10 June 2009 |
14
comments
Selangkah Ke Alam Misteri
Salam! myfr3ak (mf) ada satu benda nak tanya kat korang, apa perasaan kalau korang boleh dibukakan deria penglihatan yang dapat melihat benda-benda ghaib? mf? Kadang-kadang teringin juga nak tengok dengan mata kepala sendiri. Kalau korang nak tahu, dekat bukit lama nak pergi ke Balik Pulau, memang agak bersepah dengan minatang-minatang 'benda' tu. Tapi Bukit Teluk Bahang lagi gerun la, dengan kapchai kuningnya (mf pernah kena ikut, tapi memang tak pandang langsung, perasan dari helmet member mf la, nampak lampu malap sedangkan kat kawasan Bukit Teluk Bahang, lepas Titi Kerawang mana ada lampu jalan!).
mf nak kongsi satu blog, yang mana memang pemilik blog tersebut dianugerahkan oleh-Nya 'penglihatan'.
Mula-mula mf agak seronok membaca kisah-kisah zaman remaja abang ariff budiman ni. Tapi, bila terbaca entri awal januari, beliau mula bercerita tentang arwah isterinya (Al-Fatihah). Saat-saat arwah kena buatan orang, detik-detik mereka menentang, bait-bait ayat yang diluahkan, memang sebak. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman & beramal soleh.
Jom kita tengok beberapa adegan yang agak gerun diblog abang ariff budiman
Bukanlah niat untuk mengungkit malah memburukkan keadaan, tapi untuk berkongsi benda yang mf rasa boleh dijadikan pengajaran. Kepada abang ariff, semoga abang berbahgia dengan kekasih baru ;)
"Selangkah Ke Alam Misteri" Original Photo - Here (by thivierr) and here (by spankmeeehard)
mf nak kongsi satu blog, yang mana memang pemilik blog tersebut dianugerahkan oleh-Nya 'penglihatan'.
Setelah kejadian yang menimpa aku dalam tahun 1999, kalian semua boleh baca entri aku dalam tahun 2008. Entah kenapa kadang-kala aku dapat terus melihat apa yang orang lain tak nampak. kali pertama aku melihatnya terasa menggigil satu badan. Kini amat kerap aku melihat benda-benda pelik sedangkan aku tidak mempunyai ilmu yang tinggi. Aku tidak belajar dimana-mana. Ia sendiri terjadi selepas kejadian pada tahun 1999. Arwah isteriku menghembus sendiri ayat yang aku berikan kepadanya ketika dalam separuh sedar. Kedua-dua anakku telah tahu apa yang terjadi kepadaku. Bila kami melalui perkuburan anakku akan menjeling kearahku. " Macam mana ayah nampak ka ". Aku hanya menganggukkan kepala. Akhirnya mereka sendiri tidak bertanya lagi.
Mula-mula mf agak seronok membaca kisah-kisah zaman remaja abang ariff budiman ni. Tapi, bila terbaca entri awal januari, beliau mula bercerita tentang arwah isterinya (Al-Fatihah). Saat-saat arwah kena buatan orang, detik-detik mereka menentang, bait-bait ayat yang diluahkan, memang sebak. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman & beramal soleh.
Jom kita tengok beberapa adegan yang agak gerun diblog abang ariff budiman
Aku mula terasa kepelikan dan mula tersedar kemungkinan ada benda lain yang mengganggu didalam tubuh isteriku. Aku membaca Al Mathurat didepan isteriku. Tiba-tiba ayatnya hilang didepan mata. Setelah beristighfar beberapa kali barulah penglihatan kembali pulih. Aku menyuruh anakku membaca surah Yasin. Tiba-tiba dibalingnya kelambu membuatkan wajah anakku pucat. Isteriku hanya tersenyum melihatnya. Aku dah syak. - akhirnya terbongkar jua
Pagi itu nampak isteriku ceria. Boleh berjalan dan bergurau. Bila hampir waktu zohor dia dah mula rasa sesuatu. Katanya kepala dan tengkoknya amat berat. Aku dapat merasakan bahawa benda itu telah kembali masuk kedalam tubuhnya. Aku membaca ayat 9 dari surah yasin lalu kuhembus ketengkoknya. Jatuh terkulai isteriku tidak bermaya. Sah makhluk itu telah kembali masuk kedalam badan. Sewaktu solat zohor aku menyuruh anak perempuanku get ready sebab selesai saja salam terakhir dia akan jatuh terkulai. - Dia Masuk Kembali
Bukanlah niat untuk mengungkit malah memburukkan keadaan, tapi untuk berkongsi benda yang mf rasa boleh dijadikan pengajaran. Kepada abang ariff, semoga abang berbahgia dengan kekasih baru ;)
"Selangkah Ke Alam Misteri" Original Photo - Here (by thivierr) and here (by spankmeeehard)
Terdapat 14 komen. Sudilah tinggalkan komen anda.
