16 July 2010 | 2 comments

Saat Arqam, Alya, Jabar dan Hani disatukan


Haha, ni bukan aksi-aksi threesome ataupun foursome. Sila buang isi-isi kuning dalam otak kamu. Ini hanya sedikit gambar perkahwinan adik dan abang, Mohd Arqam dan juga Abdul Jabar yang disatukan dengan pasangan masing-masing, Raja Aliya Khairunnisa dan Nurhani pada 27 Jun 2010 yang lalu di Pekan Salak, Sepang, Selangor.




Ini merupakan kali pertama aku menembak gambar kahwin dengan hanya berbekalkan Nikon D3000 Kit Lens, milik si Sayuti (adik kakak lawa). Percubaan pertama yang dipertanggungjawabkan oleh sang sepang. Dah tu siap pi outing kat Putrajaya lagi. Haha. Pengalaman. =D

Enjoy.

Kedua-dua mempelai bersanding bersama
Hiyahh!
Arqam dan Aliya
Dorang memang sporting abes.
Bersama memori indah. Couple sejak dari bangku sekolah, .
Setelah 11 tahun, akhirnya bersatu.
Abdul Jabar & Nurhani.
Dorang jugak.

Aku bukanlah enchek-tukang-tangkap-gambar-pro, dan aku juga bukanlah tukang-juru-edit-gambar-kahwin, tapi semua hanyalah cubaan =D

Nota: Mereka semua kengkawan si Sepang, bebudak Salak, Sepang. Semoga kalian berbahagia hingga anak-cucu-cicit-piat-piut.