04 January 2010 |
9
comments
Persatuan Nelayan Negeri Perak (PENGGERAK)
Labels:
C905,
Kg Acheh,
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia,
LKIM,
Mobile,
Nelayan,
PENGGERAK,
Persatuan Nelayan Negeri Perak,
Photography,
Sitiawan,
Sony Ericsson
Ada apa dengan persatuan ini? Apa kena-mengena dengan aku? Kenapa aku kat sini? Aku berenang pun tak reti ada hati nak jadi nelayan!
Buat pengetahuan kalian, disinilah tempat aku memulakan pelayaran kehidupan ini. Aku ingin berhijrah, berubah dari segala aspek, dalaman yang menjadi tumpuan. Aku memilih Persatuan Nelayan Negeri Perak yang berada dibawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. (LKIM) di Kg. Acheh, Sitiawan.
Mungkin ada yang pelik, kenapalah aku pilih tempat-tempat hanyir ni. Aku memang suka berada dibawah, kerana bagi aku, biar aku berasa susah sekarang kelak menjadi pedoman. Ijazah yang paling penting bagi aku, ijazah dari jalanan. Pengalaman adalah guru sebenar. Ini untuk aku besarkan anak-anak dengan segala keperitan hidup, supaya mereka tahu menilai kehidupan. Bagi aku, hidup bukan untuk duit. Tapi kita perlukan duit untuk hidup.
Kapal dari Aceh, membawa ikan yang diimport masuk ke Malaysia ( 4 Jan 2010 )
Info dari Jalanan
Tahu tak korang yang ada bahagian di Perak yang masih menggunakan arang batu sebagai sumber tenaga? Ya, memang benar. Pengalaman pernah menyatakan yang aku pernah bekerja diatas kapal arang batu yang terletak di Teluk Rubiah (ada satu line ke tengah laut, disitulah tempat kapal berlabuh dan disitu jualah tempat aku memerah keringat). Kapal yang kebanyakkan berasal dari Tanah Besar China. 12 Jam diatas kapal, 8 malam, 8 pagi. Memegang skop, topi keselamatan, bermandi peluh . Tidak lama berada disitu, kerana nawaitu aku pada waktu itu mahu menunjukkan kesungguhan aku kepada seseorang untuk meraih kasih sayang tetapi aku gagal.Itu yang mengajar aku erti keperitan hidup, keluarga aku bukannya keluarga yang mewah. Masih ingat lagi sewaktu sekolah rendah dahulu, seketul ayam dibahagi-bahagi antara kami adik-beradik dan ayah aku bahagian paling sikit. Dia membesarkan kami dengan jawatan Pembantu Tadbir di MRSM Balik Pulau, Pejabat Mara Negeri Pulau Pinang, dan sekarang di Institut Kemahiran Mara Lumut. Mungkin kisah beliau akan ada dalam entri yang akan datang (mungkin).
mengingatkan aku sewaktu bekerja diatas kapal
Ya, aku nak rasa apa yang dia rasa dan aku akan cuba bagi kesenangan untuk pasangan dan anak-anak aku supaya mereka takkan rasa apa yang aku rasa. Seperti susunan serangkap lirik, "Anugerah dari kegagalan". Aku sedang berusaha, berusaha untuk berubah, dari bawah dan yang selebihnya aku serahkan kepada ketentuan Allah S.W.T.
Praktikal di Persatuan Nelayan Negeri Perak
[Hari Pertama 03/01/10]
- Aku datang hari ahad, tengok keadaan (sebenarnya dia suruh mula dah, tapi disebabkan si bojan baru sampai, tengok je dorang buat keje sampai 3 lebih, lepas tu cargas!)
[Hari Kedua 04/01/10]
- pusing-pusing kawasan LKIM tu, dea agihkan tugas, aku kat atas, bojan kat bawah packing ikan. Hahaha, esok aku plak kot. "HELLO DUYONG, YOU FROM ACHEH RIGHT?", hahahaha. Ada 2 jenis bot yang singgah berlabuh, satu bot kargo dari Pangkor, lagi satu bot dari Acheh. Benerr pak. Tu, bot Indomas tu, Acheh punya stok tu!
p/s: Aku takkan kemaskini setiap hari! Tapi, kalau ada duyong naik ke jeti, mungkin akan ada entri. Aku keja, 6 hari seminggu, 8 pagi hingga 6 petang. Ahad cuti. Oleh hal sedemikian, maka kasihanilah cik Adilah. Hehe.
Terdapat 9 komen. Sudilah tinggalkan komen anda.
wirajiwa
Semoga Allah mengurniakan kejayaan yang besar kepada anta. Amin.
myfr3ak
terima kaseh abang. Sama-sama kita pohon kesejahteraan kita bersama walaupun banyak berbeda, kita tetap makhluk ciptaan-Nya.
arieza
all the best for ur practical :)
ciinta hati
...chaiyork2.. ;) good luck syg.. but t8 care ok.. :* ..bout me...?? i'll try to understand.. :) D.U.G.A.A.N. DARI NYA.. :)
myfr3ak
baeklah. terima kaseh cik ab yea
myfr3ak
p/s: kalau dapat rembat bot satu, akan ku redah lautan sampai ke sana. Hahaha, aci tak?
myfr3ak
thanks, and thanks a lot coz try to understand my situation. Walaupun Jauh beribu batu, namun hatiku tetap padamuu, duhai shayanggg.. Hehe
Budak Jahat
hahahahaha... Tenuk skrg dh tak duk kat hutan.. duk kat jeti plak... mkn ikan hari2... hihihiihi... sbar je la
Unknown
persatuan ade ahli ke...?brape yuran tuk mnjadi ahli,ape syarat2
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.