24 March 2009 | 10 comments

Pengkid Larikan Hajah (40-an)!

Labels: ,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Walaupun ada beberapa entry aku keluarkan pasal pengkid ini, tapi aku bukanlah PEMBENCI kaum seperti mereka. Yang jenis ok tu, Alhamdulilllah la. Tapi, kalau yang tak dapat dibendung, sapa pun marah.. Betul tak?

Untuk entry kali ini, korang tatapilah video ini. Rintihan seorang kakak setelah adiknya dibawa lari oleh seorang insan yang bergelar "PENGKID" ke Sabah. Untuk bab ini, aku tabik spring 3 kali kat Exco Pemuda UMNO ni (macam yang aku cakap la, yang elok kita terima, yang buruk kita buang! Walaupun aku tak suka UMNO, tapi bila dorang buat keja amal, sejuk jugak hati) kerana cuba membantu untuk mengembalikan seseorang insan yang telah bergelar Hajah yang bekerja sebagai seorang technician kat JKR (kat mana aku tak tau..)

Info dari MalaysiaKini:
Pemuda Umno sedang berusaha memujuk seorang juruteknik wanita - yang didakwa mempunyai hubungan sejenis dengan wartawan sebuah stesen penyiaran - pulang dari Sabah.

Pengerusi sekretariat pembelaan masyarakat pergerakan itu Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pihaknya akan berusaha membantu keluarganya, yang berasal dari Pahang, untuk membawa pulang wanita itu yang dikenali sebagai Nor Ashiah.

link berkaitan: http://www.malaysiakini.com/news/100028



* Buat pengetahuan korang, aku bukannya jenis memilih kawan pun. Kawan pengkid? Si Yana (member si Ajad - yang Ajad ni aku tak tau la dia Ex-Pengkid ke tak..hehe) tapi dah lama la tak contact dengan dia. Aku memang open ja, tak kisah pun korang budak musik ka, si rempit ka, budak kereta ka, "computer geek" ka, sapa-sapalah! Tak kisah pun. As long korang okay, aku pun okay ja :D