Untuk penggemar
novel, nama Anis Ayuni mesti tidak asing kepada anda. "Saat Kau Kata Cinta" - karya terbaru oleh beliau, dimana terletak ditangga yang ke-tiga carta
MPHOnline selepas Layang-layang bertali kaca (
Norhayati Berahim) dan
9 Nyawa (
Ramlee Awang Murshid).
Sinopsis
MELIHAT gambar-gambar Nuril bersama Hijaz sewaktu percutian mereka di Paris membuatkan hati Darwina tersentak. Namun dia tiada kekuatan untuk menceritakan kepada Nuril hal yang sebenar.
Bimbang Nuril akan mengambil tindakan di luar jangkaan. Lalu, ‘direlakan’ episod cinta anak-anak sekolah antara dia dengan Hijaz berakhir dengan kehancuran.
Takdir menemukan Darwina dengan Azril. Lelaki itulah sandarannya untuk membina bahagia. Sedang hatinya diulit cinta, dia bertemu dengan Syafi sewaktu kunjungannya ke United Kingdom. Pertemuan yang tidak meninggalkan tanda di dalam hati kerana di tanah air sudah ada yang merindu.
Tanpa diduga, sekali lagi dia diuji. Bahagia yang diharap, derita yang tiba. Emosi Darwina menjadi seperti roller coaster apabila Azril rupa-rupanya berdusta dalam bercinta.
Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang membuatkan hati Darwina kacau. Lelaki itu tidak per nah jemu merayu jiwanya. Benarkah hadirnya Syafi sebagai penyelamat rumah tangga Hijaz dan Nuril?
Bagi pandangan aku, jalan ceritanya agak mudah untuk ditangkap tetapi yang menariknya, bila aku baca novel ni, rasa macam tengok drama kat tv pun ada. Hehe, mungkin disebabkan tidak serasi sangat dengan kisah cinta kot tapi tak kisahlah, janji aku baca :P
Watak Utama: Darwina
Watak Sokongan: Nuril (teman se-PLKN), Hijaz (cinta zaman sekolah), Azril (Lelaki Australia), Bapak Dia, Makcik Dia, dan hero dalam cerita ini, Syafi (bujang terlajak)
Watak Tambahan: Kelly (awek lama syafi), Umie (mak tiri Darwina), Anak makcik dia.
Tempat Kejadian: Negeri Sembilan, United Kingdom (teringat si arieza - gadis UK yang rajen buat contest)
Karya: Anis Ayuni
Keluaran: Alaf 21
Pemberi Pinjam: Sang Gadis! Haha
Hahaha, aku tak berapa nak ingat sangat. Biasalah, aku baca 'berepisod' sebab konflik yang agak kurang. Kalau konflik kuat, mesti laju aje sebab nak tahu apa yang akan jadi seterusnya.
Dengan jalan cerita yang lancar, ada tak orang TV nak adaptasikan novel ini ke drama TV? Kisah cinta antara 3 benua! Asia, Australia dan Eropah.
Nota I: Sudilah singgah dilaman blog beliau, Suara Hati Anis Ayuni.
Nota II: Cik Arieza ada buat Contest Hangit - Tee, Keychain dan macam-macam dari LONDON! LONDON TU! Hahaha! Free promotion takde gift ke?
Nota III: Toyota VIOS SPORTY memang menarik! Sapa nak hadiahkan kat aku!
Nota Sedih:
Aku masih lagi menunggu Cinta Sufi - Ramlee Awang Murshid yang aku order online kat KelabRAM pada bulan lepas. Aku masih menanti, tapi janganlah sampai aku dah balik banting baru nak sampai.