23 October 2009 | 8 comments

Paranormal Activity - Video & Download

Korang dah tengok "Paranormal Activity"? Seram gila!





Masa mula-mula, takdak apa sangat, kena main-main ja, cakar-cakar dinding, orang berbisik, main-main pintu tapi makin lama makin dasyat. Naik seram pulak aku! Gadis tu boleh pulak berdiri 2-3 jam pagi-pagi buta, lepas tu lepak tepi kolam sorang-sorang dengan muka sememeh. Lepas tu ada pulak part gadis tu kena tarik kaki, mcb! Seram aku! Hahahaha, biasa la, saya adalah manusia yang berimaginasi tinggi.

Nak download? Cuba ke sini.



New Layout For My Photoblog - C905Phy




Hi all, meet my Photoblog - C905Phy - Snap and Blog! with new template, extra ingredient with JQuery. This is the mobile photography blog that I create just to share with all of you. I just spend the whole day to design with using Rendurr 2.2, then bloggerized it with Notepad++. I used Jquery for peek-a-boo effect at "About" section, then, make the jquery change the standard blogger image size to s1600 to make it become HD.




$(document).ready(function() {
  $(".post-body img").each(function() {
   /*** - Pull the s1600 image with regex - ***/
   var new_src = $(this).attr("src").replace(/s320|s400/gi, 's1600');
   $(this).attr("src", new_src);
   /*** - Remove the default style - ***/
   $(this).removeAttr("style");
   /*** - Remove the Link - ***/
   $(this).parents("a").removeAttr("href");
  });
});

  • replace the regular size of blogger image
  • remove the default style of the image
  • remove the link of the image

and that is what I get on my first day playing with Jquery. Hehe, what do you think?


22 October 2009 | 4 comments

Through My Window - EveryoneConnects.net



Through My Window - EveryoneConnects.net 


Don’t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

In the blink of an eye, it's just another day
Telling me why, I'll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing

Now there's me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there's
More than you and more than me
Me and you
And we are not alone
Different view
We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so real

I see a spark, it starts a fire
Is this the one worth waiting for?
Thought that I could do it without you
Can’t exist like this anymore

Now there's me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there's
More than you and more than me

Now there’s me and you, you and me
We are not alone and we are together
Through my window I can see
Our wildest dreams could be so real

Download Radio Edit Version | Full
Website Everyone Connects Official Website | Facebook


20 October 2009 | 15 comments

Facebook & Xpax

Labels: , , ,
Oh, kini ada orang tengah yang telah mencelah antara gadisku dan aku. Yakni bro F, dan yang buat aku lagi cemburu, dia selalu ber'sms' dengan bro F. Habis kerja, dia dulu. Nak masak, dia dulu. Nak kemas rumah, dia dulu. Nak kemana-mana, bagitau dia dulu. Mentang-mentang la bro F tu tak rajin tidur macam aku, dia dengan penuh slamba bermesej dengan bro F. Laju pulak tu bro F reply, sekali reply bukannya sikit-sikit, sekali hantar 5-6 mesej. Aku tau la murah, RM1 saja satu minggu! Kawan-kawan bro F pun sms kat dia, mana aku tak panas, komen lagi, cakap kuat-kuat lagi, tau apa saja kawan-kawan bro F buat. Habis aku macam mana?




Hmm, apa boleh buat? Orang yang dah gila dengan Facebook termasuk aku! Miahahaha, untuk mengetahui lebih lanjut, pergilah ke ChannelX dan mungkin ini luahan anak kami. Hahaha. Thanks bro F (Facebook) and bro X (X-Pax)!

Untuk Mengaktifkan
Taip "F" dan hantar ke "32665" dan aktifkan didalam facebook anda! Ikuti langkah-langkah berikut.
Kelebihan menggunakan servis ini? Kalau anda mesej kat twitter, sikit saja orang balas, tapi kalau hantar kat facebook, bersepah-sepah mesej masuk! Hahahaha, seronok! RM1 Seminggu!



