02 February 2010 |
10
comments
MAMU - Raja Lawak 4 Minggu 5 - Makanan Malaysia
Kalau SEPAH beraksi dipentas ke tujuh untuk persembahan terbaik dengan lagunya, kali ini mungkin MAMU punya masa pula!
Untuk Raja Lawak Ke-Empat, aku rasa MAMU dengan ALEX, nampak agak menarek. Yang lain? Err..paham-paham jelah!
[NOTA TUMPANG: kepada sang lembu, berhentilah merasai diri kamu sempurna dengan apa yang kamu ada. Sejak mata fikiran kamu terbuka, sering sahaja kamu melepaskan hukum sendiri. "Dewasalah sikit bro!", "Apa yang aku nak, mesti dapat! Tak macam kamu! Dah la busuk, hodoh pulak tu". Memang kita boleh berada diatas, dan bila-bila sahaja ada penembak tepat yang akan melampiaskan peluru itu tepat didada kamu dan waktu dibawah, kamu sendiri tidak tahu untuk buat apa kerna kamu tidak ada guru yang terutama - pengalaman. Aku bukan fikirkan kebudakkan aku, aku cuma fikirkan perasaan orang lain. Diharap sang lembu dapat memahami bait-bait ayat aku yang busuk ini - yang ada kena mengena dengan laman sesawang mukabuku. Terima kasih.]
[NOTA TUMPANG: Aku suka benar ayat long wirajiwa dalam entri ini -
Bagai mau mati jasad dan jiwaku mencintai seorang wanita itu. lalu dia meninggalkan aku jua.
Berdiri tegak segala bulu-bulu roma aku melawan godaan dunia ini, akhirnya aku tetap rebah juga.
Dan kini aku kembali lagi. Dari seorang yang tewas kepada seorang yang degil. Dari seorang yang degil kepada seorang yang sabar.
Dan penghujung kepada kesabaran itu aku tidak tahu sedemikian indah hamparannya.
Salju, enak, kekal, dan tidak bisa dibilang dengan butir pasir dilautan. Tidak juga terbanding bintang dilangit.
Mari engkau, tanganmu hulur kemari, mau aku pimpin kepada cahaya itu. Dan kita bisa ratibkan syukur itu bersama-sama.]
Terdapat 10 komen. Sudilah tinggalkan komen anda.
khairil
yeahh, aku pun sokong mamu
mesti mariiii :)
|.a.r.i.e.z.a.|
i like idlan n alex hehe
myfr3ak
@kerel: yeah! Mamu mesti mariiiii!! Hahaha
@ab: idlan syok gak! abang kassimmm..hehe
wooi pukimak
Wooi pukimak! Apa ko buat dengan masa kau kau punya hal la.
Jangan nak kutuk Melayu lain.
Ko taknak mengaku Melayu nak mengaku bangsa Malaysia ko punya hal. Tukar dekat Mykad di Jabatan Pendaftaran.
Pergilah ngok!
myfr3ak
1. Inilah orang melayu :D
2. Macam mana tak kutuk, tengok la diri sendiri tu.
3. Sapa kata aku tak mengaku Melayu?
4. Ko punya IC tulis "Tanah Melayu" ke "Malaysia"?
5. Peduli hape aku!
iskandarX
pepehal pun .. melayu tetap melayu doh.. cuma Melayu Tu sendiri yg suka akan ditertawakan.. suka di perbodohkan... suka di pandang rendah.. suka di pandang hina.. itu "M E L A Y U"... Bukan "Orang Melayu".. ok? are we clear?? in this cause actually I have seen that video... so far it's just a joke... not far as going te void any rule or break any of term of ANYs society in Malay specially, we are all enjoy the joke from politic joke to non politic joke including race joke. Difrent race, difrent joke, As Malaysians: We have a lot of race and community/tier/family/clan at it self.. so the joke is a lot of difrent.... Like or not we are "Malaysians". Peace!
myfr3ak
that's y la bro, i still blur why this dog keep barking.
1. unrelated comment
2. keep barking!
Hahaha, all i know, i'm Malay in Malaysian.
saye (^_^)
hahhaa.. ntah nye.. abaikan je dea.. wahahhaaa.. org gila mane nie..??
wirajiwa
Aku rasa yang sangat ditonjolkan itu adalah sifatnya.Sifat sesatu golongan itu, bukan bangsanya. Kebetulan saja ianya Melayu. Dan yg buruk dan tercela itu ada dalam apa kaum sekalipun. Jika Quraisy itu Allah muliakan dengan Muhammad saw. Allah juga letakkan abu jahal kedalam bangsa itu. Peringatan sebenarnya kepada bangsa quraisy, yg mulia kepada mereka bukan keturunan dan bangsanya..tetapi agamanya.
Adanya mengetengahkan Cacatnya. Buruk dan cela, bukanlah utk menjatuhkan, tetapi utk menegur, supaya bisa berubah dan lahir semula menjadi bangsa yang pernah ada martabat dan darjat yang sangat tinggi. Bukan terus menjadi leka dan sangat enak tidur bertilamkan kekabu dan lena diulit mimpi2 dulu. Yang mana bangsa ini sudah tidak lagi seperti dulu. Melayu sudah layu. Jangan marah bila ditegur atau disindir. Terimalah dengan lapang dada. Supaya kita tidak menjadi jenerasi yang menyambung kecelaan. Tetapi muncul semula menjadi generasi yang melakarkan semula kejayaan2.
