Merdeka untuk mengetahui sejarah Hari Hartal, hari perjuangan demokrasi rakyat - Frinjan




Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka from fahmi reza on Vimeo.






nota 1: lawati http://www.facebook.com/sepuluhtahun untuk maklumat lanjut.

nota 2: selamat hari lahir kepada para pesambut hari lahir 20 oktober (Huda Kura), tak lupa juga, 18 oktober (Natrah) dan 17 (Sepang).