04 March 2010 |
3
comments
Pengimport Ikan Boikot Tiga Hari | Kotak Ikan Berinsulasi
Labels:
Boikot,
KIB,
Kotak Ikan Berinsulasi,
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia,
LKIM,
PENGGERAK,
Perak,
Persatuan Nelayan Negeri Perak
Sebenarnya, aku pun tak tahu pasai apa boleh jadi besar macam ni. Ingatkan kapal saja-saja tak jalan, dan bagi aku, Alhamdulillah kerna tugasku jadi ringan la sikit. Harga ikan ditempat kalian melambung? Aku sendiri tak tahu sebab aku sekarang memancing ja (hobi baru! Haha). Bising sini sana tentang kotak ikan berinsulasi, nak tahu?
Kotak ikan berinsulasi (KIB), PENGGERAK (sila rujuk artikel ini) memang sudah lama menggunakan KIB ini untuk dihantar ke Kuala Lumpur, Melaka, Johor, dan untuk pemborong tempatan. Kotak ini memang agak tahan lasak, tahan air laut dan ais (untuk mengekalkan kesegaran ikan tersebut).
Inilah Kotak Ikan Berinsulasi (KIB) yang ditengah panas.
Bagi kami tidak mengapalah kerana kami hanya menggunakan dibawah anggaran 20 KIB sahaja sehari tetapi bagi pengimport yang "bertapa" di Kompleks LKIM, ia memang memeritkan. Mereka terpaksa menanggung kos KIB ini (walaupun ada subsidi kerajaan) yang bernilai sekali ganda dari harga fiber yang digunakan sekarang.
PNNPK - Persatuan Nelayan Negeri Perak - Beberapa pekerja sedang bersembang kerana boikot.
Fiber yang digunakan sekarang memang tidak tahan lasak, benar aku cakap. Terkopak sini-sana, pecah-pecah, reput dan sebagainya tetapi masih dapat digunakan kerana kesegaran ikan tersebut bergantung cara membungkus. (malam nanti aku upload bagi korang tengok - aku update kat opis, kat rumah line macam ****).
Jika tidak forklift ini memang tak henti bergerak dari pagi hingga ke lewat petang, akan tetapi setelah para pengimport ikan boikot tentang penggunaan KIB, forklift ini dapatlah berehat untuk seketika waktu. Hehe.
KEMASKINI: RABU 3 MAC - Hanya beberapa bot pangkor kelihatan dan kelihatan kotak kayu digunakan semula, mungkin disebabkan masih ada yang boikot tentang penggunaan KIB.
KEMASKINI: KHAMIS 4 MAC - Setelah 3 hari memboikot tentang penggunaan KIB, bersepah-sepah kapal masuk ke Jeti PENGGERAK, Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Lumut.
Terdapat 3 komen. Sudilah tinggalkan komen anda.
wirajiwa
bagi aku laa..dalam isu nih, 'boikot' tur satu kerja yang sia2 saja.
Pertama: kalau tak import ikan dari luuar, kerajaan lagi suka, duit tak mengalir keluar.
Kedua: Sampai bila korang tak moo bisnes? Sehari agak2 rugi berapa ratus ribu? Seminggu berapa jota lemon? Akhirnya?
Dua2 kerajaan dapat. Menyekat aliran RM keluar negara selama seminggu, dan korang tetap beli juga kotak baru utk nak mula neger balik.
Cesss!, ini lah perjuangan sia2 namanya. Yaa , betul, tak salah utk melahirkan protes pada sesuatu benda. Tapi bagi aku jangan dilakukan dengan cara yang tidak praktikel.
Ketiga: Kerr komen dan pendapat aku ni menunjukkan yang aku tak memahami atau tidak mengetahui lansung perkembangan tentang isu nih? Entah, iyer gamaknyer, sebab aku baru baca dua tiga kerat ayat kat atas tur terus celupar jari nak mengomen.. Hhahahaha,
'aman tanpa dendam dan sengketa'
y
@long: Terima kaseh karena menyinggah dan mengomen.
satu: ikan malaysia memang tak cukup untuk menampung segala perut-perut rakyat Malaysia. Karena itu kita terpaksa mengimport ikan-ikan (terutama ikan-ikan besar, kerapu, pari, tenggiri dan laen-laen)
dua: yang ni saya setuju dengan bro, boikot memang boikot, tapi maseh ada fiber tetapi disimpan. Hari ini memang sibuk benar di Jeti kami
tiga: terpaksa membeli / menyewa KIB yang dua kali ganda mahalnya tetapi harga ikan masih ditahap yang sama. Macam mana nak cover balik modal? - sekadar cuba memahami situasi pengimport - Put Yourself Into Their Shoes
empat: mungkin abang wira perlu menggoogle "Kotak Ikan Berinsulasi" untuk maklumat lanjut.
Hehehe
|.a.r.i.e.z.a.|
setuju dgn apa yg wira jiwa ckp.. klu boikot tu boleh menambah kebaikan dan keuntungan tak pe jugak.. tp sebaliknya...
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.