Langkah Penggunaan (Hantar ke 32665)

Kemaskini Status
taip status anda dan hantarkan ke 32665
Hantar Mesej
msg nama rakan mesej anda
Carian
search nama rakan

Maklumat Rakan
cell nama rakan
Dinding
wall nama rakan mesej anda
Nota
note mesej anda
Lagi? Sila la ke Channel [X].

notakaki: khas buat pengiklan nuffnang


18 October 2009 | 2 comments

Youtube - Ibu dan Facebook

Hahahaha, memang lawak gila video ni dan aku rasa, aku pun akan ada anak yang cakap benda serupa kot! Hehehe, "Abah, mummy update title kat facebook dia, dia tengah tunggu train". Hehehe



p/s: Hanya sekadar selingan dihari minggu


17 October 2009 | 1 comments

Sungai Congkak


Sungai Congkak, originally uploaded by myfr3ak.

Sungai Congkak



Sunset at klanang beach, kuala langat

Sunset at klanang beach, kuala langat


10 October 2009 | 4 comments

Live Update: Rumah Terbuka Eddie Speedfinger


Akhirnya ketemu juga dari tahun 2003 agaknya


Les' Copaque, Geng dan Internet

Untuk pengetahuan kalian, Les' Copaque yakni syarikat yang berjaya menaikkan nama Malaysia dalam dunia animasi dengan aksi-aksi comel Upin & Ipin telah membuat laporan polis dan Cyber Security Malaysia berhubung dengan aksi para penagih internet yang memuat turun "Geng: Pengembaraan Bermula", mula-mula kedengaran panas di portal paling syok, kini laman torrent terjiwang juga dah kena terjah.



Petikan dari Harian Metro,

Les' Copaque kesan laman muat turun haram

LES' Copaque Production Sdn Bhd membuat laporan dengan polis dan Cyber Security Malaysia berhubung aktiviti memindah turun karya filem Geng: Pengembaraan Bermula yang kini berleluasa secara haram di Internet.

Beberapa laman menyediakan perkhidmatan pindah turun secara tidak sah melakukan kesalahan itu mengikut Akta Hak Cipta 1987 dengan menyalin semula karya tanpa kebenaran syarikat yang menjadi pemilik harta intelek filem itu.

Les' Copaque memandang serius perkara berkenaan dan berusaha mengesan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba melumpuhkan industri perfileman dan animasi negara.

Cyber Security Malaysia sudah banyak membantu syarikat dalam menangani isu salinan langgaran dan pindah turun secara haram di Internet, begitu juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang banyak membantu pihak Les' Copaque dalam memerangi gejala cetak rompak.

Geng: Pengembaraan Bermula adalah filem animasi 3D yang pertama di Malaysia dengan kos RM4 juta dan memakan masa tiga tahun untuk disiapkan.

Peminat siri animasi Upin & Ipin boleh mendapatkan DVD dan VCD tulen yang berada di pasaran sejak dua minggu lalu.

Dengan bantuan beberapa agensi kerajaan, Les' Copaque akan mengesan individu tidak bertanggungjawab itu dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Beberapa notis sudah dihantar kepada laman yang tidak bertanggungjawab supaya menghentikan aktiviti berkenaan.

Cadangan sudah dibuat untuk menghalang laman web terbabit daripada terus beroperasi.

Satu laman yang dikenali sebagai torrent.jiwang.cc dikenal pasti antara penyedia perkhidmatan memindah turun secara haram dan pihak syarikat sedang mengesan individu di sebalik laman berkenaan dengan bantuan Cyber Security Malaysia.


dan ini petikan dari Berita Harian,

DVD Geng: Pengembaraan Bermula jadi mangsa pemalsuan

AWAS kepada peminat karektor Upin dan Ipin yang mahu mendapatkan cakera video digital (DVD) Geng: Pengembaraan Bermula.

