16 July 2010 |
1 comments
Kisah 5 Sen
PETALING JAYA: Kerajaan pada Khamis mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 5 sen berkuat kuasa esok.
Ia adalah selaras dengan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api khususnya petrol, diesel dan petroleum gas cecair (LPG), serta gula sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa esok. - mStar Online
Sebelum tanggal 16 Julai, apa jasa 5 sen?
Aku rasa, yang paling top pun, masa "senang kira" dimana setiap pembelian yang melibatkan 1sen hingga 4 sen akan digenapkan menjadi 5 sen. Untuk lain-lain, Hacks sebijik (rasanyalah, sekarang dah tak tau harga gula-gula).
Memang aku dah jangka benda ni akan terjadi, sang harimau puaka akan mengaum kelaparan sambil berkata,
"Tu la, sokong la lagi. Pangkah la lagi. Sesuai dengan BN, Barang Naik!".
akan tetapi puak-puak helang terus mencebik dada,
"Ini adalah langkah terbaik yang kerajaan buat untuk rakyat! Kalau tak sanggup, pi dok Siam!".
NOTA BUAT SANG HELANG
Haha, memang best jadi pemerhati bebas ni (yang berat kepada Pakatan). Ya, memang 5 sen wahai sang helang. Korang kecik-kecik pernah menabung tak? Takpun, masa kecik-kecik (aku merujuk kepada kanak-kanak zaman 70-80) ada pi rumah-rumah jiran mintak duit raya sampai penuh poketkan? Tu semua syilingkan? Boleh cecah ratus-ratus kan? Itu sehari. Cuba ambil kalkulator dan buat pengiraan =DDan kita masing-masing dah tahu, yang bila minyak naik, dengan secara automatik semua barang akan naik. Ayam, ikan, sayur, daging, itik, angsa, budu, tempoyak, kicap tamin dan sebagainya.
Dan lebih bertuah lagi, hanya tinggal beberapa minggu sahaja untuk kita menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Pasar-pasar akan menjual kueh-mueh dengan melampau dan pembeli akan kata,
"Wei! Cekik darah! Jahat sungguh!"
Cuba lihat dari pelbagai sudut, kos, transportation, dan sebagainya. Ntah. Korang pikirlah sendiri. Masing-masing dah besarkan?
NOTA BUAT SANG HARIMAU
Ya, aku tahu korang memang garang. Tak kira apa saja yang masuk ke kawasan korang, kira nak terkam saja. Kadang-kadang binatang tu tak bersalah pun, dia saja nak lalu. Dia pun nak cari makan. Sampai bila kancil nak makan pucuk ubi saja? Kadang-kadang teringin la jugak rumput-rumput. Manusia pun ada selerakan?Setiap yang berlaku ada sebab, takkan la depa saja-saja nak naikkan harga. Taraf kehidupan kita semakin membangun, makcik-makcik yang toreh getah pun, rasanya harga getah tak sama dengan harga 10 tahun dulu kan? Pak guard pun gaji tak lekeh kot sekarang ni.
Aku nak cakap banyak, aku sendiri tak pandai. Dari buat bijak-bijak, yang akan menampakkan kebodohan sendiri. Diam adalah perkara yang paling sesuai.
Buatlah pilihan bijak, sebelum mengaum dan mendada, fikirlah dahulu. Buang emosi jauh-jauh. Kadang-kadang ini bukan pasal politik, tapi manusia-manusia dalam kotak sentiasa terkepit.Sokonglah Kerajaan? Sokonglah Pakatan? Baik aku sokong si Sepang. Hahaha.
Come-on lah bro, usah gaduh-gaduh. Senyumm..senyumm..tawar pun takpa, gula mahalkan? =D
Terdapat 1 komen. Sudilah tinggalkan komen anda.
Utt
haahaha~
sepang jugak jd mangsa~
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.