22 March 2010 | 14 comments

Iklan Kreatif Kempen Anti Rokok


Kali ini, entri untuk diri sendiri dan orang-orang yang terlibat dengan tajuk diatas, "Perokok". Aku tak mau cakap banyak-banyak sebab hari tu dah panjang lebar bebel, yang penting, aku boleh je kawal rokok tu kecuali masa betul-betul stress.

Ini antara iklan-iklan yang wajib perokok tonton:-


Jalan untuk mencari kematian.

Membakar segala kebahagiaan.

Setiap sedutan mengurangkan 0.6 saat nyawa anda (fakta)

Mati dalam iman sedutan.
Kilang membakar wang.

 Anak perokok dan syurga? Oh! Tidak.

 Wanita dan rokok? Fikirkan semula.

Perlukan tempahan?

Selanjutnya, pergilah ke 10steps.sg - "50 Iklan Kreatif Mengenai Anti-Rokok".

Teringat aku iklan disalah sebuah stesen radio,

Ayah: Nanti besar nak jadi apa?
Anak: Nak jadi perokok macam ayah!

Hehehe, tiada komen. Berhenti merokok termasuk dalam to-do list aku, jangan ditanya bila.

Oh, aku-seorang-perokok-beretika. Jika kamu rasa tak selesa lepak dengan aku sebab ada bau rokok, hanya perlu cakap (tertentu sahaja :P). Aku sendiri rasa tak selesa bila tengok orang resah dengan bau rokok.

Tamat.