12 May 2009 |
12
comments
Jungle Tracking Desa Pahlawan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Korang mesti pelikkan kenapa blog ini agak kesunyian? Sebenarnya mf dan budak-budak mbsc (bojan, ayob, mael, apis (bulan semput), acad, + geng-geng training Kolej M*S (tak boleh sebutt..haha) Otai, dengan 2 laki + 6 gadis.
mf bukannya seorang yang lasak pun, tak aktif pun bidang-bidang ni. Tetapi, cuba untuk mencari pengalaman baru, hendak berbicara dengan hutan. Bukan selalu kita nak mencuba, tapi bila dah ada peluang, kita patut ambilkan?
Penerangan Video
Abis untuk penerangan video, kalau korang nak tahu, ada beberapa adegan yang memang agakcelaka tak menarik yang terjadi. Masa kitaorang dah sampai ke KL Sentral, sang kutu mengatakan bahawa mereka telah sesat! Perghh, memang agak tertekan sikit sebab janji nak jumpa awal. Takpa-lah, biarkan saja.
Bila dah sampai ke Stesen Rasa, masa kami melepak dalam surau, masing-masing baru rehatkan badan (dalam pukul 10 lebih) ada sorang pakcik ni, cara cakapnya memang agak kurang hajar!
Masa tu, memang baran aku memang agak melonjak naik, ape bodoh orang tua ni, kalau takmau barang tu orang pakai, tak payah bubuh dalam surau banggang! Kami boleh dikategorikan sebagai musafir jugak la, sebab kat situ memang takdak apa-apa kedai yang boleh kami lepak, so, kami tumpang la dalam surau tu sat, tapi dah kena halau, masing-masing packing barang, terus gerak keluar.
Memang aku dah mula diamkan diri, sebab nak kawal baran. Keluar saja dari stesen Rasa tu, aku terus masuk ke Balai Polis, dan terus tanya pegawai polis tu,
ada la borak sikit-sikit dengan bang polis tu, dan sampai ke Restoran Tawakal Rasa. Lepas hantar kami, dia terus gerak sebab katanya ada kes, India dengan Melayu bergaduh. Tapi, apa-apa pun, mf ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat bang polis dari Balai Polis Rasa, Selangor sebab bagi kerjasama dan berkhidmat dengan mesra. TABIK SPRINGGG!!
"Umpama pungguk rindukan Bulan" - macam itulah situasi kami, dari pukul 11 sampai 12 lebih di Restoran Tawakal Rasa tu. Memang masing-masing agak tertekan, tapi menghiburkan hati masing-masing dan aku masih dalam dunia sunyiku (susah nak sejuk baranku). Dalam 12.45 kot, memang tak tahan sangat, terus aku bersuara, "Wei, jom bayar la. Kita jalan kaki pi sana" - Otak tengah serabut, hati tengah panas, badan tengah letih, terus buat keputusan. Masing-masing setuju, dan terus bergerak jalan.
Kami jalan menuju ke Batang Kali (terima kasih abang-abang dari Rasa sebab bagitau arah ke sana). Tadi baru aku check kat Google Maps, perjalanan memang 4.1km, tapi jalan tu agak berbukit, tapi disebabkan hati panas, bukit pun tak rasa apa-apa. Dalam otak memang pikir, "3j9j*#@*EH! punya orang, janji macam I8*#*#@H!09#H! Tak pikir orang betul, sempat lagi melepak-lepak."
Dalam pukul 1.45 dorang sampai dengan 3 bijik kereta. Aku dengan bojan memang diam ja dalam kereta, disebabkan terlalu bengang + panas hati + letih (tak rasa dah time tu). Sampai je kat kem di Ulu Tamu tu (tempat persendirian), kami diperkenalkan oleh Otai orang-orang disitu, pemiliknya, Dato' Hamzah (seorang yang pendiam dengan orang yang baru dia kenal, dan mengikut pengalaman hidup yang tak seberapa ni, aku rasa dia jenis yang membaca perangai orang sebelum dia rapat dengan orang tu).
Melepak-lepak jab, lepas tu ingatkan nak tidur sebab bojan, arshad, capik, dah tidur dah. Pusing punya pusing, tak dapat jugak mungkin disebabkan terlalu letih + hati masih panas. Aku bangun dan lapik perut sikit, lepas tu terus terjun air sungai pukul 3.30 pagi. Memang sejuk sehinggakan dapat lupakan seketika perasaan marah tu.
