22 September 2007 | 2 comments

Kisah pertarungan Papa dan Mama

Labels:

Di sebuah Rumah Setinggan tinggallah sebuah keluarga dengan

seorang anak lelaki, si Apit.

Pada suatu malam si Papa nak menunaikan

tanggungjawap kepada siMama.

"Sayang, abang nak lagi, Yang". Pelawa siPapa

disertai nafas ghairah.

"Ya bang... tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum?"

Jawab siMama penuh kerinduan.

Mendapat lampu hijau, si Papa terus teriak.

"Pit... dah tidur kau pit?."

"belum Papa... tengah baca buku."

"Sudah...esok saja, dah malam, tidur!!!!"

Perintah siPapa debfab tegas

Kira kira 10 minit kemudian, si Papa teriak lagi.

"Pit.... dah tidur kau Pit?

"Belum...."

Si Papa mengemaskan ikatan kain pelikat

lalu keluar memarahi dan memukul si Apit.

"Disuruh tidur....tidurlah!!!" sehingga kening siApit benjol.

Esoknya di sekolah si Apit ditanya oleh gurunya,

tentang benjol di keningnya. Berceritalah si Apit dari awal

sampai dia dipukul papanya. Lalu gurunya pun mengajar Apit

"Malam nanti..kalau ditanya lagi,kamu diam saja....ya."

"Ya....cikgu". jawab si Apit.

Malam tu, dia terdengar Papanya bersembang dengan

Mamanya.

"Sayang, apa kata kita ke syurga lagi."

"Ya bang.....tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum"

"Pit.....dah tidur kau Pit?.Si Apit teringat pesanan gurunya, maka dia

diam saja, daripada kena benjol lagi, dia pura-pura tidur.

"Apit....dah tidur kau Pit?" ulang Papanya.

Apit tetap diam. Kerana tidak ada jawapan, maka

Papanya terus mematikan lampu.. jadilah gelap gelita.

Si Apit ketakutan setengah mati, tapi daripada benjol, dia menahan

ketakutannya.

Terjadilah 'pertarungan' antara Papa dan Mama yang

tidak diketahui oleh si Apit.

Tak lama kemudian Apit terdengar suara Papanya..

"Yang...abang nak keluar ni", termengah²

"Ya Bang .. kita keluar sama-sama", dia dengar

suara Mamanya menjawab.

Dengan segera si Apit bangkit dan berteriak sekuat hati;

"Apit nak ikutt.. Apit nak ikuuttt"

Esoknya....Apit BENJOL lagi .......