26 May 2009 | 5 comments

Pemuda UMNO Kuat Makan!



Ini bukan fitnah! Ini bukan cerita dongeng! Ini bukan khabar angin! Tapi, bukan semua-lah! Kuat makan apa? Korang jawablah sendiri! Hehe, ini adalah banner dari laman web rasmi Pemuda UMNO malaysia.

Oh lupa, inilah hasil PPSMI kan? Bagus pemuda-pemuda sekarang! Untuk pengetahuan semua, adik saya (solehin) belajar Bahasa Inggeris menerusi kartun di Astro sahaja walaupun pada masa itu, dia masih berusia 4 tahun (rasanya, masa ini dia belum terlibat dengan PPSMI)! Terima kasih Astro!

Kalau dibandingkan mf dengan dia, memang dia lagi hebat! Sebutan, kelancaran, kefasihan, dan lain-lain. Tidak pernah orang mengajar dia untuk berbicara bahasa penjajah itu tetapi Astro membuatkan dia begitu bagus dalam bahasa Inggeris sehinggakan gagap untuk berbicara bahasa ibunda.

PPSMI? Ada pro dan ada kontra, untuk individu, rasanya berguna. "Bahasa Jiwa Bangsa" akan terlucut dari tubuh masing-masing. Sehinggakan pada hari ini, saya pun sama, kadang-kadang lupa pada bahasa ibunda,

"Wey, apa tah .... dalam Bahasa Melayu?"


Tapi, memang kita insan lemah, sering berbuat salah ketika berbicara.

p/s kepada webmaster pemudaumno: Hampa nak makan ka hampa tamak sangat ni? Hee, sendiri mau ingat!

p/s kepada sepang: pi tidoq la.., ada ka aku cakap wire dia kata wira..! Ampeh! Masalah BM jugak tu! Hahaha!