Apa yang wujud ketika ini bukan saja DVD cetak rompak tetapi juga pemalsuan daripada pihak tidak bertanggungjawab. Sekali pandang, DVD palsu memang tidak banyak berbeza dengan yang tulen. Ini kerana kulit DVDV hampir sama. Malahan lanun rompak DVD palsu ini juga tidak ada rasa malu dan bersalah langsung apabila turut mencetak iklan peraduan yang menyediakan hadiah sehingga RM75,000.

Kegiatan itu ternyata sangat mengecewakan Pengarah Urusan Les’Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi yang menganggap ia sebagai penipuan secara terang-terangan dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan wajar kepada pihak tidak.

“Sejak filem ini ditayangkan Februari lalu, alhamdulillah halangan daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk mencetak rompak filem ini berjaya disekat hanya untuk tujuh bulan saja.

“Sebaik filem ini dihasilkan dalam bentuk DVD dan mula dipasarkan seminggu sebelum Aidilfitri, kita menyedari pada masa yang sama filem ini mula dicetak rompak dan mula berlambak di pasaran gelap.

“Perkara ini masih biasa buat saya. Saya cuba melihatnya masalah ini secara positif walaupun ia perlu dibanteras. Secara positifnya aktiviti cetak rompak ini sedikit sebanyak membantu mempromosi dan mempopularkan penjenamaan Upin & Ipin.

“Lebih lagi saya percaya peminat setia filem ini cukup mengenali barangan palsu dan tulen berdasarkan kualiti dari segi semua aspek penghasilannya. Ratanya mereka memilih yang tulen sebagai tanda sokongan mereka terhadap kita.

“Namun apa yang membuatkan saya begitu kecewa, mereka bukan saja mencetak rompak filem ini malah lebih berani sehingga menipu semua pihak termasuk peminat filem ini dengan memalsukan hampir keseluruhan penghasilan DVD yang asli,” katanya pada sidang media yang diadakan di pejabatnya di Shah Alam, Jumaat lalu.


Agak tertarik baca part

“Perkara ini masih biasa buat saya. Saya cuba melihatnya masalah ini secara positif walaupun ia perlu dibanteras. Secara positifnya aktiviti cetak rompak ini sedikit sebanyak membantu mempromosi dan mempopularkan penjenamaan Upin & Ipin."


mungkin beliau memahami para pengguna Internet tegar di Malaysia yang dahagakan hiburan. Tapi mereka memang ada hak untuk berbuat begitu kerana ianya adalah karya animator Les' Copaque.


09 October 2009 | 5 comments

Seminar Kerjaya MARA 2009 - Kolej Poly-Tech MARA, Bangi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Buat pengetahuan kalian, kelmarin (Khamis, Oktober 08, 2009) beberapa pelajar Kolej MCS terpilih untuk mengikuti program anjuran MARA (Majlis Amanah Rakyat) di Kolej Poly-Tech MARA, Bangi dan aku salah seorang daripada yang terpilih. Hehe. Before that, Cik Jannah asked me to recover her Canon EOS 1000D memory card. So, I'm lucky! Dapatlah merasa dan tembak-menembak semasa program itu. Tapi, semua gambar yang ditembak bukanlah aksi penceramah, tapi aksi budak-budak MCS. Hahaha, jakun la katakan dapat pegang dslr.

Apa yang aku dapat? Cara buat CV terbaik, apa yang perlu buat bila pointer rendah, beberapa statistik mengenai pekerjaan, apa yang patut dan tak patut buat dan lain-lain. Itu antara isi seminar dan untuk menembak, indoor setting, aku tinggikan ISO (1600), 1/50 (taktau apa), f5.6 (tak tau jugak) dan untuk outdoor (cahaya agak terik), ISO (200-400), 1/125, f8-f16. Taram sudah! Hahaha.

Ini antara hasil-hasil tembakan.













dan lagi banyak di laman facebookku, Seminar Kerjaya. Sekian.


