Entri ini sebenarnya dah lama patut dikarang, tapi disebabkan banyak urusan yang patut diselesaikan dahulu, maka lambatlah keluar. Hehehe. Ini semua ditangkap 6 Mac lalu, sewaktu bercuti bersama sang gadis di Pulau Mutiara.
Buat pengetahuan kalian, aku akan balik ke kampung (Sitiawan) esok (Jumaat), rasanya lepas berbuka puasa di Pulau Pinang. Aku akan bertolak dari Putrajaya bersama kakakku, Cik Arni Hasliza ke Pulau Pinang petang ini (Khamis) untuk mengambil kakakku lagi sorang, Cik Siti Nor Aishah dan adik perempuanku, Cik Anis Nabilah. Mula-mula memang nak balik esok, tapi disebabkan kakak aku ada perjumpaan dengan ex-Abdullah Munshi (kot), terpaksa balik hari ini.
Banting, aku akan pergi untuk meraikan Aidilfitri selama 2 minggu. Kau jagalah diri kau baik-baik. Hahaha.
Ucapan raya? Awal lagi kot, malam raya nanti aku post la. InsyaAllah, ada live blogging akan menyusul.
Doakan kesejahteraan aku ya sahabat (untuk semua!)
Wassalam
bersempena dengan itu, kita layankan lagu dari Allahyarham Sudirman, Balik Kampung!
notakaki: baju "The Smith" itu ditaja oleh sepang. Hahaha.
Ya, seperti yang korang tahu, aku buat trip ke Penang (sehelai sepinggang) untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Komuniti Bloggers Penang anjuran Enchek Luth. Ini adalah kali pertama Komuniti Bloggers Penang (KBP) membuat aktiviti ini dan aku rasa ia berjaya secara keseluruhannya. Aku memang amat puas hati, walaupun hanya kurang 15 orang yang hadir, tapi kami dah macam satu keluarga. Kami ada Mamu (panggilan untuk pakcik) Omara, abang Fazrulls, Ustaz Baba, Mama Moden, Panglima Hitam @ Enchek Helmi, Baby Wify bersama kakak yang comel (tapi agak pendiam juga la), JulietAnna, ada anak-anak Ustaz Baba dengan Mama Moden yang comel (adilah), dan tidak lupa kepada Enchek Luth.
Walaupun ini merupakan pertama kali kami bersua muka, tapi, memang terus mesra. Mula-mula agak segan la sikit dengan Ustaz Baba dengan Mama Moden, biasa la, saya ini budak jahat (wahaha). Tapi Alhamdulillah, masing-masing memang mesra. Mamu lagi la, datang-datang terus "Oh, ini la hadi. Dalam gambar muka nampak lain, botak", aku terus ketawa. "Itu gambar lama mamu, dah ada rambut dah la ni".
Aku memang banyak terhutang budi kepada Enchek Luth, walaupun beliau ada ujian pada pagi Sabtu itu, dia sanggup tak tidur untuk menjemputku di Terminal Bas Sementara Pulau Pinang. Aku juga bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Dia telah mengejutkan aku setelah bas yang aku naik berhenti diterminal itu. Aku buka mata, aku nampak lampu signboard Terminal, langsung kalut untuk turun. Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana menggerakkan aku.
catatan penulis Banting, Jumaat jam 5.30 Petang
Aku melangkah menuju ke Terminal Bas Banting, sangkaanku, aku berjaya dapatkan bas terus ke Klang Sentral, akan tetapi sangkaanku benar-benar meleset. Bas yang ada semuanya menuju ke Klang. Aku terus menaiki Bas Cityliner yang berwarna merah itu, kemudiam disusuli oleh pelajar-pelajar yang outing untuk membeli juadah. Sesak, memang sesak.
