16 September 2009 | 12 comments

Majlis Berbuka Puasa Komuniti Bloggers Penang

sambungan daripada entri terdahulu,


Bangkok Station, 6.45 Petang

"Itu Mama dengan Baba kot weh", kataku kepada Luth, JulietAnna dan Panglima Hitam yang menaiki kereta Persona milik abang Luth.

 Aku terlihat Ustaz Baba dan Mama pun memandang kami, dan menyedekahkan senyuman. Aku terus keluar dari mobil dan terus bersalaman dengan Ustaz Baba. Ustaz Baba dan Mama Moden datang bersama-sama anak mereka yang comel, Adnin Firdaus dan Nurul Adilah Farihah. Anak-anak mereka yang lain tidak dapat datang kerana menghadiri Program 3R (Remaja Rai Ramadhan) di Taman Pekaka, Sungai Dua. Lalu Enchek Luth mengajak kami duduk dimeja yang telah kami tempah.




Hadapan UITM Seberang Prai, 6.20 Petang
"Assalamualaikum, mama minta maaf kerana mama mungkin lambat sedikit. Ada kemalangan berlaku didepan mata, mama nak ke Hospital Seberang Jaya nak hantar mangsa" - nama "Blogger / Mama Moden" terpapar di Sony Ericsson Cybershot k800 milik Luth. Sebelum itu, Mamu Omara ada menelefon aku menyatakan bahawa sahabatnya, Arzaman akan hadir bersamanya. "Kami memang tempah lebih Mamu, takpa aih", balasku.


Bangkok Station, 6.55 Petang
Abang Fazrulls pun tiba dan aku tercari-cari dimana Mamu Omara, katanya dah sampai. Puas aku dan Luth meninjau, dan akhirnya Mamu Omara melangkah keluar dari keretanya dengan baju biru berkotak-kotak. Setelah bersalaman, beliau menyatakan bahawa sahabatnya tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu. "Takpalah, bukan rezeki nak jumpa hari ini", cetus hatiku.


Kami meluangkan masa untuk berbual bersama, mula mengenali antara satu sama yang lain. Baby Wify dan kakaknya pun tiba dan terus hangat berbual. Sebenarnya, aku bukanlah orang yang agak peramah, agak sukar untuk aku berbual sebegitu rupa. Tapi, mereka begitu mesra sekali. Walaupun hanya baru beberapa minit bertentangan mata, walaupun bukanlah terlalu rapat didalam alam blog, tetapi memang terasa seperti sudah lama mengenal mereka. "Syukur pada-Mu Ya Allah kerana menemukan aku dengan insan-insan ini", hatiku berbicara lagi.


Kami menikmati makanan yang memang menyelerakan setelah habis bacaan doa oleh Ustaz Baba. Sungguh tak disangka, makanan yang tiba tidak muat meja. Aku dan luth menyangka makanan yang kami pesan itu tidak mencukupi, akan tetapi berlebihan pula. Tidak mengapa, sekurang-kurangnya ada pengalaman selepas ini untuk menguruskan majlis-majlis seperti ini lagi. Enchek Helmi masih dengan kameranya, menangkap segala pengerakan kami.


Jam ditelefon telah menunjukkan jam 8, kami rasakan waktunya telah tiba. Setiap pertemuan ada perpisahan. Kami menyudahkan perpisahan kami dengan sesi bergambar bersama ahli-ahli Komuniti Bloggers Penang (KBP). Perasaanku bercampur-baur. Antara gembira, puas, sedih, letih. Tetapi yang paling utama, aku benar-benar puas dengan semua ini. Tidaklah sia-sia perjalananku. Aku harapkan tali silaturrahim ini sentiasa kukuh, sampai bila-bila.

Jika aku tiada lagi, izinkan diriku tercalit dihatimu walaupun sedikit wahai sahabat (aku tujukan untuk semua insan yang "mengenali" diri ini).


Hentian Puduraya, 4.00 Pagi
"Lebatnya hujan, macam mana nak soq (bersahur) ni?". Ketibaan aku disambut oleh hujan yang amat lebat. Aku bertolak dari Terminal Sementara Pulau Pinang sekitar jam 11.30. Sekali lagi aku berterima kasih kepada Enchek Luth kerana dalam keadaannya mengantuk, dia masih temani aku. Terima kasih sahabat. Aku berjaya menjejakkan kaki dikedai di hadapan Hentian Puduraya setelah melalui parkir ditingkat atas Hentian Puduraya. Setelah selesai bersahur, ada peristiwa kelabu (masih belum hitam..haha) melanda aku yang akan aku ceritakan kemudian. STAR LRT mula beroperasi jam 6.10 pagi, aku naik menghala ke Sentul Timur. Ya, aku menuju ke tempat penginapan sahabat karibku, Muhammad Izham Khawari yang kami gelarkan, "Sepang". Aku hanya merehatkan diri disana untuk menghilangkan letih yang teramat. Aku bertolak ke Stesen Klang berdekatan Central Market itu sambil ditemani Sepang setelah selesai berbuka puasa dengannya. Terima kasih sahabat, kau memang banyak membantu aku. Terlalu banyak.

Aku memanjatkan kesyukuran kepada Yang Esa kerana memberi aku peluang untuk bersama dengan mereka, kerana selepas ini mungkin agak susah nak bersua kerana masing-masing akan sibuk dengan hal masing-masing. Aku masih mempunyai 2 misi untuk Ramadhan ini yang belum selesai.




Sekian,
Muhamad Hadi Ahmad


Cerita  Mereka!

notakaki: terima kasih semua terutama luth dan Enchek Helmi untuk gambar