22 March 2012 |
0
comments
Seribu Kata: Tiang
Labels:
madah,
pepatah,
Photo,
quote,
Seribu Kata,
still image,
Still Image Photography,
Street,
Street Photography
Salam.
Sebelum ini aku selalu mengarangkan madah yang terlintas apabila melakukan aktiviti menembak rambang dijalanan. Kini aku cuba untuk beri para sahabat di laman facebook-ku untuk menzahirkan apa yang terlintas dihati mereka dan banyak kata yang memang tak tercapai oleh akalku.
Ini adalah kata hati mereka.
Roslan Molur macam nak renggang...
Nadia Tottoro hurmmmmmmmm..... tiang patah perlukan bantuan baikpulih... (waaaa tatau maksud mendalam)
Muhammad Rozai Rohani Hjung tnduk.
- setiap persahabatan @ perhubungan akan berakhir jua (kematian)
Fir Fidot walaupan kau dan aku berbeda tetapi kita tetap berada di dunia dan langit yg sama... sampai waktu aku di atas... kadang aku berada di bawah...
- hidup bagaikan putaran roda.
Khayalan Cm Walaupun kt udh tpisah namun hati kt msih b'satu.
- mungkin dia merujuk kepada seseorang yang berstatus bekas @ 'EX'.Wirajiwa Faintallah Penghujung bagi sesuatu adalah permulaan bagi sesuatu yang lain.
- "Apabila tamat sebuah permainan, akan bermula permainan baru."
nota: long memang manusia penuh bermadah, memang aku suka kata-kata azimat beliau di BilikKungfu.
Aden Razamy Gmbr ini menunjukkan pembaziran serpihan simen (kot?) yg dibiarkan begitu saja oleh pihak pemaju sesudah menyiapkan bangunan. Sekian harap maklum.
;p
- "Persahabatan yang tidak digilap (hubungi) akan terus lenyap ditelan masa."
nota: walaupun aden menzahirkan apa yang tertera, ada satu mesej tersembunyi yang dapat dirungkaikan.
Enam Puluh Enam kata hati aku cakap, waahhh..cuaca cerah hari ni yek....awan pun kurang..best2..
- "walau bagaimana pun keadaan, hidup kita pasti akan menemui kebahagiaan kelak".
nota: ini pun sama seperti aden tadi.
Mohd Ismail Badri Penyatuan x perlu kesempurnaan utk menyokong antra stu sma lain..
- "Kita selalu mencari kesempurnaan, akan tetapi kesempurnaan adalah milik Yang Maha Tunggal, Yang Maha Pencipta, Yang Maha Kuasa."
nota: aku suka ayat mail!
Enchek Muhammad Sayuti Zainudin Kita Berbeda Dari Kedudukan. Akan Tetapi, Kita Datang Dari Teras Yang Sama.
- "Walau sesiapa pun kita, ketahuilah kita adalah sama. Yang membezakan kita adalah Iman dan Takwa"
nota: Sayuti semakin bijak!
dan apa kata hati anda pula?
Tiada Respon? Jadilah orang pertama komen!
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.