Klang, 7.30 Petang Setibanya aku ke Bandar Diraja Klang, aku terus menuju ke 7 Eleven untuk membeli juadah berbuka puasa. Ya, untuk hari itu aku memang tidak sempat untuk membeli juadah berbuka. Snickers, Twister Apple dan Dunhill 14 menjadi temanku berbuka. Itu rezekiku pada hari tu. Lepas menikmati minuman, aku terus mencari bas ke Klang Sentral, ini merupakan kali pertama aku naik dari Klang Sentral. Beberapa orang ditanya, ada yang kata tunggu dibawah jambatan, ada yang kata tunggu didepan Masjid, ada yang kata tunggu di bank. Setengah jam aku terkapai-kapai mencari tempat untuk aku menaiki bas ke sana. Akhirnya aku jumpa, sekali lagi Allah mempermudahkan perjalananku.
Klang Sentral, Sekitar 8.45 Malam
Aku terpaksa berjalan kaki lebih kurang 500 meter untuk sampai ke Terminal bas kerana ada budak didalam bas mengatakan aku boleh turun disitu. Oleh kerana fikiranku aku agak kurang stabil (mungkin kerana perutku masih kosong) aku turuti sahaja kata-kata budak itu. Tak mengapalah, dugaan kecil. Sesudah sampai di Terminal, aku terus naik ke ruang penjualan tiket dibahagian atas. Aku terus disapa oleh "lalat-lalat" tiket. Aku tak suka bila orang menyapa aku sebegitu rupa, sungguh tertekan apabila dipaksa-paksa turutkan kata-kata mereka. Selamatlah aku ternampak signboard "Jumiati Enterprise", syarikat bas yang aku telah membuat tempahan 2 hari sebelum aku datang.
"Enchek ada booking? Apa nama Enchek?", tanya seorang wakil dari syarikat itu.
"Adi, saya booking tiket jam 11", aku menjawab.
"Oh, yang kosong satu tujuh, empat tiga dua enam .... ini nombor enchek kan?"
"Ya, sayalah tu."
Not lima puluh ringgit diberikan kepada auntie yang menjaga kaunter itu, dan bakinya dipulangkan kepadaku. Lelaki berketurunan India yang merupakan agen syarikat berkenaan mengatakan padaku yang tiket itu bernilai RM34, tapi kerana tidak ada wang tukar, RM32 sahajalah tiketnya itu. Terima kasih Allah. Rezekiku.
Aku menunggu bas sambil bertemankan novel karya Ramli Awang Murshid, "Ranggau", yang dipinjamkan oleh Ismail Badri, sahabatku yang telah pulang ke Pahang pada minggu lepas. Helaian demi helaian ditatap, satu ayat telah menarik perhatianku.
Aku lebih gemar tinggal dihotel. Aku tidak suka menyusahkan tuan rumah.
Ya, aku juga bersifat seperti itu. Tidak, aku tak sombong, aku bukannya memilih. Ini aku, aku lebih rela tidur berbantalkan beg dan jaket aku dari menyusahkan orang lain. Kerana itu jugalah aku menolak ajakan Enchek Luth untuk bermalam dirumahnya.
Pulau Pinang, 4 Pagi
"Dimana aku?", aku bermonolog sambil memerhati sekeliling. Bas yang ku naiki telah berenti ditepi jalan, dalam renungan jauhku, ku terpandang signboard "Terminal Sementara Pulau Pinang". Laju saja aku turun. Alhamdulillah, aku bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana menggerakkan hatiku lalu menyedarkan aku dari tidurku. "Bersahur dulu, atau tunggu Luth?", dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk menunggu sahabatku Luth sebagai menghormatinya.
Lepas menjamah nasi di Khalel, Bandar Sunway, Luth membawa aku ke rumah rakan se-politeknik-nya. Dan aku cuba untuk melelapkan diri, tapi tak terdaya. Novel diselak lagi sehingga jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Selepas itu, aku terus melabuhkan diri seketika untuk menunggu Luth yang pergi berjuang menjawab test.
"Huh, sudah petang!", aku bermonolog sendirian setelah dikejutkan oleh Luth. Terus siapkan diri, dan terus pergi ke Bangkok Station untuk menempah meja. Jam menunjukkan pukul 3.30 petang. "Awal lagi ni.. Carwash bukak tak?", luth bertanya. Aku hanya tersenyum dan menganguk. Selepas memandikan kereta Iswara kesayangannya, kami gerak ke Bangkok Station lagi.