Terus layan tidur dalam pukul 4 lebih. Pukul 8 sudah dikejutkan sebab nak bergerak masuk hutan pukul 9. Makan pagi? Bubur durian! Kegemaran tu! Memang bedal! Heee. Terus bergerak masuk hutan.
Apa yang terjadi? Sila menantikan episod baru! Hehe
Korang mesti pelikkan kenapa blog ini agak kesunyian? Sebenarnya mf dan budak-budak mbsc (bojan, ayob, mael, apis (bulan semput), acad, + geng-geng training Kolej M*S (
mf bukannya seorang yang lasak pun, tak aktif pun bidang-bidang ni. Tetapi, cuba untuk mencari pengalaman baru, hendak berbicara dengan hutan. Bukan selalu kita nak mencuba, tapi bila dah ada peluang, kita patut ambilkan?
Penerangan Video
00:00
Perjalanan menuju ke stesen bas dalam pukul 3 lebih
00:27
Menunggu bas ke Putrajaya di stesen bas Banting, Selangor
00:45
Dalam bas ke Putrajaya Sentral
01:14
-Dah sampai ke Putrajaya Sentral
-Menuju ke Bandar Tasek Selatan
-Melepak di KL Sentral
01:39
Dalam keretapi, sampai ke Stesen Rasa.
03:50
Masing-masing muka tekanan disebabkan salah maklumat oleh Sang Bulat, katanya ada kedai disitu untuk beli bekalan. Selepas itu, terus ke surau Stesen Rasa
04:30
Setelah habis solat, masing-masing lapik perut dengan roti.
05:40
Di Restoran Tawakal, Rasa. Masing-masing agak tertekan disebabkan 4 jam menanti sang kutu yang tak pandai menjaga janji.
Abis untuk penerangan video, kalau korang nak tahu, ada beberapa adegan yang memang agak
Bila dah sampai ke Stesen Rasa, masa kami melepak dalam surau, masing-masing baru rehatkan badan (dalam pukul 10 lebih) ada sorang pakcik ni, cara cakapnya memang agak kurang hajar!
Pakcik: Woi, korang buat apa kat sini?
Kami: Kami tunggu kawan kami pakcik.
Pakcik: Sapa suruh korang pakai barang-barang dalam surau ni?
Kami: Kami pinjam sat saja pakcik
Pakcik: Ni aku punya, sapa suruh korang pakai?
Bojan: Mintak maap la pakcik, kami tak tau, ingatkan barang surau tadi
Masa tu, memang baran aku memang agak melonjak naik, ape bodoh orang tua ni, kalau takmau barang tu orang pakai, tak payah bubuh dalam surau banggang! Kami boleh dikategorikan sebagai musafir jugak la, sebab kat situ memang takdak apa-apa kedai yang boleh kami lepak, so, kami tumpang la dalam surau tu sat, tapi dah kena halau, masing-masing packing barang, terus gerak keluar.
Memang aku dah mula diamkan diri, sebab nak kawal baran. Keluar saja dari stesen Rasa tu, aku terus masuk ke Balai Polis, dan terus tanya pegawai polis tu,
Aku: (bagi salam) Abang, tumpang tanya, kat sini ada tak kedai-kedai makan yang boleh melepak, kami tengah tunggu kawan ni
Bang Polis: (jawab salam) Ada, korang dari mana ni?
Aku: Kami sebenarnya dari Banting, nak pi Jungle Tracking kat Ulu Yam (masa ni aku taktau lagi nama tempat tu, so hentam jerla sebab sumber rasmi kata kat situ).
Bang Polis: Okay2, hampa ikut aku, kita jalan sama-sama (dan-dan dia tukaq slang bila dengaq aku cakap slang penang)
ada la borak sikit-sikit dengan bang polis tu, dan sampai ke Restoran Tawakal Rasa. Lepas hantar kami, dia terus gerak sebab katanya ada kes, India dengan Melayu bergaduh. Tapi, apa-apa pun, mf ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat bang polis dari Balai Polis Rasa, Selangor sebab bagi kerjasama dan berkhidmat dengan mesra. TABIK SPRINGGG!!
