20 March 2012 | 0 comments

(NOVEL) Fiksyen 302 - Ramlee Awang Murshid

Salam.

Dah lama aku tak post kat sini, sebabkan kesibukan yang amat dasyat! Entri ini buat para penggemar novel karya Tuan Ramlee Awang Murshid.

"FIKSYEN 302 - Jangan Percaya"

Watak Utama: Zonan, Lan Lani, Farid, Noorhafiza Izura, Rita Yuzalina.
Watak Sampingan: Dato Mahali, Sabri, Alias, Hizamnuddin, Dr Rozlina dan lain-lain.

Genre: 
Psikologi.

Sipnopsis: 

LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!

RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.




Dan diantara bait-bait ayat yang aku berminat,

"Tupai tak akan selalu hebat melompat. Tersilap langkah, ia akan jatuh ke tanah." - m/s 134

"Cemburu menyemarakkan api. Api dalam jiwa jauh lebih jahat berbanding api biasa." - m/s 170

"Jangan percaya pada ketakutan kerana ia akan membunuhmu secara perlahan-lahan." - m/s 178


"Cemburu telah membutakan mata hatinya sehingga tergamak menjadi seekor haiwan pemangsa yang membiak hidup dalam sanubarinya." - m/s 264

"Mengalah bukan bermakna bodoh" - m/s 270.


"Sepi itu indah. Membisu itu merupakan irama yang mendamaikan jiwa raganya walaupun bagi sesetengah orang ia sangat memeritkan perasaan." - m/s 310

Bagi aku, fiksyen 302 memang penuh dengan aksi, situasi yang penuh dengan tanda tanya. Mungkin terinspirasi oleh keadaan politik di Malaysia (alibi palsu, guna duit rakyat, bunuh orang tak bersalah, dan lain-lain - tak leh nak bagitau banyak-banyak, nanti POTONG-lah! Hehe)


Nota: terima kaseh gadis karena hadiahkan novel ini untuk aku.