01 May 2010 |
22
comments
Aku dan Novel - Cinta Sufi - Ramlee Awang Murshid
Labels:
Alaf 21,
Bangsa Polip,
Cinta Sufi,
Kelab Ramlee Awang Murshid,
KelabRAM,
Novel Cinta Sufi,
Ramlee Awang Murshid
Akhirnya, penantian daku selama sebulan berbaloi! Novel Cinta Sufi karya Ramlee Awang Murshid yang terbaek! Ini adalah sambungan dari Trilogi Bagaikan Puteri.
Watak Utama: Laksamana Sunan (Saifuddin), Catalina, Puteri Kober Gandring, Pangeran Garitno (Taghut,Raja Roman).
Watak Pembantu: Bangsa Polip (Tariq, Luna dll), Panglima Awang Bagan, Hang Tuah, Renata, Aloinso, Leandro, Hang Lekiu
Watak Sampingan: Puteri Gunung Ledang, Makhluk Bayang, Bunian, Alfonso
Sinopsis
Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’.
Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.
Laksamana Sunan, Catalina dan Luna… bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.
CINTA SUFI
Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.
Oh, sekali lagi abang Ramlee berjaya menerbangkan aku ke alam Kesultanan Melayu Melaka, ketika Melaka diserang oleh Portugis. Catalina, mendapat mimpi yang menyuruhnya pergi ke Hulu Melaka dan mencari lelaki bertanduk dua.
Bangsa polip yang tercatat didalam Cinta Sufi, berkemungkinan wujud hasil kajian penulis mesir, iaitu Muhammad Isa Dawud:-
Membaca hal ini membuat saya teringat akan satu kajian penulis Mesir iaitu Muhammad Isa Dawud mengenai 'Penghuni Bumi Sebelum Manusia'.
Mereka mengatakan bahawa Allah S.W.T menciptakan 18 umat yg berbeza-beza di muka bumi sebelum Adam A.S. Di antara mereka ada yang memiliki sayap dan suaranya gemerincing. Ada yang memanggil mereka bangsa Polip. Ada yg bertubuh seperti singa dan berkepala sprt burung, memiliki rambut dan ekor serta suaranya bergema. Ada yang memiliki dua wajah dan memiliki banyak kaki. Ada yg memiliki tangan dan kaki seperti manusia dan suara jeritan mereka seperti bangau. Dikatakan bhw umat-umat ini melahirkan keturunan sehingga menjadi 120 umat. Apapun kita sendiri tidak tahu setakat mana kebenarannya. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan makhluk yg lebih utama, lebih baik dan indah iaitu manusia sehingga diarahkan golongan malaikat dan iblis tunduk kepadanya. Wallahualam.. sumber (Facebook Group - Panji Hitam Dari Timur)
Dah, aku takmau cerita banyak-banyak, nanti 'potong' pula korang nak baca. Banyak ayat-ayat indah dan 'makan dalam' didalam Cinta Sufi ini. Diantara bait-bait ayat untuk dikongsi dalam Cinta Sufi:-
'Usahla bangga dengan dosa-dosa, anakku kerana ia pasti merosakkan jiwa... membutakan mata hati.. memadamkan mata fikiran pada kebesaran ALLAH'- ms 58.
'Kehilangan tanah bermakna maruah sudah tercalar. Apa gunanya hidup di bumi sendiri andai mereka diperlakukan seperti lembu yang dicucuk hidung. Sedangkan pada mulanya penjajah terlaknat itu merupakan pendatang menumpang teduh, namun mengkhianati bangsa negeri ini setelah kepercayaan diberikan. Umpama seekor anjing yang menggigit orang yang memberi makan.- ms 178.
"Manusia berlumba-lumba mengumpulkan harta. Tidak cukup dengan hanya satu lembah. Manusia pasti akan mendapatkan satu lembah lagi. Hatta, seluruh pergunungan juga tidak mencukupi untuk memuaskan nafsu mereka yang tiada kenyang-kenyangnya. "- ms 200.