"Umpama pungguk rindukan Bulan" - macam itulah situasi kami, dari pukul 11 sampai 12 lebih di Restoran Tawakal Rasa tu. Memang masing-masing agak tertekan, tapi menghiburkan hati masing-masing dan aku masih dalam dunia sunyiku (susah nak sejuk baranku). Dalam 12.45 kot, memang tak tahan sangat, terus aku bersuara, "Wei, jom bayar la. Kita jalan kaki pi sana" - Otak tengah serabut, hati tengah panas, badan tengah letih, terus buat keputusan. Masing-masing setuju, dan terus bergerak jalan.
Kami jalan menuju ke Batang Kali (terima kasih abang-abang dari Rasa sebab bagitau arah ke sana). Tadi baru aku check kat Google Maps, perjalanan memang 4.1km, tapi jalan tu agak berbukit, tapi disebabkan hati panas, bukit pun tak rasa apa-apa. Dalam otak memang pikir, "
Dalam pukul 1.45 dorang sampai dengan 3 bijik kereta. Aku dengan bojan memang diam ja dalam kereta, disebabkan terlalu bengang + panas hati + letih (tak rasa dah time tu). Sampai je kat kem di Ulu Tamu tu (tempat persendirian), kami diperkenalkan oleh Otai orang-orang disitu, pemiliknya, Dato' Hamzah (seorang yang pendiam dengan orang yang baru dia kenal, dan mengikut pengalaman hidup yang tak seberapa ni, aku rasa dia jenis yang membaca perangai orang sebelum dia rapat dengan orang tu).
Melepak-lepak jab, lepas tu ingatkan nak tidur sebab bojan, arshad, capik, dah tidur dah. Pusing punya pusing, tak dapat jugak mungkin disebabkan terlalu letih + hati masih panas. Aku bangun dan lapik perut sikit, lepas tu terus terjun air sungai pukul 3.30 pagi. Memang sejuk sehinggakan dapat lupakan seketika perasaan marah tu.
Terus layan tidur dalam pukul 4 lebih. Pukul 8 sudah dikejutkan sebab nak bergerak masuk hutan pukul 9. Makan pagi? Bubur durian! Kegemaran tu! Memang bedal! Heee. Terus bergerak masuk hutan.
Apa yang terjadi? Sila menantikan episod baru! Hehe
Click Read More to continue reading
Terdapat 12 komen. Sudilah tinggalkan komen anda.
mosqto
whoa!!! mmg enjoy gler la time ni... seronok, pahit, manis, masam & masin dh kita lalui sama2... lepas ni plan pe plak???
y
ahaha, lepas ni punya plan aku tak dapat nak follow sebab mo balik perak..hehe, next time InsyaAllah!
Anonymous
adventurous jugak bro ni ye. Kalau sesat dlm hutan ulu yam lagi thrill kan. Boleh glamer masuk tv pree!
myfr3ak
sebenarnyakan bro, tu myfirsttime.com Hahahaha, biasanya, melepak depan laptop saja. Tapi disebabkan agak tension dengan exam, tu saja cara untuk lupakan seketika. Perghh, doa tu..hehe, tu kalau jumpa bro, kalau tak jumpa?
Anonymous
Kalau tak jumpa??%+?##?..ramai giler awexs yang jadi single mingle hilang balaxs...huhuhu.
myfr3ak
Haha, bukan single mingle dah..menjanda la bang..haha
Anonymous
single dan janda tu banyak bezanya wo!
macam bezanya servis dan overhaul!
macam bezanya korek blok dan potong blok enjin motor dik...tui tak?
myfr3ak
wakakakaka, bab korek blok yang tak bley tahan..hahaha, btui tu bang..hehe
.gaDis.
...gadis ikut laaaa.. hurrmmmm.. (benci3x..!! huwaaaaa)
y
alaa..bukan b adjust dorang pungg..hehe
.gaDis.
heheheheehehe..
i noe laa..
muaackss..!!
tp mmg cm xcayo je..my b nie g jungle tracking..!!
wisau gler dok kt umah..!!
ye laa..b 2 kan SEHAT SGT..!!
wt nye DEA menyerang t..??? tp alhamdulillah xdek pape kan..??
Cik Shuida~
hehehehe..
byknyer dugaan korg ae..
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.