Ariff Budiman
Salam kepada semua yang membaca. Terima kasih mf kerana sudi ceritakan kisah saya. Saya tak kisah jikalau semua yang saya tulis dijadikan iktibar. Manusia akan diuji mengikut tahap kemampuan. Jangan ada sesiapa yang berkata saya hebat. Allah lagi hebat. Cuma anugerah ini tidak mampu saya tangkis. Kadang-kadang bila saya sedang taip dia ada disebelah saya turut membaca. Inilah yang dikatakan anugerah yang tak diminta macam Ida. Semoga semua mendapat iktibar. Aku hanya manusia biasa. Kalau aku hebat sudah pasti arwah isteriku dapat diselamatkan.
myfr3ak
Kita semua insan biasa abang, kita hanya hamba biasa. Banyak yang saya dapat belajar dari tempat luahan abang, "Warna Nostalgia".
Anonymous
Salam Bro.
Seminggu abg di kampung. Internet slow macam siput belitong! Entri yang menarik.
Abg nak komen sikit. Sekiranya manusia terpilih dibuka hijabnya oleh Tuhan, macam2 boleh nampak.
Pesanan Arwah abg:
"kalau menampakkan wajah, baik ketika sedar atau dalam mimpi...itu jelmaan iblis, perlu berjumpa alim ulamak."
Saya syorkan berjumpa Dato' Dr. Haron Din al-Hafiz kalau ada jelmaan sebegini. Biasanya manusia yang dibukakan hijab oleh Tuhan hanya melihat bayangan atau lembaga saiz kecil agar tidak takutkan ia melebihi takutkan Tuhan.
wallahu a'lam.
Anonymous
oopss...Pesanan Arwah Ayah abg...hehehe.
y
Salam balik..
Tak payah kampung, line dekat banting ni pun lagi slow macam seput sedut, terkedu-kedu dibuatnya.
Anugerah kepada insan terpilih tu, teringat cerita "Sixth Sense".
SiTi SyEd
Rase seram plak ble dgr cite encik Ariff tdi.ADE JGK PERKARA CAM2 TERJADI EIK.ISY3
SiTi SyEd
Woit Abg myfr3ak,ape cite '6th sense' yg duk abg teringat 2.Cite le cket.huhuhu.Seram x?
y
itu la siti, setiap makhluk ciptaan-Nya dia berikan kelebihan masing-masing ;)
Erk, sixth sense? Citer tu same la cam citer abang ariff, budak yang boleh tengok benda-benda ghaib.
Anonymous
itu le kuasa tuhan...manusia di beri dengan pelbagai kelebihan tinggal tau atau tak nak mengguna dan mempraktikkan nya je...untung org yg ade kelebihan begitu...allah maha besar
Anem Arnamee
Salam ziarah..
wah..hargailah kelebihan yg ada;)
Ariff Budiman
Salam semua. Bagi sesetengah orang mengatakan untung tapi bagi saya ia merupakan tension bagi saya juga dan keluarga. Kalau nampak kena buat-buat tak nampak. Kalau tidak akan bertembung dua budaya sedangkan saya tiada ilmu. Teringat ketika saya berjumpa seorang ustaz. Katanya bila dapat melihat jangan mengelak bila bertembung dengan mereka. Rempuh saja. Kalau mereka tahu yang kita nampak pasti akan diekori dan itu yang terjadi kepada saya baru-baru ini ketika dalam perjalanan ke Kelantan. Nanti saya cerita selepas kenduri insyaallah
fez_the reds
salam ziarah..
menarik gak ape yang abg mf cerita kan nie..
harap2 ade cite terbaru lagi k..
ellieandcarl'sstories
aku tak mo lah... kang takot la plak...:P
bidadari
alhamdullilah...first time akak masuk dlm blog2 macam gini...reasonable..sensible dan responsible....all the ble..ble..ble....I'll make sure blog awak dan blog ariff budiman...in my favourites...
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.