17 June 2009 | 6 comments

Aku Capek

Penat! Serius penat. Macam-macam dipikirnya, sampai tak tahu nak sebut macam mana. Lepas satu, satu pula yang datang. Itu yang serabut gila. Lepas tekanan pointer jatuh, ada budak lelaki hostel bawa masuk perempuan dalam hostel dorang.

KES 1

Kejadian ini minggu lepas, sebenarnya kami boleh dikatakan 'pengawas' hostel la. Diberikan tanggungjawab untuk menjaga hostel-hostel yang bermasalah (err..kami pun bermasalah kot..tapi taklah kacau orang, hehe). Sebenarnya kami serbu hostel itu, untuk selesaikan kes lain, budak-budak kedah (ada la empat, lima orang) dok buli budak cina (tiga orang) dalam hostel tu. Inilah puak-puak yang tak reti nak hormat orang. Tak kira la dia tu cina ke, india ke, asli ke, sabah ke, hormat je dia sebagai manusia. Ini ko nak tunjuk diri ko tu hebat. Payah betul orang yang baru nak 'naik' ni. Dari kes buli, tup..tup..terungkai lagi satu episod, bawa perempuan masuk. Mula-mula budak tu taknak mengaku, tapi selamat la budak cina ni memang sempoi! Dia tangkap gambar si lahabau budak tu tengah tidur dengan awek dia. Terus kantoi!

Tapi tak sempat nak buat apa, terus 'abang-abang' turun (budak-budak tu jugak helo). Haihh, ko yang buat hal, ko nak panggil backup. Kami datang niat nak tanya, bukannya nak pukul ko pun, kami bukannya gangster macam ko. Rileks la brother. Selamat la ada budak-budak ni yang kenal, settle terus. Kami tinggalkan budak-budak tu dengan amaran, janji tak buat lagi.

KES 2

Dah selesai kes minggu lepas, tetiba keluar pula cerita baru. Budak yang helo (aku gelarkan dia 'otai' kat sini) itu pula buat hal! Dia gi beromen buat maksiat dengan awek dia, snap a few 'fighting' picture with his girl. Lepas tu, pow awek dia handphone, awek dia takmau bagi, dia pow RM250 kalau tidak dia sebarkan gambar-gambar tu. Haihhh, apa la punya perangai. Awek dia buat laporan kepada seorang pegawai dan pegawai tu ajak kami 'singgah' dihostel tu.

Kami pun pi rumah dia, pi clear barang-barang (cari gambo panas tu). Aku? Aku ditugaskan untuk "merogol" pc-pc yang ada dalam hostel tu. Mula-mula 1 PC, selesai! Lepas tu, untuk PC yang kedua, owner dia dah selitkan gambar-gambar (katanya gambar dengan awek, tak kisah la) dan kata kat aku yang bukak di My Document saja. Aku buat saja kerja aku, search "*.jpg" kat My Document + include hidden file. Lepas membelek gambar-gambar yang ada, tetiba budak tu melantun.

Weh, camne gambar-gambar ni boleh keluar, ko kate ko nk check My Document saje.


aku jawab jela



Btul la kan, ko tak caye ko tengok sini, aku search semua gambar yang ada dalam My Document, aku langsung tak sentuh folder-folder lain.



dan mungkin dia terlalu bijak bistari, dia masih nak berdebat dengan aku. Takpalah, aku teruskan scroll lagi gambar-gambar tu, dan dia dengan rilek terus tutup monitor. Aku memang dah diam sebabkan tangan aku terus mengigil, si 'baran' nak mengamuk. Aku ambil jalan paling mudah, terus keluar dari rumah dan cucuh rokok (rasanya ada la 3-4 batang), dan barula tenang sikit.

Sementara aku sedang menenangkan diri ini, dorang masih berbincang dengan budak-budak rumah tu. Tiba-tiba ada yang mengaku menyimpan gambar tu, "Alhamdulillah!", senang tugas kami. Langsung periksa telefon bimbit budak tu, dan buktinya sudah ada. Selepas disoal siasat, dia simpan gambar itu pun disebabkan dendam kesumat sebab 'otai' tu sering membulinya. Takpa, kami tak buat apa-apa, hanya berdialog dan minta budak itu berjanji takkan kacau awek (bekas) nya lagi.

Masing-masing panas bukan apa, 'otai' tu ada hantar mesej kat awek dia,



"aku still respect brother-brother tu..tapi dorang takkan kekal"



Memang la, semua orang akan mati. Ngok! Nasib badan, tapi nak buat macam mana, dah tanggungjawab. Saya hanya jalankan tugas sebaik mungkin, kita nak cegah kemungkaran sahaja. Bukannya nak bergaduh pun.

Dan ada lagi satu yang memeritkan otak ini, aku ditugaskan untuk jadi "Project Manager" untuk kerja kursus matapelajaran "Public Relation". Adoiyai, aku bukannya seorang insan yang reti kawal/mengarah orang. Tak caya cuba tanya sepang, dia kenal aku macam mana. Kalau jadi orang nombor 2, Ok la. Haihh-lah nasib. Aku kena uruskan "Karnival IKS (Industri kecil dan sederhana) Kolej MCS", nak buat depan The Store Banting (ye kot..) dan budget oleh student (sponsor taktau laa..ada sapa-sapa yang nak sponsor ka?). Penat memikir. Aku capek deh, capek.



"Ya Allah Ya Tuhan ku, sesungguhnya aku hanya insan kerdil dibumi ciptaan-Mu. Insan yang serba kekurangan dalam segalanya. Permudahkanlah segala urusanku Ya Allah Yang Maha Agung. Berilahku kekuatan agar dapatku menyempurnakan segala urusanku. Hanya pada-Mu aku sujud Ya Allah."



Click to continue