Showing posts with label RAMFC. Show all posts
Showing posts with label RAMFC. Show all posts
20 March 2012 | 0 comments

(NOVEL) Fiksyen 302 - Ramlee Awang Murshid

Salam.

Dah lama aku tak post kat sini, sebabkan kesibukan yang amat dasyat! Entri ini buat para penggemar novel karya Tuan Ramlee Awang Murshid.

"FIKSYEN 302 - Jangan Percaya"

Watak Utama: Zonan, Lan Lani, Farid, Noorhafiza Izura, Rita Yuzalina.
Watak Sampingan: Dato Mahali, Sabri, Alias, Hizamnuddin, Dr Rozlina dan lain-lain.

Genre: 
Psikologi.

Sipnopsis: 

LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!

RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.





21 October 2011 | 1 comments

(NOVEL) Rayyan Fantasi - Ramlee Awang Murshid


"Dia bukan manusia. Dia juga bukan jin ataupun syaitan namun dia juga makhluk ciptaan Ilahi"

Watak Utama:
Rayyan a.k.a Aiddin
Mij-Gillion / Ibrahim / Abang Him

Watak Sampingan:

Feena
Mika
Supinah

Dibantu Oleh:
Na'in
Ramos

Genre:
Aksi, Seram, Kekeluargaan, Keagamaan & Fantasi

Terima kaseh buat Cik Arni Hasliza karena mendapatkannya untuk aku! 1 hari suntuk mengadap Rayyan Fantasi. Setengah buku buatku tertarik dan masuk ke alam 'novel', dan setelah terungkai misteri susun galur Mij-Gillion, setengah tapak keluar dari alam itu. 

Secara peribadi, aku memang tak berminat dengan sains fiksyen. Aku lebih suka kepada benda-benda yang seolah-olah telah / sedang berlaku macam novel karya abang RAM sebelum ini, dimana mengaitkan semua watak-watak utama dengan sejarah dan peristiwa-peristiwa yang nyata. 

(dah lama sangat dalam draft ni. phew. saja post)


Seni Pertukangan Novel 19 November 2011 | RAMFC

Assalamualaikum.

Ini ada sedikit notis buat para penulis, bakal penulis, teringin menulis, pernah menulis dan semua pencinta novel dari warga Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC).

Peluang mennuntut ilmu dari penulis thriller no.1 Malaysia! Dapatkan tip-tip penulisan serta tip untuk menjadi penulis bestseller di Malaysia dari penulis sendiri
Yuran penyertaan RM300.
25 Peserta Terawal RM250.
Mahukah anda menulis mahakarya seperti Epik Laksamana Sunan?
Daftar hari ini jua!
Tarikh : 19/11/11
Lokasi: UKM, Bangi.
Akan datang di Kota Kinabalu & Jitra. Maklumat lanjut sertai grup SPNRAM hari ini.
~elle syeila~
Daftarkan diri anda sebagai peserta di http://www.fb.com/groups/spnram/

nota: untuk dapatkan info-info terkini mengenai Tuan Ramlee Awang Murshid, sila ke http://www.fb.com/RAMFC

nota: sekarang ini mata aku sudah rabun warna, oleh hal sedemikian, itu yang poster jadi hitam, kelabu, biru sahaja. hehe