Bersarang

Bersarang, kenapa bersarang? Serabut dengan masalah. Hehe, untuk entri ini, memang agak bersifat perkauman, tapi aku bukanlah insan yang terlalu bangga dengan bangsa sendiri (ayat dalam filem "Gadoh"). Hanya sekadar berkongsi cerita.

Apa perasaan korang bila kawan-kawan roger korang,



"Wey, ada member aku kena potong jari dengan samurai dengan India. Sekarang aku tengah berkumpul kat TESCO Banting"


Dalam otak, memikirkan kes along. Kami terus ke sana la nak tahu cerita. Hati memang agak panas la juga dengar member kena cantas. Sampai ja, cerita lain pula keluar.

India tibai Melayu dengan samurai, lengan terbelah, mata, dahi dan perut. Orang yang kena tu, member kepada member aku. So, panas dah kurang sikit. Biasa la, bukannya kenal pun.

Mula-mula dorang kata nak pergi gegar, ikutkan bojan, gegar aja, tak payah nak tunggu-tunggu, dari pukul 11 lebih, sampai ke pukul 1 lebih tunggu "abang". Peh. Penat. Tetiba pulak dorang kata tak jadi, sebab kes polis. Ayob dengan aku dah tau dah, ini mesti mamat Melayu yang cari pasal dulu. Hero la katakan.

Ini maklumat yang aku dapat,

India tu mabuk (dorang kata 3 orang), suspek mencuri kat rumah dorang (melayu tu). Lepas tu, geng2 hero ni pi hentak budak-budak tu, sorang dapat lari, roger kengkawan. Lepas tu mula la aksi berperang, yang hero2 tadi semua lari. Malang untuk 2 orang, tak sempat, kena la tibai.


Aku dengan ayob dah gelak-gelak sebab ada kedengaran hero-hero yang berkumpul kat TESCO tu berhidung tinggi. "Jangan sebut la pasal **, ingat ape, aku takut? Kalau dia kata dia budak **, aku boleh roger ******". Pergh, memang kencang tapi tak pegi pun gegar. Hehe. Kitaorang memang dah buat tak tau, sebab dah tahu salah sendiri, nak langgar benda. Kami pun balik hostel nak dekat pukul 2.

Dalam dekat pukul 4 lebih, ada 3-4 biji kereta datang rumah. Aku macam biasa la, orang yang datang pagi-pagi memang aku buat tak tau saja. Berlakon tidur la. Dekat 15 minit dorang blah.

Pagi-pagi tu, si bojan pun cakap la, yang datang pagi tadi tu polis. Cari orang-orang yang berkumpul. Peh, itu kira termasuk aku sekali la. Aku tak tau cerita sebenar pun sangkut ka? Dah la kena kencing, tetiba nak kena angkut. Abaikan. Sekarang, aku memang buat taktau ja. Janji aku tak bersalah.

Aku masih dapat berfikir secara rasional. Aku bukannya pembenci kaum, aku bernafas demi Dia, untuk Dia. Aku tidak ada masalah dengan kaum lain, tak percaya cuba cari Jithendren a/l Supramaniam, orang flat aku, memang dulu kami rapat, tiap-tiap hari memang lepak kedai mamak "Barvin". Takdak masalah pun. Kat Perak aku lepak dengan tokey ikan bilis dengan tokei VCD. Balik Sitiawan masa raya tu, tiap-tiap malam lepak lumut, lepas tu pi kareoke sama-sama. "Cinta Tiga Segi" - lagu wajib cina tu. Tapi memang lawak gila la masa dia nyanyi. Hahaha. Islam jiwaku, Malaysia bangsaku, Aku Malaysian Malaysia, Aku dibawah 1Malaysia.

p/s: Kejadian berlaku pada hari Isnin lalu, 5 Oktober 2009. Sila jangan tangkap saya. Tamat.