"Bangsa manusia selalu berbuat onar. Terdedah pada dosa-dosa. Allah merentangkan rahmat-Nya di malam hari untuk memberi pengampunan kepada perlakuan dosa-dosa sewaktu siang, merentangkan rahmat-Nya di siang hari unyuk mrmbrti pengampunan kepada perlakuan dosa-dosa ketika malam, Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang kecuali dosa menyekutukan-Nya, mencari sembahan selain Allah".- ms 224
Cinta sufi adalah cinta abadi. Cinta kepada ALLAH yang pasti tidak akan dikecewakan. Cinta sufi itu adalah merindui syahid kerana syurga itu lebih hebat berbanding dunia ini.- ms 233-234
Ingatlah ALLAH di mana-mana saja, nescaya ALLAH tidak sekali-kali melupakanmu. Usahlah kau sombong kerana itu warian terlaknat iblis. Janganlah kau marah kerana jiwamu akan terbakar. Dengki itu pula seperti setitis racun yang menjalar ke seluruh anggota tubuh dan akhirnya membunuhmu. Maka, bersujudlah pada ALLAH, berlindunglah dari segala kejahatan yang nyata mahupun tersembunyi.- ms 311-312
"Apabila kita mengganas, maka itu bukan Islam namanya. Jangan jadikan Islam dipandang sebagai agama yang menggalakkan keganasan! "- ms 421
"Kebenaran itu milik semua manusia tanpa mengira bangsa. Setiap bangsa terbahagi kepada dua... antara kebaikan dan kejahatan. Yang baik akan membanteras yang jahat walaupun sebangsa"- ms 448. Ayat yang ini buatkan aku teringat pada filem "My Name Is Khan", konflik agama Hindu dan Islam.
Setiap novel ada kekuatannya tersendiri. Ini merupakan hasil oleh Ramlee Awang Murshid yang berunsurkan berdakwah, Amal Ma'ruf Nahi Mungkar. Siapa kata lelaki baca novel itu jiwang? Sila jawab =)
Nota: Terima kaseh kepada Elle @ Kelab RAM, team Kelab RAM, abang Ramlee sendiri sebab sain! (walaupun salah nama! Hahaha)
Nota: Sedikit Info dari Abang Ngah,
Terdapat 22 komen. Sudilah tinggalkan komen anda.
_aliahwafa_
oh, trimas bagitau..novel ramlee awang murshid mmg best.. ^^)
_aliahwafa_
*terima kasih
Abd Rahim
Macam best jer buku nie...pasti banyak pengajaran yg boleh diperolehi...
zahidah dihaz
dah baca ke? jelez2...
tak jumpa lagi buku tu...
huhuhuhu...
boleh tolong poskan sekali dengan yang ada sign k =P
y
aliash: ehehehe, btul2! Thanks singgah!
Mr KamiKaze: Banzai! Benar! Abang RAM Berdakwah =D
miss zahidah: Dengar kabar, MPH Mid Valley dah ada kot, kalau nak senang, join je facebook RAMFC, kat situ nanti ada member buat announcement.
p/s: nak yang sain, mintak kelab RAM adjust! Hehe
Zikri Husaini
bagus buku nie... nak angkat satu!!
Shafiq Zainal
layan ke novel ni weh....
IdaAnuar
salam..kak pun tengah baca novel ni.tapi tak hbs lagi.
baayah
novel ni best...x penah ketinggalan memiliki novel2 RAM ni..
naz
saya dah baca novel ni.best gak.
Failure
HAHAHA EPIC FAIL
Mohd Alimie
Dalam proses membaca..tapi kena cari ruang sebab sibuk sgt :)
y
@zikr: yeah! Mari membaca
@capik hiphop: layannnn..terlalu
@kak ida: So, camna?
@baayah: banyak yang kita boleh belajarkan? =D
@naz: Membaca amalan mulia + tambah ilmu
@Failure: LOL!
@Alimie: hehe, pelan2 bro..
Anonymous
bg saya cinta sufi nie kureng best sikit compare trilogy t'dulu
Anonymous
sy juge pminat setia Ramlee Awang Murshid..arap2 sambngan Trilogi Bgaikan Putri ni xmhampakan =)
Anonymous
tahniah
Anonymous
masa baca buku ke3, mmg ingt sunan dah meninggal, rupa2nya penulis mmg bagi hint pengsan je, suka buku ke4 ni sbb xde haryani, hihi.
Thanks for the info, xtau pn ada org sebenar nama sunan/syaifudin
Anonymous
sy dah baca ke empat4 buku nie...sampai termimpi2 lah dibuatnya...pada sy setiap penceritaan dalam novel ni ada keistimewaan tersendiri...kalau setiap novel kekuatannya pada part yg sama...tentunya xde kelainan kan... xde sambungan ke cinta sufi nie??? rs mcm xpuas mengenali 'laksamana sunan' nie... trasa mcm dah jatuh cinta dengan laksamana sunan... keperibadian yg sempurna... mmg best sgt2.... harap sgt2 ada sambungannya....:)
Anonymous
memang suka sangat trilogi sambungan
bagaikan putri ni..x pernah miss..
caya lah awang mursyid..laksamana sunan I love u..
nor afizah
sya suka sngt ngn novel cinta sang ratu...bkn apa tpi cra ramlee awang mursyid menyusun ayt sangat berbeza berbanding penulis lain gak.. selain e2 novel ramlee byk memberi pngajarn hidup n sweet love hehehe
Anonymous
dlm keempat2 buku,saya rse cinta sang ratu ada lh yg trbaik..
micess
sume best dlm keempat2 buku,
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.