21 September 2008 |
0
comments
Salam Aidilfitri Sahabat
Labels:
Personal Life
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ini merupakan kali kedua kita menyambut Aidilfitri bersama kalian.
Kita tujukan khas buat kalian, sesiapa yang membaca entry ini, sesiapa yang mengenali seseorang insan yang bernama muhamad hadi, dan juga dikenali sebagai Adi Tenuk, fr3ak, dan lain-lain.
Kita ingin memohon seribu kemaafan diatas kesalahan yang telah kita lakukan, diatas segala perkara yang telah membuat hati kalian terguris, diatas segala janji yang masih belum ditepati, diatas segala perbuatan samada sengaja mahupun tidak yang telah @ mencemarkan tali persahabatan antara kita.
Sesungguhnya, sebagai insan yang lemah dan tidak berdaya, kita memohon seribu keampunan dan kemaafan. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui segalanya, kita sering terlupa akan apa yang telah kita lakukan, tetapi mungkin peristiwa itu segar didalam ingatan kalian.
Khas buat insan yang kenal kita, para sahabat dari Balik Pulau, dari SMK Abdullah Munshi 99', dari SM Teknik Balik Pulau, dari Institut Kemahiran Mara Besut, dari MCS College, darir IRC chatters, dari forumunist, dari blogger, dari mana-mana pun, kita ingin memohon agar persahabatan kita semakin kukuh dimasa akan datang, tidaklah tali direnggangkan, biarlah hingga ke nafasku terakhir.
Akhir kata, Selamat Menyambut Aidilfitri tanpa mengira pangkat, biar pun tanpa orang yang kita sayang, ingatlah bahawa DIA sentiasa bersama kita. Kerna cinta sesama manusia boleh buat kita lemah, akan tetapi, cinta kepada-Nya tidak akan pernah mati, dan sentiasa abadi dan itulah cinta yang hakiki.
Wassalam.
Muhamad Hadi Ahmad
Tiada Respon? Jadilah orang pertama komen!
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.