21 January 2010 |
6
comments
Semalam Dan Lirik | Steelheart - She's Gone
Entri kunci mengingatkan aku kepada lagu ini, suatu lagu ketika zaman remaja yang sampah! Tetapi apa gunanya aku meraung dan melutut kepada insan bernama perempuan, itulah kesilapan aku pada waktu itu. Hidup umpama tak bertuhan, sampah! Bodohkan?
versi asal.
versi unplugged
She’s gone,
Out of my life.
I was wrong,
I’m to blame,
I was so untrue.
I can’t live without her love.
In my life
There’s just an empty space.
All my dreams are lost,
I’m wasting away.
Forgive me, girl.
(Chorus)
Lady, won’t you save me?
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me
For all I’ve done to you.
Lady, oh, lady.
She’s gone,
Out of my life.
Oh, she’s gone.
I find it so hard to go on.
I really miss that girl, my love.
Come back into my arms.
I’m so alone,
I’m begging you,
I’m down on my knees.
Forgive me, girl.
(Chorus x2)
Lady, oh, lady.
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I’ve done to you.
"Ya Allah Ya Tuhanku, terima kasih kerana segala takdir yang kau tentukan untuk aku. Pengalaman yang lalu banyak mengajarku erti kesabaran dan memberiku peluang untuk mendekati-Mu dan menikmati kelazatan insan bertuhan."
Petikan dari entri bertarikh 16 September 2007,
Tuhanku,
Seandainya telah kau catat dia milikku, tercipta buatku,
Dekatkanlah dia padaku,Satukan hatinya dengan hatiku,
Titipkan kemesraan antara kami,Agar kebahagiaan ini abadi.
Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih,
Seiringkanlah kami dalam melayari hidup,
Ke tepian yang sejahtera.
Tetapi Tuhanku,Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luput dari ingatanku,Dan peliharalah diriku dari kecewa.
Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti,Berilah diriku kekuatan,
Melontar bayangannya ke dada langit,Hilang bersama senja merah,
Dan gelap pekat malam,Agar aku rasa bahagia,
Walaupun tanpa dirinya.
Dan Tuhanku Yang Tercinta,Gantikanlah yang telah hilang,
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah,
Meskipun tiadakan sama dengan dirinya,
Seandainya dia datang menemuiku &
Cinta itu adalah cinta yang sejati dan suci,
Seandainya dia pergi dan tiada menemuiku &
Anggaplah cinta itu tidak wujud dari awal..
Amin..
[NOTA: Semalam adalah semalam, yang pernah tertinta didalam nota perjalanan hidup. Hidupku sekarang tidaklah kosong setelah mendekati pada-Nya, bersama ibubapa, berdampingan dengan si dia, para sahabat yang setia yakni kamu. Insan yang sudi menyinggah tanda persaudaraan dan mengambil berat walaupun tanpa berkata-kata. Terima kasih]
Terdapat 6 komen. Sudilah tinggalkan komen anda.
wirajiwa
Bagai mau mati jasad dan jiwaku mencintai seorang wanita itu. lalu dia meninggalkan aku jua.
Berdiri tegak segala bulu-bulu roma aku melawan godaan dunia ini, akhirnya aku tetap rebah juga.
Dan kini aku kembali lagi. Dari seorang yang tewas kepada seorang yang degil. Dari seorang yang degil kepada seorang yang sabar.
Dan penghujung kepada kesabaran itu aku tidak tahu sedemikian indah hamparannya.
Salju, enak, kekal, dan tidak bisa dibilang dengan butir pasir dilautan. Tidak juga terbanding bintang dilangit.
Mari engkau, tanganmu hulur kemari, mau aku pimpin kepada cahaya itu. Dan kita bisa ratibkan syukur itu bersama-sama.
y
Benar, perjalanan terasa sungguh lama apabila terlalu bergantung kepada manusia. Indahnya seketika tetapi sakitnya membawa parah didalam jiwa.
Dia berikanku ribut, dia berikanku taufan, dan setelah semuanya pergi, hati menjadi tandus dan pokok itu tumbuh semula dengan tanah yang subur.
Terima kasih Yang Maha Mengasihani.
|.a.r.i.e.z.a.|
wah.. sedang tema puitis ek..
hidup bisa pergi jauh
andai hati sanggup terlepas dari sauh
sauh kejahilan :)
Luth Textile
bro.. aku tau hang hitam tp jangan la dok perasan gagak.. huhuhuu..
ermm yg lepas tu lepas la.. nak lupakan benda lepas bukanlah senang, tp jadikan ia sbg pengajaran..
hai gagak.. gagakk..
~PuRpLe BlosSom~
..chaiyork2.. make a new life better than yesterday..we always with u.. n ALLAH always with u.. Insya'allah.. u will get a RAINBOW AFTER THE RAIN.. (^_^)v
Enchek Sepang
aku xnk comment pape. sbb fav song kot. hanya membaca x)
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.