03 September 2008 | 0 comments

"Bagaikan Puteri","Cinta Sang Ratu" dan "Hijab Sang Pencinta"

Salam Sejahtera Kalian,

Hehe, cam pelik je title tu yekk..
Actually, tu novel-novel yang aku dah khatam a few times and sebelum ni, aku takde la minat sangat novel, but thanks to my little teapot because give me "Bagaikan Puteri" time kitaorg punya friendship day on 1 Aug. Karya Ramli Awang Murshid, aku tak tau bila novel ni release, tapi, bila baca punya baca. perghh, sedap gilew..

Episod 1 - Bagaikan Puteri

Buku ni menceritakan tentang 
Laksamana Sunan (dapat nama dari Tanah Rencong - nama Indonesia pada abad ke-15.) atau Saifuddin Bin Jalis
- Perjalanan dan pengembaraan seorang lelaki yang difitnah oleh kekasihnya sendiri, Melor ke tanah Aceh. Menjadi anak angkat wali Sufi dan segala ilmu digunakan dengan betul berlandaskan ajaran islam.

Haryani - gadis Malaysia yang cun (rasanya la..hehe), eksiden di zaman ni, terus koma. Apabila dia tersedar, dia baru ja diselamatkan oleh Saifuddin time dia terapung-apung kat Selat Melaka. Dia pi kat zaman Hang Tuah ma~!!
note: nak tau lebih lanjut..? Pepandai la korang tanya pakcik Google ek.. hehe

Episod 2 - Cinta Sang Ratu


Hat ni plak, menceritakan tentang anak angkat Maharani Pulau Utara - Ratna yang ingin memperluaskan tanah jajahan Maharani yang penuh dengan kegelapan, yang dihasut oleh makhluk yang bernama Taghut!
Dia nak kongker Aceh, tapi, Laksamana Sunan dapat detect dorang nak sampai, Laksamana Sunan lepak tepi laut, tetiba nampak nenek, tapi Sunan tau yang tu jelmaan maharani, fight punya fight, lagi sikit ja Ratna nak kena tikam, "Sebagai manusia, aku sayang padamu" - kalimat yang mencairkan hati Sang Ratu, terus dia patah balik nk pi ngadap Maharani, time tu la dia start jatuh cinta - "Cinta" - menda yang paling dilarang oleh mak angkat dia, Maharani Pulau Utara.

note: episode 2 ni, feeling gak..jiwang la sikit..

Hijab Sang Pencinta


Actually, novel ni baru ja release. Si mael ni tau pun lepas lecturer kitaorg gtau yang Ramlee Awang Murshid (RAM) dah release sambungan novel ni 31 Aug. Laju je si mael ni angkat, 

Yang ni, tentang Sunan balik ke Kampung Punggor, then, asal usul Manggala (Manusia Serigala), mak dia dengan Melor kena rasuk. Then, yang paling best, dia plak jelajah ke zaman kita. 


"Ashabul Kahfi" - ni yang menjadi teras dalam novel ni..

Di dalam Al-Quran ada mengisahkan perihal dan kisah mengenai Ashabul Kahfi yang mana kesannya masa terdapat di sebuah tempat yang bernama Sahab di Amman. Allah Subhanallah Taala menyebut akan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18). Mereka ditidurkan selama 309 tahun selepas pemuda pemuda yang digelar Sahabat Gua itu lari daripada Maharaja Rome yang zalim dan menyombongkan diri. Pada ketika itu kerajaan Rome membina Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Daqyanus atau Decius memerintah pada ketika itu.
Daqyanus mengganut agama berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi Isa). Di dalam Surah Al-Kahf menceritakan 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah dan seekor anjingnya lari ke sebuah gua untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dan diseksa oleh Daqyanus. Antara kesan yang masih boleh dilihat ialah sebuah Masjid dan mihrab di atas gua Kahfi, tengkorak anjing dan tulang di dalam gua. Dalam pada itu, disebelah tepi terdapat lubang terus ke atas yang mana cahaya matahari dapat menembusinya. Perihal mengenai cahaya matahari yang menembusi ada diceritakan pada ayat ke-17 Surah Al-Kahf. Gua ini juga dikenali sebagai Kahf Ar-Raqim. Istilah  Al-Raqim disebut  di dalam Al-Quran pada ayat  ke-9 Surah Al-Kahf dan ahli tafsir menyatakan bahawa Al-Raqim ialah nama anjing pemuda pemuda tersebut dan ada sebahagian yang lain mentafsirkan sebagai batu bersurat.  
kira, berlompat zaman la..lebih kurang camtu la..hehe, try la korang layan, bila dah masuk kat "alam sunan", abis naik semangat!! Hehe, ok2, tu je aku nak share dengan korang.. nenanti plak aku sambung (kot2 nak tambah isi kandungan dia ka..)