Showing posts with label Hari Kekasih. Show all posts
Showing posts with label Hari Kekasih. Show all posts
14 February 2009 | 4 comments

Happy Valentine Day!


Salam semua! Keh, keh..ingat tak soalan aku didalam entry "Aku dan Valentine"? Kalau anda semua perasaan, soalan tersebut adalah berbunyi,

Ada apa dengan Valentine!

..betulkan? Dan untuk jawapannya,
Selangor (Laporan Rasmi dari semua kawasan operasi) - Alhamdulillah, sebanyak 65 pasangan melibatkan seramai 130 remaja telah dibawa ke sessi kaunseling & taubat di Shah Alam & Ampang oleh sukarelawan "Ops Valentine 09" yang diadakan malam tadi dengan kekuatan anggota seramai 222 orang melibatkan 11 lokasi di Selangor & Kuala Lumpur.

Setinggi tahniah & syabas kepada semua pihak yang terlibat & menyokong secara moral - PERKID
sumber Perisik-Rakyat

Betul tak apa yang aku karang dalam entry tersebut? Itu yang DAPAT, belum kira yang lari lagi, yang sudah "berperang", dan lain-lain. Itu baru 11 lokasi di Selangor & Kuala Lumpur, belum dorang buat besar-besaran lagi dikawasan Kota Metropolitan Kuala Lumpur . Itu baru di kawasan Selangor & Kuala Lumpur, belum campur negeri-negeri lain (Pulau Pinang, Johor dan lain-lain).

Dimana lagi wira-wira MELAYU yang membela "MELAYU" ditanah tercinta ini? Takkan bising bila bab politik sahaja? Renung-renungkan-lah.

Penakrifan undang-undang

Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai [11]:

  1. Seorang yang beragama Islam
  2. Bertutur bahasa Melayu
  3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
  4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.

Info: Wikipedia



Aku dan Valentine

Happy Valentine Days! Selamat Hari Kekasih!
Artist: Search
Song: Fantasia Bulan Madu







Ucapan yang sering didengari pabila tibanya hari ke-empat belas pada bulan Februari.

Ada apa dengan Valentine! Itu adalah salah satu daripada ungkapan yang sering aku ucapkan kepada orang-orang tertentu. Buat pengetahuan korang, selama 22 tahun 11 bulan 7 hari ni, aku langsung tak pernah sambut walaupun sekali dalam hidupku. Walaupun 14 tu ada kaitan dengan aku dulu, tapi, memang tak pernah sambut.

Sebab apa?

Sudah 8380 hari aku mengembara di dunia ini, dan mendalami Ilmu-ilmu Islam. Tetapi, aku masih berasa pelik! Kenapa ada insan yang bergelar muslim masih menyambut hari MEMUJA kekasih ini? Antara alasan yang sering aku dengar,

"Biarlah, kubur masing-masing"

"Alah, bukan buat apa pun, setakat kasi bunga saja

dan macam-macam lagi lah! Tapi, kita sering dengar ada kes "gadis dinodai ketika menyambut Valentine". CINTA yang mereka pupuk, semuanya terjurus kearah seks (jika sudah berkahwin, tak kisah-lah). Mungkin bagi mereka, itulah bukti CINTA!

Teringat aku akan Talk Show si Ally tu,

"Demi CINTAku padamu, ku korbankan JIWA dan RAGA" - Amy Search (Fantasia Bulan Madu)

dan Ally kata,

"Kini, ayat itu sudah tak boleh digunakan"

Aku setuju benar dengan pendapatnya! Mungkin kerana terlalu mengikutkan darah muda (aku menulis sebab aku pernah menghadapinya..) yang membara, dan bagi mereka,

..Cinta adalah Segalanya..


..tapi mereka terlupa yang Sahabat adalah orang yang paling terutama, sebab apa aku berkata demikian? Bayangkan, jika kenderaan rosak, adakah korang panggil awek/balak korang repair? Mungkin ada (bagi kaum hawa), tapi, bagi lelaki, masa ini-lah gunanya kawan-kawan! Aku memang tak suka istilah "kawan" itu, aku lebih suka menggunakan "Sahabat".

Cukuplah setakat ini keyboard ditekan, dan sebagai renungan,

Kita dilahirkan bukan seperti seekor tenuk, tapi sebagai seorang manusia yang diberi akal fikiran. Gunalah akal yang ada untuk mengkaji sesuatu, jangan terlalu menjadi seperti KUDA yang dikawal oleh tali dikepalanya.