Bersambung.. (tunggu Ilham..hehe) + dalam proses upload video. Hehe
Salam semua! Sebenarnya, aku memang dah lama cari lagu ni, tapi tak tau tajuk dia apa. Saja try tanya mamu, kot-kot dia tau. Langsung dia bagi link untuk layan! Hahahaha, terima kasih mamu OMARA!
Pasal permulaan tu, biarkan mamu. Hehe, dapat la juga sedikit info pasal boria :D
Sila datang ke Pulau Pinang Naik feri ayaqnya tenang Jambatannya indah terbentang Menyambut tamu yang datang Kami mengucapkan semua Selamatlah datang
Pulau Pinang diberi nama Rakyatnya berbilang bangsa Jangan pikir lama-lama Datang dengan keluarga
Pulau Mutiara dan Seberang Perai Sungguh-lah indahnya berseri dan permai Udaranya bersih hati terasa damai Kepada pelancong, sila beramai-ramai
Pulau Pinang indah pandangan Batu Feringgi pantai idaman Bayu bertiup segar nyaman Tentu rasa aman
Moga seronok disini Terima kasih berkunjung lagi Kami semua tetap menanti Salam hormat dari kami
Pulau Mutiara dan Seberang Perai Sungguh-lah indahnya berseri dan permai Udaranya bersih hati terasa damai Kepada pelancong, sila beramai-ramai
Sila datang ke Pulau Pinang Naik feri ayaqnya tenang Jambatannya indah terbentang Menyambut tamu yang datang Kami mengucapkan semua Selamatlah datang Ke Pulau Pinang (2x)
notakaki: Aku pernah buat entri pasal mamu ni, korang boleh selak-selak kat sini. Mamu, kot-kot ada lagu lama-lama bubuh la lagi yaa. Menggamit Memori~ Walaupun masa tu dok sekolah rendah lagi, tapi sempat la merasa kehangatan boria!
Bersama kita lagi dalam special entry. Just nak cerita sikit, tadi time tengah belek satu-satu kat bloggerspenang, aku ada jumpa satu blog, mamutanjung! aku ingatkan dia baya-baya aku, takpun dalam 30-an la.. tapi rupa-rupanya orang lamaa. Bukak ja dah nampak cover "hijau kuning", wahh, lama gila tak dengaq koleksi-koleksi macam tu, tringat time aku sekolah rendah dulu, dalam 90-an la.. lagu-lagu macam tu memang popular habis! Bapak aku selalu gak bawak aku pi tengok boria, dekat Mutiara FM (Pulau Tikuih (Tikus)), Penang.
Memang teringat la mamu, rupa-rupanya ada lagi pihak yang menjaga tradisi kita. Memang sebak ja terasa mamu, teringat time kecik-kecik. Walaupun saya lahir pada 86', tapi time tu aura boria masih kuat kan mamu?
Teruskan usaha mamu, untuk menjaga tradisi kita. Kami orang-orang muda sentiasa bersama mamu. Sapa yang nak kenal mamu,
Saya Omar M. Hashim atau lebih dikenali dengan panggilan Omara. Penggiat Kesenian, Kebudayaan, Warisan dan Sastera. Aktif dalam penulisan terutama menulis rangkap karangan boria. Pelakon sketsa boria dan drama radio. Penulis skrip teater, drama radio dan tv. Pengadil boria, nyanyian dan puisi. Penerbit buku, majalah dan album rakaman. Menulis dan menyusun blog Warisan Boria. Menguruskan persembahan boria, ghazal parti, kesenian, kebudayaan dan persembahan artis.
Saya memang tertarik dengan blog mamu, tengok saja koleksi gambar-gambar lama, gambar dekat atas Jambatan, memang teringat ja. Apa-apa pun, SAYA BANGGA JADI ANAK PULAU PINANG!
Buat warga pulau pinang, sila-lah singgah di Komuniti Bloggers Penang ya..mungkin anda jugak akan dapat sesuatu yang bermanafaat seperti saya.