Aku dan Novel - Dia Lebih Mengerti
Dia Lebih Mengerti
karya Norhayati Berahim
Kisah seorang gadis yang bernama Mai yang mempunyai seorang kakak, Amy, Ibunya, bekas ratu cantik dan juga seorang muaalaf dan ayahnya, seorang yang bertanggungjawab dan dibela oleh neneknya.
Sejak kecil lagi, dia diajar beradab sopan, sentiasa menghormati orang yang lebih tua, jangan mementingkan diri sendiri dan lain-lain. Setelah meningkat dewasa, sifat mamanya dan juga Amy semakin menjadi-jadi, sombong dan angkuh dengan kemewahan dunia,
“Didalam dunia ini, kita tak perlukan lelaki yang hanya tahu bercakap kosong dan juga kuat beragama, akan tetapi, perkara yang paling penting ialah harta kekayaan”.
Itulah yang selalu mamanya berpesan kepada Amy, anak yang paling rapat dengan mamanya, dan mengikuti semua peragai buruk mamanya itu.
Mai yang mempunyai seorang sahabat baik, Raihan yang menetap di Indonesia, yang sentiasa berhubung dengannya dan ketika Mai menziarahi Raihan di Indonesia, dia terpegun dengan penanaman anggur dikawasan khatulistiwa ini dan mengambil keputusan untuk membuka tamanan anggurnya sendiri ditanah peninggalan arwah neneknya di Johor. Segalanya diusahakan sendiri, dan dibantu oleh Raihan, yang memperkenalkan tuan punya ladang anggur di Indonesia, dan bapanya yang sentiasa memberikan sokongan.
Sebelum tercetusnya idea untuk membuka ladang anggurnya sendiri, Mai telahpun mempunyai sebuah kedai dobi sendiri, dan menetap dengan seorang gadis penjual insuran, mempunyai wajah dan bentuk badan yang menarik untuk memikat lelaki untuk menjual insuran akan tetapi, seorang yang agak pemalas, walaupun berasal dari kampung, tetapi tidak tahu membuat kerja-kerja rumah dan memasak. Jiran mereka, seorang pegawai bank yang telah menarik nafas lega kerana mendapat seorang teman serumahnya, seorang lelaki yang mempunyai sebiji motorsikal berkuasa tinggi dan mengaku bahawa beliau hanya bekerja sebagai mat despatch iaitu Syed Abid, seorang lelaki yang baik budinya, beragama, dan menjadi penagih kasih kepada Amy ketika menuntut diluar negara.
Lelaki itu tertarik dengan sikap Mai yang tidak pernah kisah dengan ‘pekerjaannya’ itu, dan terus berkawan malah lebih dari itu. Dengan sikap mamanya yang agak queen control itu telah mengundang perkahwinan rahsia bapanya selama 5 tahun dengan Jamilah, setelah 11 kali melamarnya, dan melihat kesungguhan ayahnya itu, dan membuat solat hajat, Jamilah redha dengan kehadiran lelaki yang masih mempunya isteri dan dua orang anak.
Panjang pulak ceritanya.. ekeke, tapi, sebab kisah Cintan tu slow, membuat aku terus membaca..
Pertelingkahan antara ayahnya dan mamanya, telah menyebabkan ayahnya mengaku yang dia telah berkahwin lain dan mengakibatkan mamanya mengalami stroke. Setelah sedar dari pengsan, Mai mengambil peluang ini untuk mendekati dan merapati mamanya, kata doktor, pesakit stroke adalah seperti kanak-kanak yang baru dilahirkan, perlu diajar segalanya, dari makan, bercakap, dan lain-lain.
Mamanya telah berubah, doa Mai telah dimakbulkan, iaitu sentiasa mahu mamanya berubah menjadi seorang yang jauh dari sifat-sifat tercela, dan berkat hasil usahanya mendekati mamanya, mamanya telah menjadi seorang yang lemah lembut, dan apabila ingatannya mula pulih sedikit demi sedikit, mamanya tersedar akan kesilapan lampau dan menyesali dengan semua kejadian. Mai juga turut memberitahu hal yang sebenar kepada ibunya.
Aku Kata :-
Cerita pasal family, best! Kisah Chenta tak berapa kuat~ hehe, nak tau cerita ni lagi, apa lagi..? "Dia Lebih Mengerti "! aisey, tukang promote lak aku..hehe, layannn..
Wassalam
Terdapat 2 komen. Sudilah tinggalkan komen anda.
Azman MZ
y
diharap tidak meng'spam' disini ya bro =D
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.