08 February 2010 | 8 comments

(Video) Tahi Bintang / Meteor


Erk! Ini tidak ada kena mengena dengan puisi Bintang Jatuh daripada puan fynn jamal! Ini betul-betul punya tahi bintang / shooting star / meteor.

Korang pernah dapat peluang tak menyaksikan alam ghaib tahi bintang? Selama aku hidup ini, aku dah berpeluang menyaksikannya lima (5) kali.

Ini adalah video kompilasi tahi-tahi yang jatuh! Hehe.




Pengalaman di Besut, Terengganu
Sewaktu menghabiskan waktu di Institut Kemahiran Mara Besut, Terengganu, aku sedang berborak dengan seseorang pada malam itu (aku sudah terlupa bulan berapa). Rasanya dalam pukul 9.30-11.00, semasa bercakap mengenai sesuatu yang manis, tiba-tiba kelihatan pancaran yang hanya singgah dimata ini kurang dari satu saat (kalau masa driving test, -satu-ribu-sa.. - dah hilang, hehe).

Pengalaman di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Aku sedang berbual-bual dengan para sahabatku di kawasan flat hijauku yang terletak di Genting, Balik Pulau, rasanya sudah agak lewat malam tu - diantara 11 malam hingga 2 pagi. Ketika rancak bersembang, pancaran itu terbit. Aku berkata pada mereka,
"Wei! Taik bintang! Cepat-cepat buat wish (saja bergurau)"
Mereka kata aku gila. Peh! Kena sebijik!

Pengalaman di Banting, Selangor.
Oh, dua kali aku berkesempatan untuk menyaksikannya. Sekali semasa melepak ramai-ramai di Pantai Kelanang, Banting (masa tu tengah berscandal dengan bebudak kolej aku jugak! Hahaha) dan sekali lagi dihostel aku, tengah baring-baring kat taman permainan, satu pancaran berekor kelihatan.

Pengalaman di atas kapal arang, Power Plan, Teluk Rubiah, Perak.
Yang ini aku sendiri tidak pasti samada tahi bintang ataupun bukan kerana sungguh aneh! Sewaktu masing-masing tengah baringkan diri (kapal baru sampai, tak banyak kerja), kelihatan satu cahaya hijau yang betul-betul terang dan agak besar. Aku atas laut ni memang mulut membatu sahaja (dalam hutan @ atas laut, mulut kena jaga - memang dah sebati). Tapi dengan selamba budak-budak lain tegur,
"Wei! Menda apa tu!"
Pergh! Naik tegang bulu roma bila ada orang tegur benda macam tu! Sumpah gerun! Hahaha, korang pernah tengok?