07 July 2008 |
0
comments
Geramm (Gerakan Anti Manipulasi Minyak)
Labels:
Politik
Salam,
Ni la suara-suara student, dengan laungan "Student Power - Jika Harga Minyak Tak Turun, Kami Semua Akan Naik Minyak". Ini yang kita perlukan didalam negara kita, pelajar yang lancang bersuara apabila sesuatu perkara yang tidak kena berlaku.
Hari semalam telah membuktikan bahawa rakyat Msia memang tak puas hati dengan g0v Msia..
Aku baru ja ushar2x news kat www.harakahdaily.net dengan dekat www.geramm.org. Rata-rata memang rakyat memang tak puas hati dengan kenaikkan harga minyak. Ada satu gambar kat Harakahdaily yang menarik dari pelajar-pelajar IPTA@IPTS.
Ni la suara-suara student, dengan laungan "Student Power - Jika Harga Minyak Tak Turun, Kami Semua Akan Naik Minyak". Ini yang kita perlukan didalam negara kita, pelajar yang lancang bersuara apabila sesuatu perkara yang tidak kena berlaku.
Jika pelajar sentiasa pasif, bagaimana kita nak menghasilkan masa depan negara yang gemilang? Kalau asyik ikut telunjuk yang terpesong, macam mana negara kita tak mundur dari segala aspek.
InfoSumber : Geramm.orgGERAMM (Gerakan Anti Manipulasi Minyak) mendesak agar harga minyak diturunkan semula, GERAMM diterajui oleh golongan anak muda yang tak puas hati dengan tindakan g0v yang menaikkan harga minyak dan diaorang dah buat satu petition online dan jika anda pun GERAM dengan kenaikkan yang melampau, anda boleh sign petition tersebut disini.
Semoga "Hak Kebebasan Bersuara" di dengari oleh Pemimpin, bukannya ambil sambil lewa, "Oh, tu bunyi cengkerek kot". Teringat satu ayat dalam surah an-nisa'
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan juga kepada Ulil Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikan kepada kitab Allah (al-Qur’an) dan (sunnah) RasulNYa jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya”.
Surah al-Nisa’ ayat 59Hadis nabi pula menyokong ayat di atas dengan maksud
“Sesungguhnya Allah akan bersama pemimpin selagi mereka tidak zalim. Apabila dia zalim, Allah akan menyerahkan segala urusan kepadadirinya sendiri”. Kata-kata ulama pula menyebut: “Sehari pemerintahan yang adil menyamai ibadat 40 tahun”Yang penting, bak kata nabil, "Lu Pikir La Sendiri"!
Tiada Respon? Jadilah orang pertama komen!
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.