03 February 2010 | 4 comments

Kehidupan dan Keyboard

Labels:

Jika hidup ini boleh dikawal dengan sepotong keyboard,

Ctrl + Z
Patah balik masa lalu, buat perubahan yang dapat menukar segala peristiwa sekarang dan yang akan datang

Backspace
Dapat juga aku perbetulkan balik semua kesilapan aku


Escape
Cara mudah nak lari dari masalah

Ctrl + Alt + Del
Jalan pintas nak lari! Sepantas kilat

F1
Semua masalah ada penyelesaian walaupun caranya penyelesaiannya agak sukar

F5
Kembalikan semula maruah yang telah tercalar!

Space
Panjangkan sikit masa untuk kita bersama

Shift
Biar semua perkara yang kita buat, lebih dari yang biasa

Enter
Ya, hidup ini tetap diteruskan!

"Kalau" - bak kata orang, perkataan yang akan buat kita lemah, jadi mat jenin! Cuba bayangkan kalau mat jenin tu tak jatuh pokok, dan ada usaha, mungkin "kelibat pelangi akan terpacar selepas hujan lebat" dalam hidup dia kan. Sapa tau kan?

Tapi hidup ini bukanlah dikawal oleh papan kekunci itu.
Biar hidup ini pernah dibawah supaya kita pernah merasai keperitan kehidupan, bak kata pujangga wirajiwa,

Dan mereka terlepas segala macam rencah kehidupan ...
saat manis, suka, duka, hiba dan tawa.
Mereka tidak sempat merasainya…

Hidup ini bukan sekadar mengumpul dinar-dinar emas.