04 May 2009 |
1 comments
Puisi: Ke Hadapan Bintang Jatuh | FynnJamal
FynnJamal - Mungkin ada yang tidak mengenali beliau (mf pun baru kenal - ketika dia berpuisi diatas pentas 152 anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) - streaming di justin.tv). Memang agak layan laa. Tak percaya? Cuba layan klip ini.
Ke hadapan bintang jatuh,
Kau nampak tidak anak itu sedang hampir-hampir terbunuh?
Iya, dia itu yang sedang menangis di tepi tangga batu
Iya, dia itu yang sedang sendirian tersedu-sedu.
Dia tu sangat-sangat kasihan
Di dunia ini dia rasakan, “aduh, aku sangat sendirian”
Tidak ada sahabat, tidak ada kawan
Kerana baginya dia langsung tidak reti berteman.
Wahai bintang, aku ada bicara.
Mahukah kau dengarkan andainya aku mau untuk bersuara?
Janganlah jatuh dulu, nanti-nantilah dulu
Ada pesan aku mau kirimkan lewat suara kamu.
Anak itu tidak tahu bagaimana untuk bangkit dan ketawa
Kerana apa yang dilihatnya lucu tidak pula di mata mereka
Dia percaya pada kisah pari-pari dan kayangan
Dia sanggup percaya setiap perkara itu adanya kemungkinan.
Maka mana mungkin ada yang mahu mengerti
Hatinya terlalu murni, pastilah ramai yang akan benci
Dia dihina kerana percaya akan sesuatu yang bernama cinta
Dia diolok-olok, dia dibobrok-bobrok, dia dimain-main kerana cinta.
Lalu bintang jatuh, pergikan padanya dengan halus dan hati-hati
Kisahkan ceritaku ini agar dia mengerti
Yang sebenarnya bukan dia yg pelik dan songsang
Cuma dunia yang bodoh kerana sudah berhenti memandang
Bintang jatuh, perlahanlah!
Jangan sampai kau mencecah
Bintang jatuh, kisahkanlah!
Ke matanya yang membasah
Katakan padanya semua itu memang biasa
Ceritakan juga tentang bundanya
Juga suara ayahandanya yang dulu pernah diludah-ludah
Mereka dibaling batu, dikeji-keji, dimarah-marah
Hembuskan ke dalam hati anak itu yang sudah mula dingin
Siulkan petik gitar ayahnya lewat suara angin
Dan nyanyikan suara bundanya ini lewat guruh
Bilang padanya “teruskan yakin kamu anak, biarkan bergaduh!"
Kerana kalau difikirkan orang, sampai bila
Kalau difikirkan hati orang, cis! takkan kemana!
Sesungguhnya manusia itu bagaikan serigala
Sekali kau suapkan jiwa kamu, sampai bila-bila mau selama-lamanya
Bintang jatuh, perlahanlah!
Jangan sampai kau mencecah
Bintang jatuh, kisahkanlah!
Ke matanya yang membasah
Video: Youtube.com
Blog: http://fynnjamal.blogspot.com
Facebook | FynnJamal

Click Read More to continue reading
Video: Youtube.com
Blog: http://fynnjamal.blogspot.com
Facebook | FynnJamal
Terdapat 1 komen. Sudilah tinggalkan komen anda.
jiwakacaw
o..ni lah fynn jamal..hmmm..my room8 mnat gler kat dia,smpai r00m8 pon skng dh pndai wat puitis2 post kat blog,dpt ilham dri fynn,ayt pon mcm dia..huhuu..papepon fynn mmg besh n ayt dia pnh mkna..i like it...huhuu
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.