Aku dan Novel - Ungu Karmila
Karya: Ramlee Awang Murshid (RAM) | Keluaran: Alaf 21
Ungu dan Biru - menjadi lambang cinta seorang insan yang bernama Arif dan Karmila, abang arif, Arafat telah menjadi pengeluar modal untuk membina teratak indah dikawasan pedalaman Cameron Highland, berhampiran dengan kawasan penempatan orang asli.
Ungu - Warna yang disukai oleh Karmila..
Karmila - Nama wanita yang bertahta dihati Arif dan juga merupakan bekas kekasih Arafat.
Villa yang dibangunkan itu dinamakan Villa Sunyi, setelah beberapa insiden pembunuhan berlaku di villa tersebut, Arafat mengupah beberapa orang, Bado, Winda, Rosli, Kamarul dan Dino untuk menyelesaikan kes pembunuhan adiknya.
"Ia makan untuk hidup, akan tetapi ia tidak pernah minum"
Ungkapan yang didengari oleh Dino didalam permainan tidurnya, telah merungkai semua persoalan yang telah lama terkubur.
Dengan kehadiran Dr. Ismadi, akhirnya satu keputusan dapat dicapai, maka terungkailah kisah misteri si Villa Sunyi.
Aku kata:
Ini dia cerita seram Melayu! Sekali lagi, tahniah untuk bro RAM! Dia kata, cerita ni anti-klimaks. Ya, aku setuju. Jalan cerita baru nak naik, dah kena cantas. Semua yang diagak, semuanya salah. "Ungu Karmila" - aku sangkakan tu nama villa, tapi.. Masyukk~ wahaha
Rating: **** 4/5
Terdapat 3 komen. Sudilah tinggalkan komen anda.
Anonymous
Yup cerita seram tapi tak la seram sangat tapi penuh dgn misteri .... itu yg best tu .. syabas buat abg Ramlee.. buat la lagi cerita misteri mcm ni ... saya tak pernah miss beli buku dari karya Ramlee Awang Murshid.
Rating 5/5
y
tu la Guava, memang btul, dia macam anti-klimaxs.. tapi, bile bce karya dia, memang terasa macam "ada" kat sana.. masuk dalam cerita tu kn..?
Anonymous
Dr semua novel RAM, nk sgt kalau yg ni difilemkan sbb jln cite unik. First time seram baca buku dr RAM, haha
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.