Engkau melayu yang indah bahasa dan pekerti. Usah marah bila disindir. Dan jangan juga engkau pandang kelembutan dan kemaafan, atau toleransi itu satu kelemahan. Itu wibawa, dan itu bahasa. Budi pada yang ada, cantik pada yang muda, yg tidak hilang luput, bahasa. Adat org berbahasa, bila diberi dibalasnya pula. Rasul dulu tidak kejam dan zalim pada yang membencinya. Tetap dia berlaku baik. Kenapa pula kita sengketakan tanah yang sekangkang? Tak ada hak sapa2 akan bumi Allah ini.
Atau engkau tidak mengerti yang rungutan mereka itu bukanlah kerana mereka malu dengan bangsanya sendiri. Tetapi kecelaan yang ada didalamnya!!! Atau engkau hendak memekakkan juga hati dan telingamu pada hujahku ini? Maka seranglah pula aku. Tambahilah musuh2mu, sedang aku yang bakal ditikam ini tidak sedikit mengaggapmu sebagai seteruku.
Aku yakin rungutan dan kasar bahasa yg mereka lemparkan bukan dari kebencian, tapi dari kekecewaan. Tapi mengubah sesuatu golongan itu bermulanya dari dalam diri kita sendiri. Dan kita juga tidak akan Berjaya melakukannya secara bersendirian. Dan aku tidak cenderung membela mana-mana pihak. Aku hanya Nampak saudara2ku ini melihat sebuah cawan diatas sebuah meja. Dari sudut yg berlainan, walau engkau disebelah kanan mengatakannya bertangkai, dan yg disebelah kiri mengatakannya tidak bertanggai…namun ia tetaplah cawan yang sama juga. Dan tidak ada apa yang hendak dipertikaikan.
Hanya dalam menegakkan prinsip kita itu, walaupun perlu tegas, tetapi tegas yang bijaksana. Kita bercakap, menegaskan pendirian kita, berkali-kali, lagi dan lagi, agar org lain memahaminya. Tetapi kita tidak ingin sama sekali mendengar, lagi dan lagi, atau juga berkali-kali hujah dan keterangan org lain. Mereka ini bukan seterumu… mereka ini saudaramu.. jadi lembutkanlah hukumanmu keatas mereka.
errr...back to the topic...(hiskk.. tak der mood dah nak ngulas pasal raja lawak nih, "cuma sedikit kecewa sebab ada lagi element lawak agama nih") tidak aku kata keterlaluan, nila setitik tidak merosakkan susu sebelangga, cuma aku rasa ianya masih boleh diperbaiki lg..dat all.. "hidup dengan aman berperang dengan adil"
y
Sifat sesatu golongan itu, bukan bangsanya. Kebetulan saja ianya Melayu. - kerana nila setitik.
Buruk dan cela, bukanlah utk menjatuhkan, tetapi utk menegur, supaya bisa berubah dan lahir semula menjadi bangsa yang pernah ada martabat dan darjat yang sangat tinggi. - kerna itu lahirnya suara-suara nipis menegur, tetapi masih terbeku dihati mereka.
Usah marah bila disindir. - bukannya marah, tetapi terasa hati. Jagalah adab ketika menegur supaya kita dilihat berilmu dari insan yang menyalak. Diberi akal fikiran, tetapi tidak menggunakannya.
Kenapa pula kita sengketakan tanah yang sekangkang? Tak ada hak sapa2 akan bumi Allah ini. - itulah yang ramai insan-insan cuba fahamkan golongan ini tetapi mungkin mereka terlalu taksub dan lupa akan kesederhanaan.
rungutan dan kasar bahasa yg mereka lemparkan bukan dari kebencian, tapi dari kekecewaan - ya, kekecewaan kepada insan seperti aku tetapi aku tahu/sedar dimana landasan yang aku harungi ini. Mungkin tidak sesempurna kalian, tetapi aku masih dapat membezakan segalanya, dapat membezakan baik buruk. Itulah gunanya akal anugerah dari-Nya.
Mereka ini bukan seterumu… mereka ini saudaramu.. jadi lembutkanlah hukumanmu keatas mereka - ya, seperti yang dikhabarkan, sederhana itu menjadi akar prinsip hidup ini.
"cuma sedikit kecewa sebab ada lagi element lawak agama nih" - Kita sensitif bila orang lain memainkan isu agama, tetapi bila kita (merujuk kepada diri sendiri juga, aku insan sentiasa kekurangan) membuat lawak mengenai agama, masing-masing terhibur. Sungguh pelik.
nota: aku benci "Jangan Pandang Belakang Congkak". Tengok babak-babak yang memainkan isu agama (menggunakan ayat Quran, kalimah-kalimah) sebagai gurauan, hati ini benar terguris. Rasanya kalau tengok dipanggung, maunya terus berlalu pergi.
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.