06 July 2008 | 0 comments

Blog Update!

Labels: ,
Assalamualaikum W.B.T,

Telah lama blog ini ditinggalkan, hanya kerana kesibukan dan connection yang tidak stabil. Al-maklumlah, Free WiFi la katakan.

Buat pengetahuan semua, result aku untuk semester ni, CGPA 3.34, Alhamdulillah, sebab aku budget 2 paper aku kantoi, bukan tak study, tapi memang tak boleh nak masuk dalam kepala otak ni, biasa la, dah tepu kan..? Sekarang ni short sem dah bermula, struggle balik. Phew, pening kepala sey, xsempat nak kasi kosong otak ni, dah penuh balik. Takpa, aku try cam last sem gak, InsyaAllah.

Okay, dah abis cerita pasal aku, sekarang ni kita beralih kepada berita nasional (aiseh, cam pembaca berita pulak, haha). 

Macam yang semua telah maklum, aktiviti politik dalam negara kita ni dah kacau bilau.
Si A buat laporan mengenai kes lama, Si N dengan Bini dia, kabarnya, terlibat dengan kes Alta, Ketua P nak kena siasat dengan BPR sebab laporan Si A, Si M punya kes tak habis lagi pun, sunyi sepi, si sepul pun boleh plak kata kena LIW*T dengan Si A, yang atas kerusi paling besar memang (PM) la pening gila kepala, kalau aku pun jiwa kacau gak. 

Dah jadi huru-hara, aku pun tak tau nak pegang kata-kata yang mana (ayat ja ni, PKR dalam hati) sebab negara kita ni ada undang-undang kan?
Kes pun tak settle lagi, so
kita tunggu dan lihat sajalah apa nasib negara kita, 
nasib rakyat berbilang kaum kita, 
apa nasib anak cucu kita, 
apa nasib sahabat-sahabat kita.

Kita hanya mampu berdoa kepada-Nya agar

negara kita selamat sejahtera,
rakyat berbilang kaum sentiasa aman,
mendapat pemimpin yang berwibawa dan bertanggungjawab,
dan yang membuat fitnah..
Wallahualam (hanya Dia Yang Maha Mengetahui)
Amin..

// Muhamad Hadi