13 September 2008 |
0
comments
ISA?
Artist: A.C.A.B
Song: Fight For Your Right
Song: Fight For Your Right
Salam semua & salam sejahtera..
Kisah ISA, memang dah srabut dah negara terchenta ni..
3 orang dah kena masuk "dalam" semalam, si Raja Petra Kamarudin , Teresa Kok, dengan pemberita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.
tapi sebelum tu, ushar dulu video ni.. Bukti kekejaman ISA
#1 Kisah RPK
aku actually takdak la kuat sangat agama, tapi, takdak la sejahil mamat ni..kenapa aku kata camtu..? Kalau dah bukak entry, "The Great Tudung Debate", mane idaknya..tapi ISA? Kenapa ISA?
Info: Here
btul dak? Pikir la sendiri..
Penahanan RPK
Bantahan Terhadap Penahanana RPK
#2 Kisah Pemberita Sin Chew Daily
hat ni, dengan si bro Ahmad tu (BEKAS Ketua UMNO Bukit Bendera) yang kata orang cina menumpang tu..Aisey, orang yang kata takdak apa, wartawan plak kena..tu pun Sin Chew Daily, awat? Dari yang dari pUTUSAN Malaysia, Berita HAIRAN, suma tu, aku rasa lagi banyak tulis pasal kaum, tapi disebabkan ada MELAYU kat situ, orang buat pandang tak pandang..geng-geng ni aku heran la..memang la tak boleh dinafikan depa menumpang, TAPI, tu dulu, salah tok nenek hampa jugak wahai orang-orang buta hati..
Cuba pikiaq sikit, kalau kita dok laungkan "Hidup Melayu~!", satgi yang cina, "Hidup Cina", yang india, "Hidup India", yang lain2x pun sama.. masing-masing nak hidup sendiri, tu bukannya Malaysia dahhh.. Awat? Kira nak jaga "TANAH MELAYU" la..? Korang tengok la balik buku sejarah tu, sejarah Malaysia ni..Kita pun menumpang gak bro, kita menumpang bumi tuhan, bumi yang kita pijak ni bukan ada "MELAYU PUNYA, DILARANG MASUK". Betui dak?
btul la, aku simpati gila dengan sis pemberita ni, tetiba ja kena lepas buat comment.. haiiiyyyahh, apa la nak jadi..
[UPDATE]
MalaysiaKini.com
Syukur la..
#3 Teresa Kok
Yang ini plak, penah panas dengan isu azan, geng-geng orang buta hati, dok kata, orang BUKAN ISLAM dok bantah laungan azan, tapi sumber Malaysiakini kata,
DIPERLAHAN bukan JANGAN, btul tak? pikir la sendiri, renung-renung la.. kalau orang CINA buat prayaan memalam, tau pulak kita nak bising, "WOII, DIAM LA.. TAK RETI KA AKU NAK TIDOQ!!", pikir ek pakai akal yang logik, takyah pikir pakai kepala lutut..
Teresa Kok ditahan
- muhamad hadi ahmad -

1. Benarkah kerana hina islam itu yang menjadi punca Raja Petra di"ISA"kan? Kalau begitu, kenapa tidak "ISA"kan Dr Mahathir yang pernah hina janggut nabi? Kenapa tidak "ISA"kan Astora Jabat yang pernah menghina islam? Dan isunya adalah sama, iaitu isu tudung.
2. Kalau kerana pelbagai articlenya yang kononnya mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. Mengapa tidak ISAkan Ahmad ismail yang mempertahankan kenyataannya yang berbau perkauman, sehingga menyebabkan orang-orang cina marah. Bukankah itu mengganggu dan mengancap keselamatan dan ketenteraman awam?
Kesimpulannya;
UMNO/BN akan ISAkan sesiapa sahaja yang melawannya. Tetapi, disebabkan tiada isu yang hendak menjadi alasan, maka dia senyapkan dahulu. Tetapi, apabila ada isu, mereka pun menjadikannya sebagai alasan untuk ISAkan orang tersebut. Inilah yang sedang dihadapi oleh Raja Petra, walaupun kesalahan yang agak sama juga telah dilakukan oleh pengikut UMNO/BN, seperti Ahmad Ismail, Mahathir dan Astora Jabat.
btul dak? Pikir la sendiri..
Penahanan RPK
Bantahan Terhadap Penahanana RPK
#2 Kisah Pemberita Sin Chew Daily
hat ni, dengan si bro Ahmad tu (BEKAS Ketua UMNO Bukit Bendera) yang kata orang cina menumpang tu..Aisey, orang yang kata takdak apa, wartawan plak kena..tu pun Sin Chew Daily, awat? Dari yang dari pUTUSAN Malaysia, Berita HAIRAN, suma tu, aku rasa lagi banyak tulis pasal kaum, tapi disebabkan ada MELAYU kat situ, orang buat pandang tak pandang..geng-geng ni aku heran la..memang la tak boleh dinafikan depa menumpang, TAPI, tu dulu, salah tok nenek hampa jugak wahai orang-orang buta hati..
