22 October 2007 |
0
comments
Salam aidilfitri
Labels:
Personal Life
assalamualaikum wbt,
saya kira masih belum lewat lagi untuk saya mengucapkan salam aidilfitri buat semua umat islam tidak mengira dimana jua anda berada,
kepada sesiapa yang mengenali diriku, muhamad hadi bin ahmad, aDi tEnUk, fr3ak, ataupun yang baru mengenali diriku..
ku pohon seribu keampunan,
dari segala yang telah aku lakukan padamu,
dari segala kesilapan tutur kataku,
dari segala perbuatanku padamu,
yang pernah buat kau tersentuh,
yang pernah buat kau terasa,
sesungguhnya aku hanya insan biasa..
Insan biasa dibumi Yang Esa,
Andai kata terdapat luka dihati,
biarlah syawal ini mengubatinya,
yang jauh kita dekatkan,
yang dekat kita rapatkan,
yang hitam kita putihkan,
yang buruk kita baikkan..
moga-moga Dia membuka pintu hati kita semua,
Dia memancarkan Nur nya didalam sanubari kita..
agar menjadi insan yang lebih sempurna,
yang berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negara..
bukankah kita semua adalah bersaudara?
aku pohon padamu, wahai sahabat,
maafkanlah segala kesalahanku,
halalkan makan dan minumku,
aku berharap dikau mempunyai hajat yang sama denganku,
agar tali persahabatan ini tidak pernah longgar,
apatah lagi putus..
sama-sama kita menjaga tali ini,
walaupun jasad sudah terbujur kaku,
kembali ke tempat asal,
tetapi ikatan masih tersimpul rapi.
aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian,
walaupun kita pernah bermasam muka,
kita pernah tidak bertegur sapa,
kita pernah abaikan seketika,
tetapi, percayalah,
jika pohon yang nazak kita siramkan,
dengan kuasa-Nya dan usaha kita,
ia akan merimbun kembali..
buat pengetahuan semua,
aku memperkatakan ini bukan untuk kita,
tetapi demi kita semua..
aku pun maafkan dan halalkan semua yang punyai salah dan silap kepadaku,
yang zahir dan yang batin..
semoga aidilfitri ini memberi satu nafas baru,
untuk kita mengukuhkan tali silaturrahim antara kita..
Tiada Respon? Jadilah orang pertama komen!
Post a Comment
Sila gunakan bahasa yang sesuai dan iklan tidak dibenarkan disini
Please use appropriate language and NEVER advertise here.