Kes Jurufoto & Puteri di Permatang Pauh
Malaysiakini.com
Harakahdaily.net
Assalamualaikum,
16hb lalu kita telah menyaksikan satu pernamaan calon yang terbesar diantara Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang mewakili Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan Datuk Arif Shah Omar Shah dari Barisan Nasional (BN).
MalaysiaKini telah melaporkan bahawa Jurufoto dipukul dan Puteri UMNO diraba, kes Jurufoto,
Menurut laporan Bernama, jurugambar NSTP itu dikenali sebagai Mohd Sairen Mohd Nafis, 26, dan manakala jurugambar agensi asing itu dikenali sebagai Halim Berbar.dan ini pula kes Puteri UMNO,Mohd Sairen memberitahu pemberita bahawa kejadian itu berlaku pada jam 1.30 tengah hari tadi, ketika beliau sedang merakamkan gambar petugas BN dalam kenderaan pacuan empat roda.
Tiba-tiba, katanya, dia diserang oleh 30 orang yang memakai baju-T parti PKR.
"Mereka menarik saya sehingga terjatuh dari pacuan empat roda," katanya sambil menambah dia ketika itu, sedang berdiri di atas kenderaan tersebut untuk mengambil gambar.
"Mereka kemudiannya mengheret saya kira-kira 15 meter sebelum tumbuk,terajang dan sepak di bahagian kepala, kaki, tangan dan badan saya," katanya.
Sementara itu, Bernama juga melaporkan bahawa ada penyokong parti politik yang didakwa mengambil kesempatan meraba sekumpulan ahli Puteri Umno dan tidak cukup dengan itu, meludah mereka.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu, hampir mencetuskan pergaduhan di antara penyokong kedua-dua parti tetapi keadaan tegang itu dapat dikawal oleh pasukan polis yang bertugas.
Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad mendakwa, sekumpulan lelaki yang memakai baju-T PKR serta membawa bendera parti itu telah meraba punggung beberapa ahli Puteri Umno semasa melalui belakang mereka.
Tapi, sebelum korang buat apa-apa spekulasi yang korang diracuni oleh stesen TV dan akhbar-akhbar yang Pro-Kerajaan, tengok gambar ni dulu,
Gambar ini menunjukkan seorang lelaki memegang
punggungnya dan beberapa ahli Puteri UMNO sedang
bersorak, yang tersenyum, dan cheerful :D
Nak kene gtau jugak ke apa aksi yang sedang mereka lakukan..? Anda boleh menilai sendirikan..?
Dan ini pula kenyataan dari Harakahdaily
Tindakan anggota Puteri Umno membuat laporan polis kononnya ada orang merabanya dianggap sengaja dilakukan bagi menutup perlakuan lucah mereka.
Semasa perarakan calon semalam ada di antara mereka yang menunjukkan perlakuan lucah dengan menunggeng punggung dan bermacam-macam lagi.
Gelagat dan tingkah laku anggota puteri dan pemuda Umno dirakam jurugambar media biar pun perkara itu cuba disembunyikan media elektronik.
Mengulas perkara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, anak-anak muda dalam Umno cuba mempersendakan Dato' Seri Anwar Ibrahim, biar pun dakwaan kes itu masih dibicarakan di mahkamah.
"Anak-anak muda dalam Umno telah dipengaruhi pimpinan mereka seolah-olah mahu menghukumkan Anwar. Mereka sengaja berniat jahat kerana di Malaysia seseorang itu tidak boleh dianggap bersalah sebelum mahkamah memutuskannya.
Ingatlah, pandulah dari beberapa sumber yang mempunyai asas. Janganlah biar otak diracuni oleh media-media yang tidak seimbang, "Zaman dah Berubah, Dunia dah Maju", sampai bila pemikiran kita nak diracun oleh anasir-anasir ini, renung-renungkanlah.
Wassalam.
Muhamad Hadi Ahmad
Terdapat 2 komen. Sudilah tinggalkan komen anda.
*mhud*
Salam...entah apa nak jadi ngan diorang ni semua ek.rakyat semua dah pandai n bijaksana..dah boleh menilai mana yg betul nak tidak.nmpk sgt media di Malaysia ni berat sebelah,hanya memihak pd kerajaan sahaja..tak patut betul..
y
fr3ak >> m@gnett0
wsalam, tu la bro, dorang just nk dengar pada 1 sumber je, tak nak dengar langsung cakap/pandangan orang lain. Yang dorang tahu, "Kami dilandasan yang betul". :D
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.