Cuba pikiaq sikit, kalau kita dok laungkan "Hidup Melayu~!", satgi yang cina, "Hidup Cina", yang india, "Hidup India", yang lain2x pun sama.. masing-masing nak hidup sendiri, tu bukannya Malaysia dahhh.. Awat? Kira nak jaga "TANAH MELAYU" la..? Korang tengok la balik buku sejarah tu, sejarah Malaysia ni..Kita pun menumpang gak bro, kita menumpang bumi tuhan, bumi yang kita pijak ni bukan ada "MELAYU PUNYA, DILARANG MASUK". Betui dak?
btul la, aku simpati gila dengan sis pemberita ni, tetiba ja kena lepas buat comment.. haiiiyyyahh, apa la nak jadi..
[UPDATE]
MalaysiaKini.com
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar tidak ada lagi yang dijangka ditangkap di bawah ISA tetapi ia bergantung kepada keadaan ketenteraman awam.
Manakala wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, katanya, mungkin dibebaskan hari ini.
Menurut Star Online, Tan yang ditahan di bawah ISA malam tadi, telah dihantar ke Bukit Aman pada kira-kira jam 8.30 pagi ini.
Sebelum itu, ibubapanya telah dibenarkan menemui Tan di ibupejabat polis Pulau Pinang.
Syukur la..
[Update lagi]
(Dikemas kini, 5.00 petang) PETALING JAYA: Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng(gambar) telah dibebaskan selepas ditahan hampir 18 jam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dia dibebaskan di IPK Pulau Pinang kira-kira pukul 2 petang tadi.
Pembebasan beliau turut disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar pada sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur sebentar tadi.
#3 Teresa Kok
Yang ini plak, penah panas dengan isu azan, geng-geng orang buta hati, dok kata, orang BUKAN ISLAM dok bantah laungan azan, tapi sumber Malaysiakini kata,
Sebaliknya, mereka hanya memohon supaya diperlahankan penggunaan pembesar suara untuk majlis ceramah, kuliah Subuh, kuliah Maghrib serta bacaan ayat al-Quran yang menggunakan kaset dan CD sebelum sembahyang Subuh di masjid tersebut.
DIPERLAHAN bukan JANGAN, btul tak? pikir la sendiri, renung-renung la.. kalau orang CINA buat prayaan memalam, tau pulak kita nak bising, "WOII, DIAM LA.. TAK RETI KA AKU NAK TIDOQ!!", pikir ek pakai akal yang logik, takyah pikir pakai kepala lutut..
Teresa Kok ditahan
Suasana muram menyelubungi suasana di ibupejabat DAP di Petaling Jaya malam tadi ketika parti itu mengadakan majlis memasang lilin untuk ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang ditahan di bawah ISA semalam.
Seramai kira-kira 100 orang menghadiri majlis tersebut yang bermula jam 7.30 malam sebagai tanda sokongan kepada Teresa.Lim juga berkata, beliau mengesyaki penahanan Teresa itu ada kaitan dengan skandal wanita yang disuruh ketuk ketampi dalam keadaan bogel yang berlaku tiga tahun lalu, di mana ahli Parlimen Seputeh itu "telah mendedahkan salahlaku dan salahguna kuasa oleh polis".
"Adakah ini (penahanan Teresa) untuk membalas dendam terhadapnya? Kita harap ianya tidak, kerana kita tidak dapat terima kuasa polis disalahgunakan," tambahnya.Majlis yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) itu bermula jam 8.30 malam tadi, tetapi polis kemudiannya memberi mereka masa 15 minit untuk mengadakan protes tersebut dan bersurai.
Kira-kira 100 yang menghadiri majlis itu, memasang lilin dan menyanyikan lagu-lagu reformasi, sambil diperhatikan oleh 80 anggota polis, sebahagian besarnya dari balai polis daerah Dang Wangi.
Bagaimanapun, belum pun tamat tempoh 15 minit itu - pada jam 8.42 malam - polis mengarahkan mereka bersurai.
Manakala kira-kira 30 anggota polis gerak khas (LSF) pula mula mengetuk cota mereka pada perisai, bersiap sedia untuk bertindak.
Walaupun tidak puashati tetapi mereka mematuhi arahan polis dan bersurai dari situ.
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar mendakwa Radio Televisyen Malaysia (RTM) memutarbelitkan kenyataan beliau berhubung penahanan tiga aktivis dan wartawan di bawah ISA.
Ketika menghubungi Harakahdaily sebenta tadi, beliau menyatakan rasa kesalnya dengan laporan RTM yang didakwanya sengaja meutarbelitkan kenyataannya dengan menyatakan kononnya Mahfuz menyokong tindakan ISA ke atas Raja Petra Kamaruddin.
Tambahnya lagi, dalam kenyataannya melalui telefon bersama RTM, beliau menyatakan bahawa beliau menolak penggunaan ISA ke atas Raja Petra, dan PAS sendiri sememangnya menentang akta yang zalim itu.
"Saya pelik RTM memutarbelitkan kenyataan saya, sedangkan jelas kami menentang ISA.Jika Raja Petra bersalah sekalipun, beliau seharusnya dihadapkan ke mahkamah dan bukannya dengan menahan Raja Petra di bawah ISA tanpa bicara," ujarnya lagi.
Ingat, kita dok kat Malaysia la adik, abang, kakak, makcik, pakcik..
Melayu + India + Cina + Sarawak + Sabah + Asli = MALAYSIA
Kita hidup memang berbilang bangsa, so, takyah nak racist sangat la bro.. sebab Masa Lampau adalah Perkara Yang Paling Berharga, sebab kita tak dapat untuk kali keduanya..kan?

Tiada Respon? Jadilah orang pertama komen!
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.