02 October 2009 | 11 comments

Live Update: Selamat Tinggal Ayah Ibu


Selamat tinggal ayah ibu, aku pergi sementara waktu, pulang kembali menuntut ilmu, terima kasih atas setiap pengorbananmu.

Destinatsi berikutnya, Pulau Pinang sampai hari Ahad.



Aku Dan Novel - Ranggau - Ramlee Awang Murshid


Sinopsis
Satu pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama. Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat.

Komen
Ya, aku bukanlah peminat setia Ramlee Awang Murshid (RAM) yang ikut semua gerak gerinya, aku hanya insan yang suka pada gaya penceritaannya. Pada permulaan novel Ranggau ini, RAM ada menyelitkan ayat-ayat Al-Quran, segala firman dan hadis dan sememangnya tidak lari dengan jalan ceritanya yang mengisahkan kejadian pada tahun 70-an sewaktu beliau masih kecil dan ada penduduk kampungnya mati yang dikatakan disebabkan Ranggau. Bagi mereka, Ranggau ini macam semangat jahat juga la. Kisah cinta? Sedikit, terlalu sedikit. Memang kita tahu (orang yang pernah baca hasil RAM) yang karya RAM isu percintaan seumpama selingan sahaja. Kebun bunga dan tugu berbentuk piramid dibina untuk membuktikan cinta Dr Zahid,teman lelaki Ursula kepada si gadis korprat ni akan tetapi ada benda lain disebalik kebun dan tugu itu.

Kita singgah sebentar di blog ordy, rumusan beliau mengenai "Ranggau".

Pada awal cerita, diceritakan kehidupan dan keluarga Rusdi sejak kecil. Rusdi kehilangan adik perempuan kerana mati lemas di sungai semasa kecil lagi. Banyak juga peristiwa aneh dan ilmu hitam yg diceritakan oleh penulis. Watak Ayah Rusdi juga diceritakan berhadapan dengan ilmu hitam. Ketika membaca novel ini, baru saya faham bahawa Ranggau adalah perantaran yg dihantar untuk menyakiti seseorang dengan menggunakan ilmu hitam. Ranggau adalah istilah bahasa Sabah. Penulis juga banyak menyelit bahasa asing seperti Sabah dan bahasa Brunei dalam dialog watak2 novel tersebut.

Cerita Ranggau dikatergori cerita pembunuhan seram kerana ia berkisarkan pembunuhan bersiri gadis2 yg berlaku di Sabah. Mayat2 yg dijumpai didapati kehilangan mata dan buah pinggan. Pada mulanya saya beranggapan ia adalah perbuatan pemujaan. Rusdi terlibat dalam penyiasatan pembunuhan kejam itu apabila seorg gadis kaya, Ursula telah memintanya mencari adik perempuannya, Janet yg hilang. Ayah Ursula, Tuan Gimbang seorg tokoh perniagaan terkenal tidak mahu melaporkan pada pihak polis. Ursula mengupah Rusdi untuk menyiasat apabila tertarik membaca novel penyiasatan Rusdi dan menyangka Rusdi mempunyai kebolehan menyiasat.

Banyak halangan yg berlaku semasa penyiasatan. Rusdi dipukul oleh Kim dan diselamatkan oleh Farhana. Inspektor Solehin kawan baik Rusdi yg ditugaskan penyiasat kes tersebut juga dibunuh kejam. Doktor Zahid yg mencemburui Rusdi kerana sentiasa bersama Ursula.

Pada pertengahan novel ini agak suspen. Saya menyangka Kim bekerjasama dengan Tuan Gimbang untuk membunuh gadis2 muda untuk mendapatkan mata dan buah pinggang dan menjual ke pasaran gelap akan tetapi...

Beli la kalau nak tau! Baru aku tahu novel ini dah lama keluar.



Ini antara hasil karya RAM

Ya, aku memang suka membacakan? Hehehe, novel yang pernah aku baca?